Hukum Puasa Qada' Ramadhan Berserta Dengan Puasa Sunat Syawal - Mufti Wilayah Persekutuan - sayidahnapisahdotcom Hukum Puasa Qada' Ramadhan Berserta Dengan Puasa Sunat Syawal - Mufti Wilayah Persekutuan
LightBlog

Hukum Puasa Qada' Ramadhan Berserta Dengan Puasa Sunat Syawal - Mufti Wilayah Persekutuan

HUKUM PUASA QADA' RAMADHAN BERSEKALI DENGAN PUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL - Mufti Wilayah Persekutuan


Mukaddimah

Alhamdulillah, kita baru selesai melaksanakan ibadat puasa Ramadhan dengan jayanya. Semoga Allah kurniakan kepada kita penerimaan segala ibadat yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan sama ada yang wajib mahupun yang sunat. Dengan menjelmanya Syawal, disamping kita berhari-raya dengan penuh kesyukuran, kita juga digalakkan untuk melaksanakan puasa enam Syawal. Ini kerana ia mempunyai banyak kelebihan. Banyak persoalan yang ditimbulkan berkenaan dengan Hukum Qadha Puasa Ramadhan Bersekali Dengan Puasa 6 Syawal. Justeru, pada kali ini akan menjawab persoalan berkaitan dengan isu ini. Semoga kita semua menjadi hamba-hamba Allah yang bertakwa dan cintakan amalan soleh.


Kelebihan Puasa Enam Syawal

            Terdapat hadis yang menunjukkan kelebihan puasa enam. Antaranya:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتَّا مِنْ شَوَّالٍ فَكَأَنَّمَا صَامَ الدَّهْرَ

Maksudnya: “Sesiapa yang puasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa setahun.”

Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Turmuzi, Al-Nasaie, Ibn Majah, Ahmad dan lain-lain. Imam al-Turmuzi berkata hadis hassan.

Ini menunjukkan bahawa maksud puasa Ramadhan seolah-olah setiap hari mewakili gandaan 10 hari. Justeru, ditambah dengan enam hari Syawal, maka jadilah ia 360 hari. Itulah tafsiran sebahagian ulama.

Hukum Puasa Qada' Ramadhan Berserta Dengan Puasa Sunat Syawal - Mufti Wilayah Persekutuan
Hukum Puasa Qada' Ramadhan Berserta Dengan Puasa Sunat Syawal - Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum Puasa Qada’ Ramadhan Berserta Dengan Puasa Sunat Syawal


Dalam hal ini, para ulama telah khilaf (maksud khilaf: tidak sependapat atas sesuatu perkara; keliru; pertentangan; berlawanan) kepada beberapa pendapat:.

PERTAMA: SAH

Hukumnya sah dan terjadi kepada kedua-duanya, iaitu qada’ dan sunat.
Inilah pendapat:
Imam Ibn Hajar al-Haitami
Syeikh Muhammad Ramli. Lihat al-Nihayah (1/162)
dan juga Fatawa al-Ramli (2/339)
Imam al-Barizi.
Lihat al-Ashfah wa al-Nazhair (1/161)
Syeikhul Islam Syeikh Zakaria al-Ansari dalam Haasyiah al-Syarqawi ala al-Tahrir (1/427)
Inilah juga pendapat kebanyakan ulama mutakhirin

KEDUA: TIDAK SAH



Tidak sah tetapi terhasil yang fardhu sahaja iaitu puasa qada’ Ramadhan tidak kepada puasa sunat Syawal.

Inilah pendapat:
Imam al-Asnawi
Syeikh Ibn al-Solah
Abu Makhramah
Lihat Bughiah al-Mustarsyidin (3/95-96)
Hujah mereka tidak boleh tasyrik atau sekutukan dua jenis ibadah dalam satu ibadah.

Tarjih (definisi/ maksud tarjih: memilih pendapat yang dalilnya paling kuat di antara yang telah ada)

Setelah meneliti dua hujah, kami lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya. Ini kerana ia merupakan jenis ibadah yang sama tetapi dengan dua niat. Ini juga pendapat sebahagian ulama berdasarkan pengamatan kepada beberapa nas. 

Walaupun begitu, yang terbaiknya adalah memisahkan antara qada’ puasa Ramadhan dengan puasa enam Syawal untuk keluar daripada khilaf.

Imam Ibn Hajar menggunakan bahasa dengan katanya terhasil asal pahala tetapi bukan dalam bentuk sempurnanya jika ia berniat untuk kedua-duanya (niat qada Ramadhan dan sunat Syawal). Lihat al-Tuhfah (3/390).

