Borang Tuntutan Elaun Tesis (Pelajar Tajaan JPA) - sayidahnapisahdotcom Borang Tuntutan Elaun Tesis (Pelajar Tajaan JPA)
LightBlog

Borang Tuntutan Elaun Tesis (Pelajar Tajaan JPA)

Borang Tuntutan Elaun Tesis (Pelajar Tajaan JPA)


Semalam, godek godek laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).. terjumpa lah ... eh ehhh ~ borang tuntutan elaun tesis! Eh eh ~ untuk pelajar ijazah pertama IPT Dalam Negara lah! Eh ehhh.. macam best je borang nii *sambil kelip kelip mata* haha.

Elaun tesis ni boleh dituntut oleh pelajar tahun akhir tajaan JPA (pelajar ijazah pertama) Institut Pengajian Tinggi (IPT) selepas selesai menyiapkan tesis final year project. Complete thesis ye. Bukan tesis softbound tu. Tapi yang dah hardbound dan yang dah certified by supervisor (SV). Tesis ni merupakan  sebahagian daripada keperluan pengajian dan diwajibkan mengambil sebanyak 6 jam kredit untuk bergraduat (3 jam kredit sem pertama tahun akhir dan 3 jam kredit sem kedua). 



Macam seorang akak ni.. Dia mohon tuntutan elaun tesis JPA dan lulus permohonannya. Dia mendapat elaun tesis sebanyak RM300. Pesanan akak ni juga.. jangan lupa sertakan juga borang tuntutan elaun tesis ni bersama salinan muka surat yang ada certification SV yang telah ditandatangani oleh Supervisor (SV) dan CD soft copy full thesis

Borang Tuntutan Elaun Tesis (Pelajar Tajaan JPA)
Borang Tuntutan Elaun Tesis JPA
Borang ni boleh hantar by hand sendiri ke bangunan JPA di Putrajaya atau by pos. Untuk yang hantar terus directly ke pejabat JPA senang lah, tak payah susah susah fikir permohonan dah sampai ke belum kepada pihak JPA. Tapi yang hantar melalui pos dan email, kena update sentiasa la dengan pihak JPA tentang status penerimaan borang tuntutan elaun tesis.

Untuk makluman lagi, sekarang ni boleh check di laman web MySelf (http://myself.jpa.gov.my) untuk tahu tarikh kredit duit tuntutan elaun tesis ni. Kata orang yang dah berpengalaman, seminggu-3 minggu selepas tarikh hantar, pihak JPA akan update tarikh kredit di portal MySelf kita. Bila dah diupdate tarikh kredit tu, tunggu je pihak JPA masukkan duit elaun ke dalam akaun bank.



NOTA PENTING!
Borang Elaun Tesis boleh yang dikuatkuasa mulai 1 September 2016 boleh didapati di SINI.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!


credit sebahagian info : bidadariyangterpelihara.blogspot.my & hauramarisa.blogspot.my


Baca juga :

Tuntutan Elaun Latihan Amali JPA (praktikal)
maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA

Post a Comment

3 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p