30 MENU SEDAP SEPANJANG RAMADHAN
![]() |
30 MENU SEDAP SEPANJANG RAMADHAN |
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yang kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar-bazar ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasik.
15. Jauhkan aktiviti yang lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dalam sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah.
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim.
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna (bukan berpakaian tapi bertelanjang)
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara-perkara yang dilarang.
23. Tidak berlebih-lebihan maupun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat : solat sunat rawatib.
25. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
26. Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga (terutama suami & anak-anak lelaki)
27. Lazimi untuk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
28. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah di kala senang maupun susah.
29. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
30. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.
Ikhlaskan hati kerana Allah.. hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir kita.
credit: PSLYNNDA
So.. mana satu menu yang rasanya boleh dan mampu kita buat? Saya rasa menu yang paling paling susah adalah no.1. Hee. Takpee, yang penting kita buat yang terbaik, ikhlas mengharapkan redha Allah. "Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua"~
#onestepcloser
#lagisatuhari
#MarhabanYaRamadhan
6 Comments
sedap menu ni
ReplyDelete30 menu..yg mana boleh buat.. anyway selamat menyambut ramadhan sayidah napisah
ReplyDeletemudah-mudahan dapat pilih kesemua yang baik-baik dari snrai di atas. Ada yang susah tu nak pilih ...
ReplyDeletetahun ni bertarawih di rumah bersama dak sophea lah lagi hingga dia besar sikit.
ReplyDeleteEh, ingat menu masakan. Baru plan nak check masak apa petang ni
ReplyDeleteMenu yang sedap untuk Ramadhan..
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p