Ilmu pengetahuan basic HR (Human Resource) - gaji, cuti, berhenti kerja, probation period - sayidahnapisahdotcom Ilmu pengetahuan basic HR (Human Resource) - gaji, cuti, berhenti kerja, probation period
LightBlog

Ilmu pengetahuan basic HR (Human Resource) - gaji, cuti, berhenti kerja, probation period

Ilmu pengetahuan basic HR (Human Resource) - gaji, cuti, berhenti kerja, probation period | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Saya tak pernah kerja keraajan atau di syarikat swasta, apatah lagi di bahagian HR (Human Resource). Tapi, ada seorang lelaki ni.. Beliau mempunyai pengalaman kerja selama 7 tahun dan telah bermurah hati untuk share ilmu basic HR seperti gaji (macam mana nak kira gaji sebulan, sehari, sejam, overtime OT), waktu kerja, cuti dan cuti tambahan (annual leave, MC, emergency leave, compassionate leave, paternity/ maternity leave, unpaid leave, replacement leave), probation period, cara betul berhenti kerja (resignation letter), and last but not least tentang permasalahan waktu solat di tempat kerja yang strict & limited.

Semua ni adalah pengetahuan asas yang perlu semua fresh graduate dan pekerja baru tahu!

Take noted okayy!
Ilmu pengetahuan basic HR (Human Resource) - gaji, cuti, berhenti kerja, probation period
Ilmu pengetahuan basic HR (Human Resource) - gaji, cuti, berhenti kerja, probation period | image: Google

Ilmu pengetahuan asas/ basic HR (Human Resource)



Aku ingat nak buat thread pasal HR (Human Resource) sebab rata-rata twitter user ni Fresh Graduate or kurang pengetahuan bab HR (sama ada tak tahu atau tak ambil tahu). So aku share sikit berdasarkan pengalaman aku bekerja selama 7 tahun.


Ini basic HR, berdasarkan apa yang aku tahu, apa yang orang HR bagitahu aku sebelum berhenti kerja. Apa yang aku belajar masa mula-mula masuk kerja (induction session).

Kalau-kalau ada orang yang arif bahagian HR ni, eloklah betulkan kalau ada yang salah. Sebab benda baik patut dikongsi. Sekurang-kurangnya mereka aware pasal selok belok kerja.

Aku tak bekerja dalam HR. Cuma aku gunakan pengalaman apa yang aku tahu tentang basic HR. Sebab dah tertulis dalam korang punya Letter of Appointment/ Acceptance/ Agreement/ Acknowledgement (LOA).

Then banyak bertanya perihal HR. So takde la kena goreng bila pergi tempat baru.

Benda ni penting. Sebab dah tulis dalam LOA. Kebanyakkan pekerja (mostly orang yang baru kerja, nak pengalaman) tak baca surat tu. Tahu sign je. Seronok sebab dapat kerja, tapi tak sedar hak pekerja kena cabul. Baru nak pergi pejabat buruh. Kadang masa interview taknak bertanya.


Benda macam ni kita rasa macam malas nak ambil tahu. Malas nak baca. Tapi benda tu penting. Masa interview bila HR tanya, "Ada apa-apa lagi yang nak tahu?" Korang tanya je. Make sure korang clear.

Let's start!

1. Gaji

Banyak orang yang tahu gaji bulan dia, tapi tak ambil tahu berapa gaji dia sehari, sejam dan overtime dia. So cara kira gaji korang..

Untuk kira gaji hari:

Gaji bulan ÷ hari bekerja = 1 hari gaji.

Contoh:
3000 (gaji bulan) ÷ 22 (hari bekerja)= RM 136.36

** Pengiraan gaji korang kena refer balik dengan HR.

Adakah:
Gaji Bulan ÷ 30 Hari atau
Gaji Bulan ÷ 26 Hari Bekerja atau
Gaji Bulan ÷ 22 Hari Bekerja.
Ilmu pengetahuan basic HR (Human Resource) - gaji, cuti, berhenti kerja, probation period
Ilmu pengetahuan basic HR (Human Resource) - gaji, cuti, berhenti kerja, probation period  | image: Google
Gaji sejam:
Gaji hari ÷ waktu bekerja = gaji sejam

Contoh:
RM 136.36 ÷ 8 Jam = RM 17.08 sejam

Gaji overtime:
Gaji sejam × 1.5 = gaji overtime

Contoh:
RM 17.08 × 1.5 = RM 25.56

Kalau double or triple, korang kali la.

