Lelaki vs Wanita - 20 Perbezaan Psikologi Yang Menarik - sayidahnapisahdotcom Lelaki vs Wanita - 20 Perbezaan Psikologi Yang Menarik
LightBlog

Lelaki vs Wanita - 20 Perbezaan Psikologi Yang Menarik

Lelaki vs Wanita - 20 Perbezaan Dari Sudut Psikologi | Baru-baru ni saya ada jumpa satu thread menarik di twitter yang ditulis oleh seorang Assistant Psychologist, Aiman Amri (twitter: @aimanamri). Beliau menulis tentang 20 perbezaan lelaki vs wanita dari sudut psikologi evolusi. Best giloss baca walawehh! Rasa rugi pula kalau tak share kat sini. Dan seriously, time baca tu banyak kali kepala saya angguk angguk sebab setuju dengan info tersebut haha.  So, here we go ~


20 Perbezaan Psikologi Lelaki vs Wanita - Daripada Perspektif Psikologi Evolusi

Lelaki vs Wanita - 20 Perbezaan Psikologi Yang Menarik

Lelaki dan Perempuan itu berbeza. Bukan sekadar tubuh badan, tetapi juga psikologi dan cara pemikiran. 

Thread kali ini, kita sembang sikit pasal beza dua jantina ni. Tapi ingat, ini bukan:

1. Generalisasi
2. Stereotaip
3. Sexist

Ini cuma populasi umum saja, okay? Kita chill.

Untuk faham beza Psikologi lelaki dan perempuan, penting untuk faham dari perspektif Evolutionary Psychology. Maksudnya psikologi, biologi dan fisiologi otak manusia yang berubah sejak awal zaman.

Lelaki - Pemburu keluar cari binatang
Perempuan - Duduk kat gua berjaga

1. Perempuan lagi banyak berfikir/tak fokus? Betul, sebab informasi dalam otak dia bergerak antara otak kiri dan kanan dengan laju! Berbeza dengan lelaki, banyak fokus dalam satu sisi sahaja (rujuk gambar).

No wonder sembang dengan perempuan, banyak betul point dia melompat haha.
Lelaki vs Wanita - 20 Perbezaan Psikologi Yang Menarik
Lelaki vs Wanita - 20 Perbezaan Psikologi Yang Menarik
2. Corpus callosum ialah tisu panjang penyambung otak kiri dan kanan. Perempuan punya lagi tebal daripada lelaki, maka transfer rate dia lagi cepat berbanding lelaki. Sebab itu perempuan power task-switching.

Tetapi lelaki power bab fokus.

3. Parietal Lobe lelaki lebih luas permukaan berbanding perempuan. Fungsi dia, untuk Spatial Intelligence, kefahaman ruang 3D, jarak, navigasi dll.

Sebab itu lelaki lagi bagus baca peta, boleh parking lagi cepat berbanding otak perempuan (Google: Mental rotation test).

Lelaki vs Wanita - 20 Perbezaan Psikologi Yang Menarik
Lelaki vs Wanita - 20 Perbezaan Psikologi Yang Menarik
Dalam gambar tu, nampak parietal Lobe perempuan lagi tebal (banyak grey matter), tetapi lebih kecil permukaan (surface area dia) berbanding lelaki. Jangan tertukar antara SAIZ dengan LUAS PERMUKAAN.

Ada kelebihan juga bila perempuan punya lagi tebal. Baca next Tweet.

4. Lelaki pandang dengan “bird-eye” view. Lebih menyeluruh (globally). Perempuan pandang dengan spesifik (itemised).

Dulu aku pernah organise program, geng lelaki sibuk discuss pasal flow majlis perasmian. Yang perempuan duk bincang apa warna bunga nak letak kat pentas.

5. Kulit lelaki lagi banyak saraf sentuhan, jadi lagi sensitif/geli. Sebab itu lelaki cepat geli kalau jalan pegang tangan (cepat terangsang juga).

Perempuan deria lagi kurang sensitif, so kalau dia jalan dengan kawan 10 orang semua pegang tangan pun takda hal.

6. Cone cells kat mata perempuan lagi sensitif (part kenal warna). Zaman purba waktu berjaga gua, mudah kenal buah, tumbuhan, beracun or tak.

Kalau lelaki nampak semua oren je, perempuan akan nampak papaya, peach, apricot, carrot, tangerine dan macam-macam lagi bahasa alien dia.

