ADA APA DENGAN BLOGGER IZZATI SUHAIDE?
Orang kata… tak kenal maka tak cinta. Kalau dah kenal, kena cinta ke? Eh.
Tapi lepas dah kenal blogger Nik Nor Izzati a.k.a Izzati
Suhaide ni, jangan jatuh cinta pulak sebab beliau dah berpunya, ehem! Kekeke~
First of allll.. Jom la buat sesi taaruf sikit dengan akak comey nii. Saya panggil akak comey ni kak jati. Panggilan manja gituuuww~
- mula berkecimpung dalam dunia blog pada tahun 2010. So, dah 5 tahun beliau berblogging.
- menjadi ahli KBBA dan EFG dalam 9 bulan lebih macam tu.
- niche blog : lifestyle.
- umur 25 tahun. Comey. *tapi tak boleh lawan kecomelan saya la muehehe*
- tinggal di Tanah Merah, Kelantan
- pernah study degree di UiTM Kota Bharu, course Statistik
Okay tu sedikit muqaddimah. So…sekarang nii jom kita lebih
ke dalam lagi.....
Ada Apa Dengan Blogger Bernama Izzati Suhaide?
Kak jati ni kan cantik tau. Comel. Muka innocent. Awet muda.
Kurus pulak tu. Ketinggian pun 155cm. Jeles tauu titeww.
Kak jati suka bab-bab design ni. Bab-bab edit template blog.
Pandai main coding. Header blog beliau buat sendiri. Template pun beliau edit
sendiri. Ubah coding sana ubah coding sini. Disebabkan power bab coding, tu
yang berani banyak kali tukar template. Hebak kan?
Kak jati ni seorang yang tabah. Cekal. Kuat. Walaupun beliau
kata Izzati yang sekarang tak sekuat Izzati yang dulu.. tapi saya percaya kekuatan
beliau yang sekarang masih kuat. Level confident turun..itu biasa. Kekadang
naik, kekadang turun. Itu biasa. Kak jati tidak mudah berputus asa atau
mengalah dalam apa keadaan jua sekalipun. Walaupun memiliki hati yang cepat
tersentuh dan sensitif, beliau hidup dengan memegang satu matlamat hidup :
sentiasa pandang ke hadapanwalau apa jua cabaran yang mendatang dan yang
penting jangan putus asa.
Kak jati ni jugakkk..kecik-kecik cili padi. Walaupun dah hantar
resume dan minta kerja di banyak tempat, tetapi masih lagi tiada kerja. Jika
ada peluang pun, ada pula halangan yang lain. Kak jati tidak mahu hanya
membuang masa di rumah goyang kaki.. jadi beliau mengambil risiko memulakan
agent dropship perniagaan beliau..IZ Hijabist.
Entri-entri kak jati sekarang lebih kepada tentang diri
sendiri, perasaan, cinta, dan wanita. Bersifat lebih kepada permainan jiwa dan
emosi. So,lelaki-lelaki luar sana kalau nak lebih mengenali hati wanita boleh
la baca entri-entri beliau. Haa pada wanita-wanita pun boleh baca juga untuk
memahami diri sendiri.
Saya suka pada satu entri beliau ni…"Wanita Tabah Itu Bukanlah Aku” Selain bercerita tentang
diri sendiri, beliau juga membiarkan pembaca merasai apakah erti dan maksud di
sebalik tabah dan sabar. Beliau memberi saya satu semangat. Entri tersebut memberi satu pengajaran pada diri saya sendiri...'kalau kita rasa kita susah, ada orang lebih susah dari kita'
Kak jatii seorang yang...Easy going. Senang untuk ajak berbual. Senang berkongsi
cerita. Tidak kokek ilmu. Friendly. Tak sombong.
Cuma…!
Haaa asyik puji je kan, nak kutuk pula ni. Hahahah. Eh takde
lah kutuk punnn.
Cuma..
Kak jati ni mood diaa suka swing (berubah-ubah). Tetiba bad mood. Kekadang tiada
mood. Suka spam sticker kat telegram. Suka buat icon mata ke atas kalau malas
nak berbual. Suka makan lewat malam.
Hahahaha. Comel je kan. Dengan adanya habit/tabiat macam ni
lah, saya suka usik beliauu hahaha.
Okay okay serius balik.
Saya suka kak jati. Saya sayang beliau. Saya dah anggap beliau
macam kakak sendiri. Jadi..nasihat saya… Banyakkan lah buat entri! HAHHAHAHA.
Saya suka dengan penulisan dan penceritaan beliau. Jadi, rugi lah kalau beliau
tidak tonjolkan bakat tu dalam penulisan. Kalau nak tonjolkan, kena la buat banyak-banyak entri ye dak? Hehehe.
So, kak jatiii sila la target entri bulan ni lebih
banyak dari bulan bulan lepas yeee hehe.
Okbai love you kak jati.Muah cikeddd!
Nama blog: Izzati Suhaide
Url blog: izatie91.blogspot.com
Instagram personal: www.instagram.com/zatiesuhaide
Instagram bisnes: www.instagram.com/iz_hijabist
Facebook page : coretan izzati suhaide
: IZ Hijabist
Facebook personal: Izzati Suhaide
10 Comments
Seronok berkenalan dengan blogger coretan zatie suhaide
ReplyDeleteSbb tak malu kak ummul nak komen..haha..tak de idea..haha
ReplyDeletehahahhaa.. tersenyum2 kak ain baca ni.. sebab terbayang-bayanh sembang kita kat group whatsapp dgn Zatie yg suka letan icon mata pandang atas tu... rasa nak cucuk2 mata...!! hehehhehee...
ReplyDelete:)
oh noooo..baca entry kc ni buat kak zati rasa nak nangis..nampakkkk impak nye penulisan kc..terkesan di lubuk hati ku..cewahhh..hahaha..tenkiu my dear..luv u.. mmuahhh..
ReplyDeletestatus single ke. hehehehe
ReplyDeleteudah berpunyaa hehe
DeletePenulisan yang sampoi...dan ceria.....www.keladionline.com....follow....
ReplyDeleteSetuju! Kak Jati selalu mood SWING! SWING! and SWING!
ReplyDeleteStyle dua-dua blog sama.
ReplyDeleteCantik, manis dan comel dua-dua. =)
ehem..ehem..
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p