FAKTA menyokong "Gaji minimum RM1,050 sebulan seragam mulai Januari 2019" - sayidahnapisahdotcom FAKTA menyokong "Gaji minimum RM1,050 sebulan seragam mulai Januari 2019"
LightBlog

FAKTA menyokong "Gaji minimum RM1,050 sebulan seragam mulai Januari 2019"

Gaji minimum RM1,050 sebulan seragam mulai Januari 2019 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Seminggu blog bercuti tapi rasa macam dah sebulan haha. Kembali je menulis, terus topik serius pasal gaji minimum rakyat Malaysia gituw. perghh.

Sebenarnya saya malas dan tak berapa rajin sangat nak tulis berkaitan dengan 'politik' Negara Malaysia di blog pinky ku ini. Bukan sebab tak suka tapi sebab tak gemar. Ehh. First, sebab tak berapa tahu bab politik politik ni. Second, sebab tak arif langsung berkenaan perkara ini. Bila tak arif.. malas nak cakap banyak kan. Tapi...

Memandangkan tengahari tadi saya terjumpa satu post DS Najib di twitter yang provide 'fakta' perbezaan gaji dulu (semasa pemerintahan BN) vs kini (pemerintahan PH) yang tersebar semalam dengan niat ehemm (wallahualam), saya pula nak sebarkan THE REAL FAKTA yang menyokong tindakan kerajaan menetapkan gaji minimum RM1,050 sebulan seragam Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak; mulai 1 Januari 2019.


FAKTA menyokong "Gaji minimum RM1,050 sebulan seragam mulai Januari 2019"

FAKTA menyokong "Gaji minimum RM1,050 sebulan seragam mulai Januari 2019"
FAKTA menyokong "Gaji minimum RM1,050 sebulan seragam mulai Januari 2019"
By Adrian Lim Chee En


GAJI MINIMA RM1,050: Bukankah PH janjikan RM1,500?
Ada yang sindir angka '5' salah letak.

Ini FAKTAnya:
PH janjikan gaji minima RM1,500 dalam PENGGAL PERTAMA pentadbirannya, maksudnya secara berperingkat dalam 5 tahun ini. Bukan sekali naik, naik sebanyak RM500/RM580.
FAKTA menyokong "Gaji minimum RM1,050 sebulan seragam mulai Januari 2019"
FAKTA menyokong "Gaji minimum RM1,050 sebulan seragam mulai Januari 2019"
FAKTA menyokong "Gaji minimum RM1,050 sebulan seragam mulai Januari 2019"
FAKTA menyokong "Gaji minimum RM1,050 sebulan seragam mulai Januari 2019"
Idea gaji minima Malaysia mula diperkenalkan di Malaysia dalam ucapan bajet tahun 2012, yang dibentangkan pada bulan Oktober 2011.

Semenanjung Malaysia: RM900
Sabah Sarawak: RM800
*Ketetapan ini hanya mula dikuatkuasakan pada Jan 2013, beberapa bulan sebelum berlangsungnya PRU ke-13.

Akhirnya, selepas EMPAT TAHUN, dalam ucapan bajet 2016 yang dibentangkan pada bulan Oktober tahun 2015, paras ini dinaikkan kepada:
Semenanjung: RM1,000
Sabah Sarawak: RM920
*Ketetapan ini hanya mula dikuatkuasakan pada Julai 2016.

PH ambil alih Mei 2018, hanya EMPAT BULAN kemudian pada bulan September 2018, kenaikan berkuatkuasa Januari 2019 diumumkan.

Semenanjung: RM1,000 -> RM1,050 (Naik RM50)
Sabah Sarawak: RM920 -> RM1,050 (Naik RM130)

Maksudnya di sini:

1. Di bawah BN
Dalam tempoh TUJUH TAHUN (2011 - 2018), gaji minima dinaikkan sebanyak RM100/RM120.

2. Di bawah PH
Dalam tempoh EMPAT BULAN (Mei 2018 - Sept 2018), gaji minima disamaratakan, dan dinaikkan sebanyak RM50/RM130.

Dasar gaji minima dalam manifesto PH harus dilihat dalam dua aspek:

1. Penyamarataan jurang gaji minima antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah Sarawak
2. Menaikkan secara berperingkat kepada RM1,500

Tujuan pertama telah dilaksanakan, manakala yang satu lagi telah mula bermula secara berperingkat.

Ye. Mungkin RM50 ataupun RM120 tidak nampak banyak sangat kepada pengkritik tegar yang rata-ratanya bergaji RM2,500 ke atas, tapi mereka bukannya terkesan pun.

Malah perlu ditegaskan, kenaikan ini adalah secara BERPERINGKAT, bukan sekali naik melonjak RM500/RM580.