7. Lelaki ada kelebihan dia. Receptor kat mata lelaki lagi sensitif pergerakan dan pandangan jarak jauh, sesuai dengan konsep pemburu memburu.

Tapi kalau kau (perempuan) sembang dengan lelaki dan dia macam pandang jauh, itu sebenarnya dia mengelamun, malas dengar kau cakap.

8. Dalam Parietal Lobe otak kita ada grey matter. Antara fungsinya, untuk proses bahasa, emosi dan perasaan.

Parietal lobe kat otak perempuan lagi besar daripada lelaki.

Korang dah boleh agak dah apa aku nak sampaikan kan?

9. Otak kita ada protein nama Foxp2, dikenali sebagai “language protein.” 

Perempuan ada lagi banyak protein ni dalam otak dia. 

Dianggarkan, kuota perkataan harian dia 13k-20k lagi banyak dari lelaki. 

Jangan salahkan perempuan kenapa banyak sangat cakap. It Is Science!

10. Lelaki tunnel vision, dia fokus ke depan dan nampak jauh. Perempuan peripheral vision, dia nampak dekat tapi sekeliling. 

Sebab tu lelaki pandu kereta, boleh sandar rileks tangan straight. 

Perempuan mesti dada dan lengan dia rapat ke stereng, paksa fokus kat depan

11. Manusia associate informasi dengan emosi, cuma perempuan lagi kuat (faktor grey matter dia lagi banyak). 

Warna baju suami minggu lepas, harga makanan first date, semua dia ingat. 

Tapi kod parking kat mall, nauzubillah. Tulis atas kertas pun kertas tak ingat letak mana.

12. Timezone dua jantina ni lain. 5 minit bagi perempuan belum tentu sama 5 minit untuk lelaki. 

Okay gurau. Ini bukan sumber kajian sahih. Saja mengarut, mengantuk baru balik kerja. Ada dalam MRT ni.

13. Waktu nak faham bahasa badan, lagi banyak darah mengalir ke frontal lobe otak lelaki dari perempuan, sebab kena proses banyak untuk faham benda-benda indirect ni. Perempuan rileks je, otak tak perlu kerja keras untuk faham.

Sebab tu dia laju betul nak detect orang menipu.

14. Aktiviti kat Hippocampus perempuan lagi aktif (tempat simpan memori), jadi memori dia lagi kuat.

Pantang larang nenek moyang, jangan gaduh sangat dengan perempuan.

Habis 5 tahun berlalu pun dia akan ungkit balik nanti.

Tapi pelik, kereta parking kat mana dia tak ingat pula

15. Ingat lagi tak Corpus Callosum (penyambung otak kiri dan kanan) perempuan lagi tebal? Proses transfer info kat otak perempuan lagi laju, dia jadi power multi-tasking. Tengah masak dia boleh dukung anak, rebus telur, cakap telefon, dengar radio, menari dan macam-macam lagi.

16. Lelaki pula, informasi dia banyak bergerak pada side otak yang sama, jadi dia power betul bab fokus. Daya tumpuan dia tinggi. Tak fikir benda lain dah.

Kalau datang tegur dia tengah masak kat dapur, 

"Jangan kacau abang boleh tak? Tengah goreng telur ni."

17. Otak kita ada limbic system, fungsi untuk proses emosi dan perasaan. Dalam otak perempuan, limbic system dia lagi besar.

That's why bila berfikir, perempuan lagi emosi, empati dan menyeluruh (banyak fikir). Tapi ingat, emosi tak semestinya tak bagus. Buktinya, naluri ibu :')

18. Otak lelaki ada Inferior-Parietal Lobule (IPL) yang lagi besar berbanding perempuan. Fungsi dia untuk proses matematik dan logik. Sebab itu kita nampak lelaki lagi rasional dalam sesuatu keputusan, tak emosi.

Tapi biasanya dia kalah juga dengan air mata perempuan kah kah kah

Korang tahu kan aku nak listkan sampai 20 je. Which mean, tinggal lagi 2. 

Lepas ni nak buka thread baru pula. Benda best takleh lama-lama. Nanti jadi macam bawang putih bawang merah.

19. Perempuan anggap toilet time itu macam waktu sosial. Sebab tu suka pergi ramai-ramai. Yang tak nak buang air pun nak ikut rombongan. Waktu itu dia sembang, pinjam mekap, tumpang bedak dll. 

