Perkara Yang Menyebabkan Fakir
Ada satu kertas ni tau. Kertas ni umi tampal di bilik abang
saya. Saya pula selalu baca isi di kertas tersebut. Dekat kertas tu ada
tertulis 11 perkara yang boleh menyebabkan fakir. Bila saya tanya umi mana umi dapat
tahu 11 perkara tu, umi jawab umi dengar benda tu kat ceramah ustaz di Radio Ikim.fm. Ohhh ~
saya ingat 11 perkara ni hanya dogengan atau larangan orang-orang tua zaman
dulu, rupa-rupanya ustaz yang beritahu. Takkan lah tak nak percaya pula kan?
Tapi saya akui ada beberapa perkara di bawah ini kebiasaannya orang suka lakukan.
11 perkara yang boleh menyebabkan fakir
11.
Terus bangun dari solat subuh
- · Yang ni saya tak berapa nak pasti apa maksudnya. Ada idea tak maksud perkara yang pertama ni?
22.
Padam lampu dengan angin
- · Lampu di sini saya tak sure apa maksudnya.
33.
Biarkan rumah dipenuhi dengan sawang
- · Haaa kalau rumah tu dah Nampak ada sawang sikit-sikit, cepat-cepat lah bersihkan. Kebiasaannya sawang ni akan muncul di tempat yang kita jarang usik dan jarang bersihkan. So, kalau kita biarkan rumah kita penuh dengan sawang (tak bersih), ianya boleh meyebabkan fakir.
44.
Mendoakan anak dengan doa yang tak elok
- · Kekadang kalau kita penat sangat layan anak yang suka buat hal, seorang mak/ayah jangan sesekali terkeluar dari mulut mereka doa yang tidak elok seperti ayat-ayat mencarut dan ayat yang membawa erti yang buruk. Apa yang kita cakap itu satu doa. Jadi, mak/ayah perlulah berhati-hati dengan apa yang mereka sebut. Jika tidak dijaga, kelak membawa kesan buruk kepada anak itu sendiri disebabkan doa mereka.
55.
Tidur dalam keadaan bogel
- · Jangan terkejut kalau ada orang yang jenis suka tidur bogel. Kalau boleh, elakkan dari tidur dalam keadaan bogel kerana tidur dalam keadaan bogel boleh menyebabkan fakir.
66.
Makan dalam keadaan berjunub
- · Tahu tak junub tu apa? Maksud junub ialah keadaan di mana selepas melakukan hubungan kelamin dan masih belum mandi wajib.
77.
Pakai serban dalam keadaan duduk
- · Sepatutnya memakai serban dalam keadaan berdiri.
88.
Pakai seluar dalam keadaan berdiri
- · Sepatutnya kita kena duduk ketika memakai seluar. Kebiasaannya saya tengok kita ni biasa pakai seluar dalam keadaan berdiri kan? Termasuklah saya sendiri. Haha. Saya tak tahu nak ubah macam mana sebab benda tu dah jadi habit.
99.
Memintas orang tua
- · Semasa berjalan, kita dielakkan untuk memintas orang tua. Tapi kalau dah urgent sangat dan kita memang nak cepat masa tu ataupun orang tua tersebut jalan satu langkah lima minit, takkan lah kita tak memintas pula kan.
110.
Tengok muka menggunakan cermin pecah
- · Haaa kalau dah cermin tu pecah, buang je. Jangan diguna pula.
111.
Sikat rambut dengan sikat patah.
- · Haa yang ni saya rasa kebanyakan orang kalau satu batang sikat dia patah, dia masih menggunakannya untuk menyikat rambut. Jika boleh, elakkan dari menyikat rambut menggunakan sikat patah.
11 perkara yang menyebabkan fakir ni saya tak sure pula apa
reason dia sehingga ianya boleh menyebabkan fakir. Sebab saya tak dengar
ceramah ni, umi yang dengar haha. Tapi yang pasti, mesti ada hikmah di sebalik
perkara-perkara ini hingga boleh menyebabkan fakir.
Kalau kita tak nak fakir, amalkan membaca surah Al-Waqiah,
menunaikan solat dhuha dan mengamalkan doa Seribu Dinar setiap hari. Atau
amalkan amalan-amalan yang boleh murahkan rezeki. Nak tahu apa dia? Baca 12 AMALAN PEMBUKA REZEKI di
SINI.
Itu sahaja. Harap entri ini bermanfaat dan sebarkan ye ilmu
ini!
7 Comments
seriously? wah, xtau pulak. yg first tu mybe dia nak kata jgn tidur balik lpas smyg subuh kot
ReplyDeletekena pastikan semua ni kita buat...thanks sharing
ReplyDeletewhoaaa nice sharing. benda baru yg saya dpt belajar... heheh TQ
ReplyDeleteHmm.. mana nak jumpa info tentang ni lagi eh? Terus bangun dari solat subuh tu agaknya terus berdiri lepas siap solat kot. Padam lampu dengan angin ni maybe kalau dulu2 pakai lilin kita nak padam kita tiup haaa. XDD Nice sharing... pasni pakai seluar confirm duduk. Sikat patah semua buang! XD
ReplyDeleteso ni bukan dari al quran,hadith sahih & hasan la ya..n
ReplyDeletebukan rasulullah yg sampaikan lah ya?
Thanks for sharing, Miss! Such an good reminder post :)
ReplyDeleteCheers,
Dee - heydeerahma.com
Terus bangun dari solat subuh tu maksudnya, selepas sudah je menunaikan solat subuh, seseorang itu terus siap dan bangun tanpa berdoa
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p