Amin, Aamin, Amiin atau Aamiin? Ejaan mana satukah yang betul? - sayidahnapisahdotcom Amin, Aamin, Amiin atau Aamiin? Ejaan mana satukah yang betul?
LightBlog

Amin, Aamin, Amiin atau Aamiin? Ejaan mana satukah yang betul?

Amin, Aamin, Amiin atau Aamiin? Ejaan mana satu yang betul? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Kemusykilan dan kekeliruan ejaan 'Amin' dan ejaan 'InshaaAllah' dari dulu sehingga sekarang tak pernah habis. Pelbagai 'fakta' dan poster yang viral. Hingga tak tahu mana satu yang betul, mana yang salah. Ada yang kata ejaan 'Aamiin' lah yang paling tepat kerana membawa maksud yang betul. Ada yang kata mana mana pun boleh. Tak kisah. Makna semua sama je. So sebenarnya.. antara 'Amin', 'Aamin', 'Amiin' dan 'Aamiin', mana satukah ejaan yang betul?


Amin, Aamin, Amiin atau Aamiin?

Oleh: Ustaz Ad-Dien Abdul Kadir

ejaan Amin Aamin Amiin atau Aamiin
ejaan Amin Aamin Amiin atau Aamiin?
Telah tersebar poster ini yang mengatakan salah eja dalam bahasa melayu ini mengubah maksud.

Saya faham niatnya baik tapi ada beberapa perkara yang tidak tepat yang boleh diperbetulkan.

Sebenarnya yang mengubah makna jika salah ejaan ialah bila perkataan itu dieja dalam BAHASA ARAB sahaja.

Ini kerana perubahan huruf dan baris memberi maksud yang berlainan dalam bahasa Arab.

Adapun ejaan "sebutan Arab" bahasa melayu, ia tidak membawa sebarang makna. Ini kerana bahasa Melayu tidak mempunyai fungsi yang sama seperti bahasa Arab.

Contoh ejaan "InshaaAllah" dalam bahasa Arab terdiri daripada 3 perkataan berbeza. Kerana itu ejaan Arabnya perlu tepat.

Adapun jika dieja dalam bahasa Melayu sebagai In-Sha-Allah, perkataan In & Sha itu tidak ada makna khusus pun dalam bahasa Melayu.

Maka tidak ada masalah nak eja InsyaAllah, Insha Allah, In Sha Allah, etc.

Apa yang penting dalam bahasa Melayu ialah lafaz sebutan dan konteks perkataan Arab yang dimaksudkan dalam percakapan bahasa Melayu itu.

Contohnya bila orang Melayu berdoa dan sebut amin, maka yang dimaksudkan dan difahami di situ ialah amin sebagai "perkenankanlah permintaan". Bukan jujur atau aman.

Begitu jugalah ejaan Mohamad, Muhamad, Muhamed, etc. Yang dimaksudkan dan disebut dalam ejaan Melayu itu tetap satu lafaz dan makna yang sama, Muhammad.

Begitulah konsepnya.

Semoga berfaedah.

Wallahua'lam.


Post a Comment

8 Comments

  1. Betul tu. Sy pernah terbaca juga tentang nie. Nice sharing :)

    ReplyDelete
  2. Aamiin.
    Dalam BM pun perlu ada satu sahaja ejaan standard yang diperakui betul.




    ReplyDelete
  3. terima kasih di atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  4. Bahasa arab bos bukan bahasa ejaan

    ReplyDelete
  5. Salam..saya kurang setuju dgn cara puan kata ejaan insya-Allah tu boleh ditulis begini InsyaAllah, Insha Allah, In Sha Allah, etc. DBP sudah selaraskan ejaan insya-Allah mcm ni. Jgn kelirukan pengguna BM..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p