Korang tahu tak?
Pemuda Al kahfi yang ada 7 orang tidur 309 tahun.
Bersama mereka ada seekor anjing.
Surah Al-Kahf ayat 17.
Korang tahu tak?
Allah membolak balikan badan mereka untuk tidak berkulat, Allah hentikan segala macam bulu di tubuh mereka, Allah kukuhkan pakaian mereka supaya tidak reput.
Korang tahu tak?
Nabi Uzair tidur 100 tahun.
Bersama beliau ada seekor keldai. Keldai yang tulang pun dah hancur jadi debu (selepas 100 tahun).
Maha suci Allah, Allah tunjuk debu jadi tulang dibalut daging bulu. Kemudian bercantum semula jadi keldai.
Korang tahu tak?
Amalan yang dilakukan oleh Bilal bin Rabah sehingga kedengaran tapak kaki beliau di dalam syurga adalah solat sunat wuduk.
Korang tahu tak?
Malam sebelum isra' mikraj dada Rasulullah saw dibelah untuk kali kedua. Kali pertama ketika berusia 5 tahun. Kemudian hati Baginda SAW dibasuh dengan air zam zam.
Perihal burraq ialah berwarna putih lebih kecil dari kuda dan lebih besar dari keldai. Kelajuan sejauh mata memandang.
Korang tahu tak?
Bila sampai di masjid Aqsa, Rasulullah saw solat 2 rakaat dan Baginda SAW menjadi imam kepada para Nabi. Sesuai dengan pangkat beliau iaitu penghulu segala nabi dan rasul.
Korang tahu tak?
Selesai solat, Rasulullah didatangi 2 bekas. 1 berisi susu dan 1 berisi arak.
Rasulullah memilih susu.
Korang tahu tak?
Rasulullah dan Jibril A.S. menaiki langit yang pada nya belum ada manusia selain nabi pernah sampai.
Jibril memberi salam lalu dijawab malaikat penjaga langit dan bertanya siapa engkau? Kemudian Jibril menjawab aku Jibril. Kemudian di tanya lagi siapa bersama engkau dan adakah dia telah di utuskan?
Jibril menjawab Dia Muhammad dan dia telah diutuskan (berlaku pada setiap pintu langit)
Korang tahu tak?
Di langit pertama ada Nabi Adam as
Di langit kedua ada Nabi Isa as dan Nabi Yahya as
Di langit ketiga ada Nabi Yusuf as
Di langit keempat ada Nabi Idris as
Di langit kelima ada Nabi Harun as
Di langit keenam ada Nabi Musa as
Di langit ketujuh ada Nabi Ibrahim as dan juga baitul makmur
Di atas langit ketujuh syurga dan sidratul muntaha
Di atas syurga ada air
Di atas air ada arasyh
Di atas arasyh ada kursi
Di kanan arasyh ada lauh mahfuz
Semua nabi mengucapkan salam. Selamat datang nabi yang soleh dan rasul yang soleh.
Kecuali Nabi Adam mengucapkan anak yang soleh dan rasul yang soleh.
Korang tahu tak?
Ketika Rasulullah S.A.W. sampai di langit ke 7, Baginda mendapati lelaki yang muka nya sama seperti Baginda sedang duduk bersandar manakala malaikat yang lain sedang sibuk bertawaf.
Rupa-rupa nya amalan ibadah ni ketika hidup di alam dunia sahaja. Yang memakan masa 50 60 70 tahun bergantung kepada usia masing-masing. Kemudian takde dah.
Korang tahu tak?
Rasulullah pergi ke syurga dan dia dapati kebanyakan ahli syurga itu adalah dalam kalangan mereka yang miskin.
Korang tahu tak?
Rasulullah S.A.W. melihat kebanyakan penghuni neraka adalah dalam kalangan wanita.
Korang tahu tak?
Neraka ada 7 tingkat manakala syurga ada 8 tingkat.
Korang tahu tak?
Slepas smua itu Rasulullah naik ke Sidratul Muntaha dan Jibril menunjukan rupa sebenar beliau untuk sekali lagi.
Surah An Najm ayat 13.
Dan bila Rasulullah ingin mengmbil perintah solat.
Berpisah lah Bginda dengan Jibril. Jibril yang semulia mulia makhluk pun tak dapat maju ke depan kerana takut kebinasaan. Hanya Rasulullah keseorangan ketika itu.
Korang tahu tak?
Umat islam semakin tidak mempercayai Rasulullah S.A.W. selepas peristiwa Isra' mikraj. Tetapi Abu Bakar R.A. tetap membenarkan kata-kata Rasulullah S.A.W.
Korang tahu tak?
Ayat pertama surat Nabi Sulaiman kepada Balqis ialah Bismillah'irahmannilrahim
Surah Al-Naml ayat 30.
Buatlah apa pon, Bismillah. Ambil kunci, bismillah. Tekan alarm, bismillah. Buka pintu, bismillah. Masuk kan kunci, bismillah. Duduk bismillah.
Start enjin, bismillah. Masuk gear, bismillah. Korang akan rasa kemanisan Basmallah tadi. Percayalah.
Korang takkan faham kemanisan gula itu sehingga korang ambil gula itu letak dalam mulut. Memang manis.
Korang tahu tak?
Masa nak pidahkan istana Balqis, ifrit boleh bawa istana tu sebelum Nabi Sulaiman bangun dari tempat duduk.
Surah al-naml ayat 39
Korang tahu tak?
Mulia nya manusia ni, ada yang boleh angkat istana itu dalam sekelip mata.
Surah al-naml ayat 40.
Mulia lagi kita ni dari jin.