Yang saya rasa paling janggal, dalam HANYA EMPAT BULAN:

1. PH telah menyamaratakan jurang gaji minima antara Semenanjung dengan Sabah Sarawak (RM1,050)
2. PH telah capai kenaikan 50%/100% berbanding apa yang dicapai sepanjang TUJUH TAHUN pemerintahan BN.

Itupun ada yang tidak puas hati?

Ye, kita boleh kritik kerajaan PH supaya mereka tidak mengulangi kesilapan BN, tapi buatlah teguran dan kritikan tersebut harus berasas.

Janganlah 'distort' atau memesong fakta sekadar nak raih sokongan politik murahan. Tegurlah secara RASIONAL, BERASAS dan BERFAKTA.

-end-
FAKTA menyokong "Gaji minimum RM1,050 sebulan seragam mulai Januari 2019"
FAKTA menyokong "Gaji minimum RM1,050 sebulan seragam mulai Januari 2019"
Then.. ada yang komen di thread tweet tersebut:

"Nak play by numbers bukan letak jumlah RM, but letak lah percentage of increment per annum. Does it correlate with the inflation rate per annum ke tak? Obviously tak kan? Then provide lah information betul betul. Naik 50 sen pun naik berperingkat juga."

Adrian membalas:

For a start, orang Semenanjung jangan tengok pasal garis Semenanjung je. Include the context of Sabah Sarawak.

You guys are "ok" compared to Sabah Sarawak which are far behind. Cost of living is higher in Sabah Sarawak, yet the minimum wage is lower than Semenanjung all these years.

Before you talk about the raise, you close the gap between East M'sia and Semenanjung first.

Have you even looked at minimum wage in the east?
FAKTA menyokong "Gaji minimum RM1,050 sebulan seragam mulai Januari 2019"
If you raise it to your acceptable level in Semenanjung now, it would correlate to a bigger jump in Sabah Sarawak. Because the difference in Sabah Sarawak is much higher.

Sure 1,000 to 1,050 in Semenanjung is 'small'. But it is already 130 in the East.

Memang pun not at the optimum level yet. But the point is to samaratakan east & west first.

If 1,100, it is +100 in Semenanjung, but +180 in the east.
If say 1,200, it is +200 in Semenanjung, but +280 in the east.

How many small businesses in the east will have to close down?

------------------

Oh, tadi saya ada sebut tentang tweet Dato Seri (DS) Najib kan? In case ada yang belum tengok lagi.. ini tweet nya...

Gaji minima:

BN 2014:
-RM900 (Semenanjung)
-RM800 (Sabah, Sarawak)

BN 2016:
- RM1,000 (Semenanjung, naik 11%)
- RM920 (Sabah, Sarawak, naik 15%)

PH:
- Sebelum PRU14: RM1,500
- Selepas PRU14: RM1,050 (tahun 2019)
FAKTA menyokong "Gaji minimum RM1,050 sebulan seragam mulai Januari 2019"
tweet Najib berkaitan dengan gaji minima tahun 2014, 2016 dan 2018
Apalagi.. ramai lah yang komen di tweet tersebut. Macam-macam ada. Jom kita baca komen komen yang bijak serta 'pedas' bagi membalas tweet DS Najib itu. hehehe~

-------

Akta Gaji Minimum 2012 dilaksanakan pada tahun 2013 dengan permulaan gaji RM900.00 untuk Semenanjung dan RM800.00 di Sabah Sarawak.

2018 iaitu 5 tahun kemudian gaji minimum dinaikkan ke RM1,000.00 semenanjung  dan RM920.00 sabah sarawak.

BN perintah
5 tahun = kenaikan  RM100.00 (Semenanjung) dan RM120 (Sabah Sarawak)

PH perintah
4 bulan = kenaikan RM50.00 (Semenanjung) dan RM130 (Sabah Sarawak)
Dijanjikan dalam tempoh 5 tahun = kenaikkan RM500.00 menjadi gaji minimum RM1,500.00

Mana yang lebih baik????

-----

Ingat kahwin harini takkan esok terus mengandung. pegang kepada tu. hidup PH.

-----

Gaji mr jib

Sebelum PRU14: millions
Selepas : thousands

------

DS cakap macam DS ni pemerintah yang bagus. sedar diri sikit. kalau DS pegang Malaysia lagi tak tau la ape nasib. Alhamdulillah BN kalah haritu Alhamdulillah.

-----

sejak polis tak ada datang rumah lagi kemain.

----

Tak baca manifesto ke.. RM1,500 akan dibuat secara berperingkat selama 5 tahun. Rasanya DSN lagi tahu apa kesannya kepada syarikat-syarikat kalau naikkan kepada RM1,500 terus .. Tak payah la nak mensensasikan setiap perkara.

