Petang tadi dengar sekejap ceramah Rancangan Cinta Ilmu di TV Al Hijrah. Ustaz Badlishah yang beri ceramah. Beliau ada la cerita macam-macam tapi yang menarik minat saya dan yang sempat saya note down kan adalah "3 hal yang kamu tidak boleh bawa bertenang". Maksudnya, okaylah contoh.. kita nak makan pagi. Biasanya kita makan pukul 8 pagi. Tapi kita pun "alaaa breakfast kejap lagi lah. Pukul 9 pun boleh lagi". Kita boleh bawa bertenang, rileks rileks, boleh berlengah-berlengah. Tapiii, ustaz pesan ada 3 hal yang kamu tidak boleh bawa bertenang. Apakah3 hal itu?
3 hal yang kamu tidak boleh bawa bertenang
3 hal yang kamu tidak boleh bawa bertenang credit foto: fanthefiremagazine.com |
1. Kebumikan mayat
Jangan melengah-lengahkan urusan pengebumian mayat. Kalau boleh, selesaikan cepat-cepat. Sebab kalau lambat-lambat takut menyiksa mayat.
2. Solat di awal waktu
Bersegera dalam melakukan solat. Kita kena utamakan solat kerana solat lah perkara utama yang ditanya di padang masyar nanti. Maka, solat lah di awal waktu. Percayalah, kalau kita solat di awal waktu, kita akan merasakan masa kita cukup dan banyak.
3. Bertaubat kepada Allah
Buat salah je, terus bertaubat kepada Allah. Mesti terus bertaubat selepas berbuat salah. Yelah takut-takut nanti lepas buat salah/maksiat je, terus mati. Tak sempat nak bertaubat. Nauzubillahi min zalik.
Lepastu, ustaz cerita ada seorang insan ni mengadu kat ustaz.. "ustaz, saya ada buat banyak dosa ustaz. Saya buat dosa ni, dosa tu, dosa blah blah blah... Allah nak ke terima taubat saya Ustaz?"
Ustaz pun menjawab bagi persoalan tersebut "Walau dosa sebesar gunung pun, pengampunan Allah lebih besar dari itu".
Semua orang melakukan dosa, yang penting bertaubat kepada Allah.
Sekian, semoga bermanfaat hendaknya!
Adios~
5 Comments
Perkongsian yang bermanfaat~! Thank KC.
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan sis:)
ReplyDeleteNumber wong tu sllu tleka.. In sha Allah diperbaiki..ty infonya..
ReplyDeleteSatu ingatan yang ramai lupa dan sengaja lambat2 kan terutamanya no 2..
ReplyDeleteTermasuk lah AM sendiri..huhuhu
Posting terbaru AM
Serangan Jantung : Langkah Yang Mampu Menyelamatkan Nyawa
Ikhlas dari
AlongMisuari.com
terimakasih atas peringatanya sis
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p