PU Rahmat menulis 'Surat buat Mira Filzah' di Facebook - sayidahnapisahdotcom PU Rahmat menulis 'Surat buat Mira Filzah' di Facebook
LightBlog

PU Rahmat menulis 'Surat buat Mira Filzah' di Facebook

Haaa korang mesti nak tahu apa yang dimaksudkan dengan tajuk entri PU Rahmat menulis 'Surat buat Mira Filzah' di Facebook ni kan? Ceritanya cengginii... Petang tadi saya terjumpa satu post blog ni. Tajuk dia .. Viral Terkini : 'Surat buat Mira Filzah'-PU (pencetus ummah) Rahmat. Lebih kurang macam tu lah tajuk dia. So, saya pun tertarik la nak baca sebab Viral kan, lagi-lagi nak tahu apa isi surat yang ditulis oleh PU Rahmat untuk pelakon popular Mira Filzah. Lepastu saya baca lah. Saya sengih-sengih je bila baca surat tu tapi .. last sekali rasa sedih pula. Korang dah baca ke surat buat Mira Filzah tu? Jom baca kat bawah ni kalau belum lagi. Tapi memang kontroversi juga la bila PU Rahmat menulis 'Surat buat Mira Filzah' ni di Facebook beliau. Ada yang puji, ada yang keji, ada yang sokong, ada yang tak pasti motif PU Rahmat mengaitkan Mira Filzah dalam surat tersebut, ada yang suka dengan cara pendekatan yang dibuat oleh PU Rahmat tu. Okay lah, pape pun jom baca dulu Surat buat Mira Filzah yang ditulis oleh PU Rahmat di Facebook beliau (Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan).


PU Rahmat menulis 'Surat buat Mira Filzah'

PU Rahmat menulis 'Surat buat Mira Filzah' di Facebook
PU Rahmat menulis 'Surat buat Mira Filzah'

*saya copy sebijik bijik dari Facebook PU Rahmat*


Surat buat Mira Filzah
Assalamualaikum Mira Filzah , kenalkan saya PU Rahmat ,

Tahniah atas kemenangan pelakon baru wanita popular.. Eh skema nya aku.. Huuhu


Hukhuk (batuk betulkan suara)
Kita ni sebaya tau mira Filzah , saja bagitau kita sebaya pada awak (ehh..suka hati je aku panggil awak.. Haha)

Baik , straight to the point... 
Saya kompem untuk awak yang berusia 23 tahun mencapai artis baru popular merupakan satu pengalaman manis .. Mabruk ..

Saya pun ada pengalaman manis nak dikongsi , awak baca ea.. (Fuh ..Debarnya)
Tahun ini saya menjumpai sepasang mata yang bercahaya dan sebuah senyuman yang sangat manis
Mata dan senyuman itu milik seorang anak syuria(syiria).. Saya berpeluang ke Kem Pelarian Mangsa perang syiria,
Disana kan mira , kami Buat BBQ dan agihkan quran buat mereka, ada yang menangis melihat Al Quran kerana sudah lama tidak melihatnya, kami pun turut sebak kerana kami yang melihat quran depan mata tapi gagal berdamping dengan Al Quran
Malam musim sejuk tu , kami buat BBQ dan mereka punya excited sampai mengelilingi kami berjam jam ,
Awatnya berjam jam? Silap kami la buat BBQ musim sejuk, api tak naik naik.. Haha nilah padah tak pernah hidupkan api musim sejuk.. Yola malaysia mana ada salji..
Malam tu kami nampak senyuman yang mendamaikan jiwa dari anak anak syuria , mereka gembira kerana sudah berbulan bulan tak makan Ayam apatah lagi daging
Kami pun jadi gembira !! Bahagia itu hadir apabila membahagiakan orang lain
Mira, masih ramai lagi Orang Malaysia yang belum Cakna kesengsaraan manusia khususnya Muslim yang lain..
Rohingya,kashmir , afrika, syuria , palestin apatah lagi Didalam Malaysia
So panjang panjang cerita ni tema besarnya ialah sebuah harapan ^^
Harapannya untuk mira terima saya.. Ehhh bukan bukan(saja buat saspen supaya korang baca)
Harapannya buat Semua Artis muda khususnya Mira Filzah untuk sama sama memanfaatkan Populariti bagi sebuah gelombang kebajikan dan kemanusiaan
Jika umur mira panjang, awak akan terus mendaki kepuncak tetapi ada satu fakta bahawa sebelum awak kepuncak, 
Ada ramai artis sudah berada dipuncak hari ni.. dan mereka sudah memulakan gelombang kebajikan dan kemanusiaan

Contohnya : angelina jolie, abg noh hujan, abg faizal tahir dan kak miss nina.. ramai lagi senarai ..
Persoalannya? Adakah mira dan saya yang berusia muda sempat berada di puncak seperti mereka? Entah entah meninggal dunia pada usia muda... Fuhh sorry ya awak bawak cerita mati ..
Jadi kita kena pecut seratus meter laju2 dalam amal kebaikan.. Gogogo
Moga Mira termasuk salah seorang yang membawa gelombang kebajikan dan kemanusiaan
Pecah kaca pecah peti Ais
Lepas baca share ya gaiss

Sudah 400 ribu kematian sepanjang perang Syuria
Moga Surat ini sampai kepada rakyat malaysia dan turut bersama menjadi gelombang Kebajikan dan kemanusiaan
Assalamualaikum Dunia
Marilah semua

Tabung Syiria
MAYBANK -DANA MAPIM 
558220605312


THE END.

*nota : maksud cakna - prihatin

Haaa gitu lah surat buat Mira Filzah yang dikarang cantik maksudnya oleh PU Rahmat. Banyak isi dan pengajaran yang diterapkan oleh PU Rahmat di dalam surat tersebut. Antaranya... mengajak kita mengejar membuat kebaikan banyak-banyak di usia muda. Dan juga mengingatkan kita mangsa-mangsa Syiria di sana.

Mungkin cara PU Rahmat menulis surat buat Mira Filzah ni membuatkan kita baca surat ni sampai habis (sebab ada nama Mira Filzah kan), seterusnya menyedarkan kita bahawa ada insan yang sedang berada di dalam kesusahan di Syria sana. Mungkin cara ini membolehkan kita memberi dana ke dalam tabung Syiria. 

Apa-apa pun, kita ambik jelah yang positif dan isi bermanfaat yang cuba disampaikan oleh PU Rahmat. Moga ada kebaikan inshaaAllah :)

PU Rahmat menulis 'Surat buat Mira Filzah' di Facebook
Mira Filzah
credit photo : www.pininterest.com

**saya baru tahu Mira Filzah ni umur 23 tahun. sama baya gak dengan saya hahaha*

Post a Comment

8 Comments

  1. Tujuannya untuk menarik lebih ramai orang memberi bantuan kepada orang lain in sya Allah.

    ReplyDelete
  2. Dah baca jugak surat neh. Eceh ! Nak jugak cakap sebaya. Hahahaha

    ReplyDelete
  3. Moga diambil manfaatnya.. Termasuk kita semua juga..

    ReplyDelete

  4. tu kan surat untuk Mira Filzah, yang awak baca tu dah kenapa (ehh..suka hati je aku panggil awak.. Haha)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p