berzikir tapi tak khusyuk VS tak zikir langsung
Saya pernah terfikir - "aku ni berzikir tapi tak khusyuk pun. aku berzikir tapi tak menghayati pun. aku berzikir tapi bukannya sepanjang aku zikir tu fikiran aku ingat Allah. aku tengah berzikir kadang-kadang sampai tak sedar dah berapa kali aku zikir sebab leka fikir benda pape ntah. aku berzikir tapi kekadang tak sedar pun zikir aku sebenarnya dah bersambung ke zikir lain.......So, adakah zikir aku diterima oleh Allah atau sebenarnya daripada zikir tak khusyuk baik aku tak payah zikir langsung?"
zikir tapi tak khusyuk? |
Dulu banyak kali saya tertanya-tanya persoalan tu. Sebab apa? Sebab saya selalu zikir tak khusyuk tu lah hahaha. Yela kadang-kadang maksud dan erti zikir tu pun kita tak faham. Fadhilat dan kebaikan yang kita dapat daripada berzikir dengan zikir-zikir tertentu pun kita tak tahu. Macam mana la kan nak menghayati dan khusyuk ketika berzikir?
Alhamdulillah haritu pada suatu hari yang indah acewahh. Saya terdengar ceramah di radio atau televisyen (saya tak pasti mana satu tapi yang pasti salah satu medium ni lah) akhirnya saya temui jawapan bagi persoalan saya!
Jawapan ustaz yang saya ingat : Better kita zikir tak khusyuk daripada tak berzikir langsung. Hal ini kerana kita tak tahu mungkin sepanjang kita berzikir tu, tak semestinya semua kita tak khusyuk langsung. Mungkin ada satu masa ketika kita berzikir tu ada yang kita betul-betul khusyuk. Mungkin daripada 50 kali kita berzikir, ada 1 zikir yang mengingatkan kita pada Allah. Itu dah dikira pahala.
Lagi satu, daripada kita buat perkara tak berfaedah, lagi elok lah kita berzikir walaupun sepanjang kita berzikir tu tak khusyuk dan kita tak ingat pada Allah.
.......
Haaa gituu ~maksudnya... persoalan zikir kita terima ke tak tu wallahu'alam, kita berserah je pada Allah. Tapi persoalan .. adakah kita patut teruskan berzikir walaupun tak sepanjang masa kita khusyuk ketika berzikir tu atau pun tak payah zikir langsung..mana kah yang lebih baik? Jawapannya, berzikirlah walaupun tak khusyuk :)
Sekian wassalam.
3 Comments
perkongsian yang menarik!
ReplyDeletebetul..setuju..pahala..itu urusan Allah...kalau kita rasa tak khusyuk tapi kita terus juga buat in sha Allah nanti lama-lama hati dan minda kita akan terlentur untuk berusaha untuk perbaiki fokus..
ReplyDeleteSekurang-kurangnya dari tak khusyuk, mana tahu ada antaranya yang kita tak tahu itu yang khusyuk.
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p