Assalamualaikum! Hari ni menu makanan apa dekat rumah tu? Makan apa tengahari tadi? Hehehe. Haaa harini saya nak kongsikan satu resepi yang mana mungkin dah biasa kita dengar iaitu Resepi Ikan Talapia Masak Sambal. Masakan sambal ni best sebab ada bawang-bawang dia yang manis tu. Bila makan sekali dengan nasi umphhhh! Sedap bangat. Terasa manis-manis bawang dia tu. Walaupun saya jenis yang kurang gemar dengan sayur tapi saya suka bawang yang dimasak di dalam masakan kicap atau sambal sebab dia rasa manis-manis hehe.
RESEPI IKAN TALAPIA MASAK SAMBAL MUDAH DAN SEDAP
![]() |
resepi ikan talapia masak sambal |
Bahan-bahannya
Bawang merah
Cili kering
Garam
Gula
Ikan talapia
Limau nipis
Cara-cara memasak
1. Bawang merah (saiz kecil) 10 biji ditumbuk (di-blender kering pun boleh)
2. Celur (rebus) cili kering kemudian blender.
2. Tumis bawang kecil yang telah ditumbuk tadi sehingga layu.
3. Kemudian, masukkan 2 sudu cili kering yang telah diblender tadi.
4. Masak sehingga keluar minyak.
5. Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga sebati.
6. Masukkan sedikit perahan limau nipis/ limau kasturi/ lemon ke dalam masakan.
7. Kemudian, masukkan ikan talapia yang sudah digoreng. Kacau sehingga sebati.
Siap! Dah boleh dihidang!
![]() |
Sambal ikan talapia |
![]() |
Resepi ikan talapia masak sambal |
![]() |
Hmm sedapnya! Jangan lupa cuba resepi ikan talapia masak sambal! |
Ikan talapia fresh ni tau. Jiran memancing lepastu beli la dekat dia 10-12 ekor. Bayar RM10 je. Memang torbaekkk~!
Resepi masak sambal ni tak semestinya boleh diaplikasikan dengan ikan talapia je. Ikan jenis lain pun boleh. Ikan kembung ka, ikan sardin ka, ikan keli ka, ikan bawal ka.. macam macam ikan la sesuai masak sambal ni. Selain mudah dan menjimatkan masa, bahan-bahan masak sambal pun tak susah nak cari dan murah sahaja.
So, goodluck masak ikan talapia sambal yang simple mimple ni!
Wassalam :)
2 Comments
ikan talapia feveret kitee.
ReplyDeleteSedapnya...
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p