Korang tahu tak air dicincang takkan putus?
Ketika laut merah dibelah oleh nabi musa, ketinggian benteng laut itu setinggi gunung.
Korang tahu tak?
Abu Jahal adalah manusia yang mintak Rasulullah S.A.W. membelah bulan. Bila bulan terbelah, kemudian bercantum.
Dia herdik Rasulullah adalah bapak segala ilmu sihir. MasyaAllah.
Makna kata.. ketika peristiwa itu ada musafir datang untuk berjumpa Abu Jahal, konon meraka akan jadi saksi. Esok nya bila mereka sampi mereka bercerita. Situ yang dia herdik Rasulullah kononnya Rasulullah bukan saja boleh sihir dekat-dekat, jauh pon boleh.
Korang tahu tak?
Antara perkara yang paling mengembirakan Rasulullah S.A.W. ialah bila seseorang itu ingin memeluk Islam.
Korang tahu tak?
Abu Lahab adalah pakcik Rasulullah. Allah abadikan surah khas untuk dia.
Surah al-masad.
Korang tahu tak?
Surah al-masad tadi turun 6 bulan sebelum Abu Lahab mati.
Makna kata confirm masuk neraka.
Korang tahu tak?
Antara pakcik kesayangan Rasulullah ialah Abu Talib.
Walaupun tak beriman dengan Rasulullah S.A.W., dia tetap sokong dakwah Rasulullah S.A.W.
Korang tahu tak?
Abu Talib ni beriman dengan Allah, percaya neraka itu benar. Tetapi dia tolak Muhammad S.A.W. sebagai utusan. Ni nak kata hidayah milik Allah.
Korang tahu tak?
Abu Talib mati dalam tidak beriman kepada Rasulullah S.A.W. dan Rasulullah S.A.W. bernekad akan terus mendoakan pakciknya.
Kemudian turun ayat..
“Sesungguhnya kamu (hai Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada siapa saja yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.”
(QS Al Qashash: 56)
Korang tahu tak antara nikmat-nikmat besar Allah bagi?
Islam!
Islam adalah nikmat besar. Sehingga orang terakhir yang keluar dari neraka itu orang Islam yang dalam hatinya ada "tiada tuhan selain Allah".
Korang tahu tak bila korang Islam?
Bila mana mulut kalian menyebut shahadah dan diiring dengan solat serta beriman kepada rukun Islam.
Dah tu bila last korang islam? Atau makna kata lain bila last korang solat?
Solat ni Nabi ambil tu atas dari langit ke 7.
Solat ni Nabi ambil tu atas dari langit ke 7.
Asal dari 50 sampai jadi 5.
Mujur ada Nabi Musa minta Rasulullah S.A.W. naik balik munta kurang. Naik minta kurang. Naik minta kurang.
Sampai Rasulullah S.A.W. malu tahu tak! "wahai Musa! Aku pun tahu malu dengan Tuhan aku"
Korang tahu tak Islam?
Korang terutama nya aku, hari ini dapat Islam secara 'percuma' sebab tu aku tak reti hargai. Ambil remeh sebab bukan aku yang perjuangkan. Kemanisan tu takde.
Harap-harap kita bukan Islam hanya di kad pengenalan. Aamiin~
Korang tahu tak Mahdi?
Imam Mahdi atau nama sebenar beliau Muhammad bin Abdullah.
Keturunan Rasulullah S.A.W. lelaki fasih berbahasa Arab tampan akhlak baik macam Rasulullah S.A.W.
Korang tahu tak Imam Mahdi ni?
Rasulullah S.A.W. pesan bila kamu mendengar Imam Mahdi sedang dilantik, pergi dapat kan bai'ah dari beliau.
Walau terpaksa merangkak dalam salji.
Korang dan aku akan pergi tak?
Jap fikir dulu.
Ada anak bini, kereta, rumah tak habis bayar lagi.
Sayang sangat ke kerja.. Ni aku lah ni.. Iman kulit bawang..
Korang tahu tak kenapa ramai mengaku Imam Mahdi?
Dorang tak mampu nak tiru Nabi Isa A.S. sebab ketika Nabi Isa turun, dia masih memegang sayap malaikat di tangan kiri dan kanan beliau.
Korang tahu tak Nabi Isa?
Antara manusia yang tidak dijadikan dari air mani.
Termasuk Nabi Adam dan Siti Hawa.
Korang tahu tak Nabi Isa?
Akan hidup 40 tahun berlandaskan syariat Nabi Muhammad S.A.W. Beruntung anak cucu korang dapat jumpa Nabi. SubahanaAllah!
Tapi! Sebelum turun the last man standing ni..
Dunia kena hadapi fitnah dajjal selama 40 hari.
1 hari bersamaan 1 tahun.
1 hari bersamaan 1 bulan.
1 hari bersamaan 1 minggu.
Hari keeempat macam biasa.
Apa pun korang jangan lupa solat! Sebab solat adalah satu-satunya jambatan mendapat rahmat dan redha Allah..
Solat tak turun wahyu, Rasulullah pi amik atas langit sana.
Ingat ye solat! Baru berkat.
Jangan sampi istidraj. Senang tapi tak berkat.
Sekadar renungan~
Sumber: telegram Hati Remaja.
Sumber: telegram Hati Remaja.
2 Comments
perkongsian yang bagus..
ReplyDeleteperkongsian yang menarik. Banyak yang kita sebagai muslim tak tahu. ataupun tahu cuma terlupa. Terima kasih atas perkongsian. sementara tu, jemput ke blog saya juga kak. baru nak start aktif semula. jgn lupa tekan button follow. heheh
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p