Sebelum ni kita buatt derkkk je atau 'membuang masa' sebelum berbuka puasa kerana tidak tahu nak buat apa. Kerana tidak tahu bahawa doa sebelum berbuka puasa sangat sangat digalakkan oleh para ulama dan Nabi Muhammad sendiri. Why? Because of one of the waktu yang mustajab untuk berdoa adalah doa sebelum berbuka puasa.
Mengambil intipati awesome yang dikongsikan oleh Ustaz Iqbal Zain...
DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA
Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur.
Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.
Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras
Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu... atau dzahaba zhoma'u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.
Nabi SAW :
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)
Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.
Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa
Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja..... boleh diubah mengikut hajat masing
Cadangan doa sebelum berbuka puasa:
1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat Allah.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi SAW.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yg dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan
Semoga memberi manfaat buat semua.
2 Comments
Terima kasih atas perkongsian ini...
ReplyDeletethanks for sharing..berguna sgt
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p