Semoga dengan penjelasan ini, akan memberi kefahaman kepada kita berkenaan dengan isu puasa qada’ Ramadhan dan puasa enam Syawal.

Sekian.
Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah  Persekutuan


Baca juga: 

Hukum Puasa Qada' Ramadhan Berserta Dengan Puasa Sunat Syawal - Mufti Wilayah Persekutuan
Hukum Puasa Qada' Ramadhan Berserta Dengan Puasa Sunat Syawal - Mufti Wilayah Persekutuan
So, ada banyak pendapat berkaitan dengan perkara ni. Ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh. Kalau boleh gabung niat puasa qadha dan puasa enam Syawal pun, pahalanya tak sempurna.

So, bila ada banyak pendapat macam ni.. jangan keliru, jangan panik. Saya pernah dengar ustaz kata, jika sesuatu isu/topik/perkara/hukum tu banyak pendapat.. kita boleh pilih satu pendapat dan berpegang pada satu yang kita pilih itu. 

Contohnya, dalam bab sekalikan puasa ganti Ramadhan dengan puasa 6 syawal ni.. saya pilih pendapat yang mengatakan hanya niat puasa ganti SAHAJA. Sebab bila kita puasa ganti di bulan Syawal, automatik kita akan dapat pahala puasa enam sekaligus. Sama juga dengan bila kita puasa ganti pada hari Isnin/khamis + di bulan Syawal, automatik kita akan dapat pahala puasa sunat Isnin/Khamis + pahala puasa sunat 6. No matter what, saya stick dengan pendapat ni dari dulu hingga lah sekarang.

So, korang kena pilih SATU pendapat di antara banyak-banyak pendapat dari ustaz dan mufti. and then, pegang pendapat tu hingga ke akhir. follow pendapat tu till the end. stick je dengan pendapat tu, jangan ikut orang. Pahe dop?

Take Nota: Dalam bulan Syawal, hari raya pertama sahaja DIHARAMKAN berpuasa. Pada hari berikutnya sudah boleh menunaikan puasa sunat 6 hari berturut-turut atau berselang hari selama dalam tempoh Syawal itu.

Cara Lafaz Niat Puasa Sunat 6 Syawal & Puasa Ganti (Qada' / Qadha/ Qada) Yang Betul

niat puasa ganti / puasa qada' (dalam bahasa rumi/terjemahan): 
Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Ta'ala
ATAU
Sahaja aku berpuasa esok hari qadha' fardhu Ramadhan kerana Allah Ta'ala

lafaz niat puasa ganti
Niat Puasa Ganti / Puasa Qadha' Ramadhan
niat puasa sunat enam syawal (dalam bahasa rumi/ terjemahan):
Sahaja aku puasa sunat 6 di bulan Syawal kerana Allah Taala.
ATAU
Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Syawal kerana Allah Taala

lafaz niat puasa 6 syawal
Niat Puasa Enam Syawal / puasa sunat 6 hari Syawal
biobax
whatsapp/call 0172008642 untuk order/ beli
niat puasa qadha Ramadhan berserta dengan niat puasa enam Syawal (dalam bahasa rumi / terjemahan):
Sahaja aku berpuasa esok hari qadha/ganti fardhu Ramadhan berserta sunat Syawal kerana Allah Ta'ala.

niat puasa qadha ramadhan berserta dengan niat puasa enam syawal
niat puasa qadha ramadhan berserta dengan niat puasa enam syawal
Saya ada baca satu artikel mengenai niat puasa ni yang menyatakan "Jika anda berazam ingin melakukan qadha' puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat."

Contoh laa, sebelum tidur kita kata dalam hati "esok aku nak puasa ganti / puasa sunat 6 Syawal / puasa sunat Isnin/ puasa sunat Khamis/ puasa nazar/ puasa sunat Asyura lah" ATAU kita bangun sebelum azan Subuh dengan niat untuk bersahur.. so itu sudah dikira niat puasa. Tak perlu nak lafaz Sahaja aku berpuasa....... Haa mudah je kan. Jangan fikir kalau aku tak lafaz niat puasa ikut exactly yang Ustaz lafaz, niat puasa aku tak dikira atau niat puasa aku tak betul. Salah tu. So, jangan la duk stress sangat, duk kalut sangat kalau tak hafal niat puasa haha. Tapi kalau hafal pun apa salahnya kan. Asyik duk hafal lirik lagu je wakakaka.

Okay itu sahaja, semoga entri ni dapat beri penjelasan yang lengkap pada semua inshaaAllah. Daaa~ selamat berpuasa ganti dan berpuasa enam! Wassalam :)

penawar sakit pinggang
whatsapp/call 0172008642 untuk beli :)

Post a Comment

2 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p