So kalau dah lebih tempoh jam bekerja, korang layak dapat overtime. Tetapi, ada company yang tak bayar overtime. So korang kena minta replacement day off.

Macam company aku tak bayar overtime, tapi dia bagi replacement leave.

Kurang 4 jam = ½ day off
Lebih 4 jam = 1 day off

So korang kena refer awal-awal dengan HR masa interview. Bukan tanya gaji je okay.

2. Waktu kerja

Bab ni korang kena tahu sebab lain industri lain waktu kerja dia. Ada setengah company minimum 8 jam termasuk rehat dan ada yang tak termasuk. So kena refer balik. Ada yang kerja 10 jam sehari. Tengok kepada company.

3. Cuti

Masa interview HR akan bagitahu cuti korang kira macam mana. 5 hari bekerja 2 hari cuti atau 6 hari bekerja 1 hari cuti. Kalau korang kena kerja masa cuti, korang ada hak untuk tuntut overtime atau replacement (atas budi bicara).

4. Cuti tambahan
(Anual Leave, MC, Emergency Leave, Compassionate Leave, Maternity/Paternity Leave, Unpaid Leave, Replacement Leave, etc.)

Kita start satu-satu okay?

A. Annual Leave

Minimum annual leave adalah sebanyak 8 hari (bergantung pada company or maybe dah ubah dalam akta buruh. Kena refer balik) tapi selalunya 12 hari setahun.

Ada setengah company, akan bagi 12 hari terus once you dah confirm tapi..
Ada juga company yang akan bagi you 1 hari annual leave bila you dah penuhkan 1 bulan kerja. Maksudnya 1 bulan penuh dapat 1 annual leave.

Tengok kepada company tu.

B. MC

Kebanyakkan company akan bagi 14 hari cuti sakit (dengan bukti yang kukuh dan medical cerfiticate yang sah). Tanpa MC slip yang sah/fraud mc. Korang boleh dikenakan tindakan. Cuti tu jadi unpaid leave, warning letter or paling teruk kena buang.

Dan aku sarankan, jangan MC pada hari tertentu. Contoh:

MC sehari selepas gaji (tiap-tiap bulan)
MC sebelum/selepas weekend
MC sebelum/selepas public holiday.

Benda tu akan effect increment dan KPI korang. Melainkan kalau betul-betul sakit.

Sebelum nak pergi check-up klinik or hospital, lebih baik korang bagitahu HR or Supervisor korang selewat-lewatnya 30 minit sebelum korang masuk kerja. Then submit your MC before 4 hours (untuk HR update status). Send pakai Whatsapp je.

C. Emergency Leave

Okay yang ni agak specific sikit. Sebab emergency leave ni ada pecahan dia.

Contoh 1:

Korang dah kahwin, bini nak terberanak. Tapi korang dah apply paternity leave untuk next few days. So emergency leave akan jadi Paternity Leave.

Contoh 2:

Emergency Leave kalau korang tengah bekerja then family members korang sakit dan meninggal, ianya akan jatuh kepada Compassionate Leave.

Contoh 3:

Korang tengah bekerja, jiran korang call bagitahu rumah terbakar. Itu baru dikira sebagai Emergency Leave.

"Habis kalau kereta problem, motor problem macam mana?"

Yang ini ada 2 situasi:

Situasi 1:

Problem semasa nak ke tempat kerja.

Contoh: Kemalangan, breakdown. Baru boleh dikira as emergency leave.

Situasi 2: Problem sebelum keluar rumah.

Kereta tak boleh nak start, minyak habis, tayar pancit ke. Itu 50-50 (atas budi bicara) baru boleh di kira sebagai emergency. Tapi bukan emergency leave. Lebih kepada time-off (masuk lambat). Kalau luck baik, dapat la cuti.