-----

It took PH less than 5 months to increase RM50 compares to yours that had taken 24months(+) to only increased RM100-120

Imagine what PH could do in 60months lol

-----

Kan dah bagitau, naik berperingkat selama 5 tahun. Bukan terus RM1500. Emmmm. Awat kalut sangat hang nih? Ok ke tak ok tuh? Kalau tak ok, sabar. Jangan bersedih brader.

-----

Nak menyerang tak salah dato. Tapi jangan menyerang macam Ahmad Maslan . Orang baca pun gelak je.

-----

If you don't have something nice to say YB, better not to say at all

------

Pada tahun 1997 saya berunding RM620 gaji minima untuk pekerja kilang. Pada tahun 2017 (zaman pemerintah BN) gaji minima RM1000. Apa kamu cakap banyak sekarang. Bila kamu jadi PM kenapa tak naik gaji minima jadi RM 1500?

-----

We didn’t vote them for the minimum salary wage criteria! We voted them coz we wanted YOU out!

-----

Its devastating to see how people still doesn’t fully understand the correlation between income and debt. Not backing up any sides, but shouldn’t we as the people fully understand first this principles first before jumping to conclusion? Economics Edu anyone?

----

Baru berapa bulan PH jadi kerajaan, dah datuk nak heboh heboh kan perkara ini.. Relax relax Datuk, bagi lah masa untuk PH perbetulkan apa yang BN pernah buat salah..

-----

Kita tunggu dan lihat DS. Kalau tak capai 1500 by 2022 kami undi DS balik

-----

resign jelah jd pembangkang kalau nak bentang fakta pun sebenarnya auta

----

Janji naik..pengusaha pun tak terbeban dengan kos gaji yang tinggi.. jadi ada la peluang pekerjaan untuk orang lain.. kos ni jugak menentukan sesuatu harga barang tu jugak kan.. kos tinggi harga akan tinggi kan.. bagi pendapat saya la..

----

Dato saya neutral. Bagi saya, tak sesuai dato compare dengan pemerintahan dato yang banyak tahun dengan pemerintahan 4 bulan. Jangan macam ni dato. dato kan pandai math.

----

BN 2009 - Tak banyak cash, handbag, permata intan berlian kat rumah presiden.

BN 2018 - Beratus-ratus juta ringgit cash, handbag, permata intan berlian kat rumah presiden.

----

24 jam nk manjakan duit. Smpai ber trilion hutang pun rakyat tak sedar. Sekarang kita semua tengah susah payah nak bayar balik, kau still nak mention (compare) parti pembangkang kau tu.

----

U did nothing anyway. What's the point  explain the cash money that was found in your home first.

----

Increment of basics will not solve rakyats financial issues. More subsidy on daily goods will be better. Hike of basics kills businesses operating cost which may effect economy badly. Think before act.

----

Takkan nak naik berdesup terus. Naik sikit sikitlah kalau tak nanti banyak harga barang naik

----

Sebaiknya gaji minima untuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah sama jumlahnya dan sepatutnya tiada perbezaan.

----

Naik RM50 dah penuh troli beli barang sekarang, sayang Tun M

----

Jika saya menjadi diri anda, saya akan mendiamkan diri sahaja tanpa buat ulasan komen sebegini.. Kerana saya rasa anda tau, banyak rakyat malaysia tak bodoh untuk terus diperbodohkan oleh anda

----

Tuan mungkin tidak nampak kenaikan yang diberi kerana nilainya kecil mengikut kemampuan kerajaan.

Hal ini berlaku kerana kerakusan Tuan jua.

Adakah Tuan juga sedar janji palsu yang Tuan tabur untuk bonus dan kenaikan gaji kepada penjawat awam dahulu juga omongan kosong?

------

Jangka masa 4 bulan naik RM50 laa dato. Bukan macam datuk dua penggal baru naik RM100

-----

Stop with the sensationalization. Clearly, you only care about showing which party is better, but not necessarily which is better for the people.

----

Post a Comment

7 Comments

  1. Kami yang bekerja sendiri, takde gaji minimum.
    Berapa yang dapat itulah secukupnya.

    ReplyDelete
  2. salam blogger. saya tak sempat baca buku harapan

    ReplyDelete
  3. no comment but i am just hoping for the best when my time comes.

    ReplyDelete
  4. Salam sis, memang PH baru je pegang tampuk pemerintahan. Didoakan PH dapat menjaga keamanan negara dengan menjaga sensitiviti setiap bangsa di Malaysia.

    ReplyDelete
  5. masalahnya betul ka semua company dah laksanakan gaji min sblm ni?

    ReplyDelete
  6. ohh macam tuu, berperingkat. so kena fikir banyak kali untuk tukar company

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p