Haa saya dah lama tak buat entri resipi ni kan (#konon), so kali ni saya nak share Resepi Rendang Daging. Haaaa aummm sangat! Memang sedap tau masakan rendang ni walaupun renyah cara-cara menyediakan dan nak tunggu dia masak tu. Tapi tak kisah la apa-apa jenis rendang, versi pahang ke, versi Negeri Sembilan ke, versi utagha ka.. semua sodap! Semua saya telan licin hahaha! Lagi-lagi bila berbuka puasa (Iftar) dengan nasi + rendang daging humphhhhh! Antara favourite iolss tau hehe. Okay, so lets get to know the resepi rendang daging!
Resepi Rendang Daging |
Resepi Rendang Daging
Resepi Rendang Daging |
Bahan-bahannya
Bawang merah
Bawang putih
Lengkuas 1/2 inchi
Halia 1 inchi
Kunyit hidup 1 inchi
Serai 6 batang
Bunga lawang 2 ketul
Kulit kayu manis 1 inchi
Buah pelaga 3 biji
Cengkih 3 batang
Cili kering 20 biji
Santan (1 biji kelapa)
Kerisik 1 peket
Asam keping 2 keping
Gula
Garam
Cara-cara memasak
(1) Rebus cili kering. Kemudian, blender.
(2) Bawang merah + bawang putih + lengkuas + halia + kunyit hidup + serai di-blender.
(3) Tumis rempah herba (bunga lawang + kulit kayu manis + buah pelaga + cengkih)
(4) Kemudian, masukkan bahan blender (1) dan (2)
(5) Tidak lama kemudian, masukkan jintan kecil + jintan besar(putih) + ketumbar yang telah disangai dan ditumbuk halus
(6) Kemudian, tumis sehingga keluar minyak.
(7) Masukkan santan dan kerisik. Gaul.
Resepi Rendang Daging |
(8) Tidak lama kemudian, masukkan asam keping, daging 1 kg yang telah direbus lembut dan gula garam secukup rasa. Kalau nak, masukkan sekali daun kunyit & daun limau purut untuk menaikkan bau.
Kalau tak nak, its okay :)
Kalau tak nak, its okay :)
Resepi Rendang Daging |
Resepi Rendang Daging |
(9) Gaul sehingga kering (api kecil je & selalu kacau supaya tak berkerak).
Siap! Sedia dihidang dan dimakan!
rendang daging |
Resepi Rendang Daging |
makan nasi dengan rendang aummm! |
Oh, benda utama korang kena ada untuk masak rendang daging ni of course la blender, periuk dan kuali! Kalau takkkk, tak masak leee rendang kita hehehe.
Frying pan di Lazada |
Blender di Lazada |
p/s: Korang meh la sini ada (Marhaban Ya Ramadhan) Riang Ria Raya sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) that will take place from May 19 to 30 June (where you can find special discounts up to 90%!). Takpe, banyak masa lagi nak ushar Riang Raya sale ni. Jangan ushar lama sangat ye nanti nak beli semua hahaha.
Orait, daaa~! Selamat mencuba resepi menu makanan rendang daging di atas! Wish you luck!
Wassalam :)
2 Comments
Wah raya!!!! Tahun nie nak try buat sendiri pulak hahaha
ReplyDeletehttps://elsaalicious.blogspot.my/2017/05/65eday-global-super-sales-event-di.html
Sedapnyaaaa
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p