Lelaki tak. 

Tandas untuk buang air kecil, besar, hingus dll fungsi sebenar tandas.

20. Bila bercakap pasal masalah, lelaki berfikiran rasional. Dia akan fokus cari solusi, nak tahu pendapat dll. Bila dah jumpa jawapan dia rasa lega (walaupun tak buat lagi)

Beza dengan perempuan, dia just nak luahkan. Cerita punya cerita, asalkan ada orang sudi dengar, dia lega

Aku cerita beza Psikologi Lelaki dan Perempuan bukan niat nak perendah mana-mana jantina. Tak ada siapa lagi baik atau buruk. Yang ada, hanya berbeza. Setiap kita ada sukses tersendiri.

Yang perempuan tak perlu bandingkan dengan lelaki sebagai kayu ukur "sukses", dan sebaliknya.

Dan bukan maksud kalau cakap Perempuan pandai multi-tasking, lelaki tak pandai langsung. It only means, perempuan significantly better in that.

Same goes kepada skil baca peta, faham emosi, kemahiran parking dll.

Dan sudah tentu, ini merujuk kepada populasi general (p>0.05).

Terima kasih sebab sudi baca, retweet, love dll. Korang memang awesome.

Niat aku satu je, untuk educate society tentang ilmu Psikologi yang awesome ni. Tak ramai orang minat nak sambung belajar bidang "pelik" ni.

Moga-moga, semakin ramai orang dalam bidang ni nanti :)
Peace yo!


Haaa amacam? Best tak? Menarik kan? Seronok kan baca? Rasa nak suruh dia sambung sampai ke no.40 kan? Tapi bak kata dia kalau panjang-panjang jadi macam bawang putih bawang merah a.k.a sinetron Indonesia hahaha.

Dan bak kata Encik Aiman ni juga.. cerita tentang perbezaan-perbezaan tersebut bukan nak banding banding sesama dua jantina tersebut. Bukan nak tengok siapa lagi hebat siapa lagi lemah. NO. Because we are only a human. No one's perfect. Masing-masing ada kekuatan dan weakness point. "Setiap kita ada sukses tersendiri" ~

Okay moga minda kenyang harini dengan ilmu psikologi yang sedikit di atas hehee. Daa~ wassalam! :)

Post a Comment

8 Comments

  1. Sangat setuju.. indah ciptaan Tuhan. Ada perbezaan mengikut keupayaan masing2..

    https://byshaz.blogspot.my/2018/03/buat-duit-secara-meluas-dalam-blog.html

    ReplyDelete
  2. good sharing ! suka baca pengetahuan yg mcm ni.. nak cari maklumat sndiri malas, baca entry org jela nmpknya...hahhaha..

    ReplyDelete
  3. punya la saintifik artikel ini...dah ilmiah

    proses penyerapan saya juga agak perlahan sudah

    ReplyDelete
  4. Teringat dgn suami, ada satu masa tu kak pip bgtau suami, lepas buat A, nnt buat B, lepas tu pi kedai beli C D E bla bla bla ... Lepas tu suami cakap, eh bgtau la nak buat satu satu, kalau bgtau sekaligus , mcm mana saya nak tau mana satu kena buat ... time tu tak tau lg bab2 beza otak lelaki dan perempuan, coz kak pip ni kalau husband bg task byk2, kak pip angguk n boleh buat tanpa nak tanya berulang kali ... now dah faham why is that ...tq share ..

    ReplyDelete
  5. ada juga betolnya saya tidak nafikan sebagai seorang wanita...memori kuat bila ingat kesalahan lalu, 10 tahun lepas pon masih ingat lagi hahaha

    ReplyDelete
  6. Allah jadikan manusia berpasang pasangan, mesti ada sebab lelaki itu pakaian bagi wanita dan juga sebaliknya. Saling emlengkapi

    ReplyDelete
  7. no 19 tu terang-terang nampak masa sekolah, sampailah cikgu mai halau masing-masing dalam tandas. bila dah kerja ni pun shu masih nampak, tak ramai tapi 2,3 orang sekali rombongan. hehe

    ReplyDelete
  8. no wonder lah selalu lupa, sebab dah memang cenggitu rupanya. Dia lagi ingat itu ini :P

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p