suka entri panjang atau entri pendek? - sayidahnapisahdotcom suka entri panjang atau entri pendek?
LightBlog

suka entri panjang atau entri pendek?

Uolss suka entri panjang atau entri pendek? "Secara spesifik suka apa ye sayidah?"

Suka baca atau suka karang?

---Suka baca.

suka entri panjang atau entri pendek?
suka entri panjang atau entri pendek?

Korang lebih suka baca entri yang panjang atau entri yang pendek sahaja? Atau mana yang lebih korang prefer?

Sebenarnya depends juga betul tak? Depends on individual. Bergantung pada masing-masing punya style pembacaan. Ada orang suka baca entri panjang panjang. baru feel. Ada yang lebih suka baca entri pendek sebab nak kejar masa atau sebab lebih dekat dengan hati. 


Depends.


Macam saya, saya jenis yang tak kisah entri tu panjang atau pendek, saya akan baca pertengahan atau akhir perenggan entri tu dulu. Kalau point atau perkataan di pertengahan/akhir perenggan tersebut menarik, saya akan baca the whole entry. If not, saya akan komen the whole point saya baca tu je haha. Bagi saya, good entry adalah entri yang boleh tarik orang untuk terus baca dan baca dan habiskan baca semua dengan hanya beberapa patah perkataan dalam entri tersebut (read-bait). [bila laa saya nak tergolong dalam golongan ni T.T]

Saya ni lagi satu.. jenis yang tertarik dengan entri yang bermain dengan font warna, saiz, bold, italic. Bentuk dan cara persembahan penulisan yang pelbagai (variasi). Ada selit gambar. Bukan hanya plainnnn (kosong, datar) sahaja. Thats why kalau korang perasan, saya suka bold kan beberapa perkataan dalam entri saya (highlight) or bold dengan warna selain hitam. Why? Sebab saya tak nak orang boring baca entri saya & nak orang nampak apa point yang saya cuba ketengahkan. 

Yela cuba bayangkan orang tu tengah ngantuk, dia baca entri.... 
+ entri panjang, 
+ tak ada bold ke apa, 
+ semua saiz font sama je, 
+ warna font semua hitam,
+ gambar tak ada walau seketul..
agak-agak apa laa orang tu rasa? Lebih mengantuk atau bersemangat nak teruskan pembacaan? 


Tu pendapat saya je hehe. Jangan marah naa. Saya pun enggak perfect.

Tapi yang pasti, kalau topik tu best, mesti kita tak kisah nak baca. Tak kisah la pendek atau panjang, mesti kita baca keseluruhan entri sebab kita suka topik tu.

Nak tarik orang baca entri kita dari mula hingga ke titik noktah akhir memang susah kan? hmm...

Post a Comment

14 Comments

  1. Mrs. A pun tengok jugak kalau panjang, menarik, font besar oklah gigih baca biasanya.

    Tapi kata pakar google akan index entry yang panjang-panjang.

    Whatever it is Mrs. A suka readers dan bukannya jenis touch n go muahhahaaaaaa....

    ReplyDelete
  2. Mana2 pun CR okay. Baca yang panjang dan pendek. Tp bila panjang sangat tu ade jugak skip sikit2. Hehe

    ReplyDelete
  3. pendek sangat pun x best jugak.. pjg berjela pun x syiok.. letih nk baca.. hehee.. yg sedang2 saje.. font mainkan peranan penting juga.. kalau font belit2 mmg x kan baca.. sakit mata..

    ReplyDelete
  4. Airah tak kisah yg pnjng atau pendek aslkan cerita best hehe

    ReplyDelete
  5. tak kisah pon panjang ke pendek asalkan entri menarik. kadang2 mungkin tajuk dia main peranan jugak utk menarik perhatian pembaca.hehe

    ReplyDelete
  6. ok..akak memang setuju dengan iday..

    ReplyDelete
  7. suka yng poendek,,, tp kalau pnjang suka jgk y pting di selit dengan gmabr2 dan mnarik kalau entry prenggan2 memang mood mbaca klaut..hihihi

    ReplyDelete
  8. Echa pun tak kisah entri panjang atau pendek. Yg penting kena pandai main perenggan tu jugak supaya tak boring baca.

    ReplyDelete
  9. Kadang2 saya pun kadang2 berfkir nak yang panjang ke yang pendek.. tapi kena tengok topik dan target audience juga la kan

    ReplyDelete
  10. sy pun depends jugalah.. tp walaupun kdg cerita blog itu menarik. sometimes ada sesetengah blogger yg menggunakan font yg kurg sesuai. Daei segi warna, jenis font dan size. Sebab sy nie ada masalah penglihatan juga haha. So bila sy ada masalah nak baca entry blog tue, sy just blogwalking ja.

    ReplyDelete
  11. Nak kata suka panjang tak jugak.... nak kata suka pendek tak jugak.... tapi suka baca la.... :-)

    ReplyDelete
  12. Suka yg sedang2 saja. Tp kalau penulisan dia menarik boleh je baca pjg berjela. :)

    ReplyDelete
  13. Tak suka pendek sangat, tak puas baca, hahaha. Tak suka juga panjang sangat tambah2 font tak cantik, nanti bosan, hahahaha.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p