D. Compassionate Leave

Compassionate Leave ni dikira sebagai cuti ehsan. Bila ada family members yang meninggal.

Family members yang macam mana?

Benda ni tengok pada syarikat, family members yang macam mana diorang kira.
1. Pasangan
2. Ibu bapa
3. Adik beradik

Untuk nenek dan datuk (yang ni kena refer dengan HR). Sebab tak semua company yang bagi. Or else diorang akan consider as (emergency leave, unpaid leave) kalau HR tu baik, dia akan gunakan annual leave korang. Atas budi bicara.

"Habis kalau paklong, makngah, kak chik belah ayah meninggal?"

Macam aku cakap tadi, itu tak termasuk dalam compassionate leave tapi mungkin akan ditukar sebagai emergency leave dll. Bergantung pada budi bicara.

E. Paternity/Materynity Leaves

Apa benda tu?

Ni khas untuk pekerja/pasangan yang dah berkahwin secara sah.

Formula mudah
Paternity - Papa
Maternity - Mama (orang yang beranak)

E1. Paternity Leaves

Yang ini khas untuk para bapa yang bakal menimang cahaya mata. Seingat aku mereka diberi cuti sebanyak 2 hari dan limit untuk anak ke-empat (kalau salah sila betulkan) DAN VALID UNTUK PERKAHWINAN PERTAMA YANG SAH SAHAJA. BINI 2, 3, 4 TAK BOLEH!

E2. Maternity Leaves

Yang ni untuk para ibu. Seingat aku mereka diberi cuti selama 60 hari (tapi dengarnya nak extend ke 90 hari, kalau salah sila betulkan). Limit anak tak berapa pasti, bergantung kepada LOA (lupa nama surat mula-mula tu)

F. Unpaid Leave

Unpaid leave ni macam emergency leave cumanya ia tak berbayar.

Contoh kau nak apply cuti, tapi cuti tahunan kau dah habis. So akan jadi cuti tanpa gaji.

Atau kau nak cuti tapi bos/hr kau tak bagi. Tapi kau memang nak sangat cuti, dia akan jatuh as unpaid

Atau paling teruk cuti takyah masuk kerja. Dah orang tak bagi tu, nak buat macam mano. Koje makan gaji. So ikut aje lee.

G. Replacement Leave

Okay yang ni agak rumit sikit. Aku mungkin boleh terangkan tapi tak detail la.

Replacement leave ni akan diambil sekiranya:

1. Kau tidak dibayar overtime (refer tweet awal)
2. Bekerja waktu cuti
3. Bekerja waktu cuti umum

Tapi ramai yang tak tahu cuti korang tu, boleh digunakan masa korang nak berhenti kerja. Nanti aku terangkan.

5. Probation Period

Probation period ni kira macam tempoh untuk kau bekerja sebelum diserap masuk sebagai pekerja tetap (under contract).

Company ada hak untuk extend/terminate sekiranya:

1. Prestasi kau dalam tempoh tu kurang memuaskan.
2. Kehadiran kau tak cantik.

Dua tu kira common la untuk HR evaluate sama ada kau ni layak atau tidak untuk jadi staff company tersebut.

Probation period ni bergantung kepada company.

Ada yang bagi 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan malah 1 atau 2 tahun. Bergantung kepada company la.

Aku taknak tweet bab increment atau bonus sebab kurang ilmu. Cuma aku tweet benda basic bahagian HR yang korang perlu tahu.

6. Resignation Letter

Ni yang last sekali dan bagi aku amat penting untuk korang semua fahamkan.

Banyak orang yang kurang faham, tak tahu dan malas ambil tahu.

Benda ni korang kena refer dengan HR, minta nasihat sebelum korang hantar surat berhenti kerja. Berapa hari notis, cuti tahunan yang tak ambil ni dikira ke tidak, notis berhenti kerja ni macam mana kiraan dia.

Banyak orang terlepas pandang bab ni.

30 hari notis berhenti kerja
Notis berhenti 30 hari waktu bekerja

Ada beza ya. Dan ada juga notis 60 hari dan 2 minggu. Aku cuba terangkan satu per satu.

6a. Notis 2 minggu:

Selalunya notis 2 minggu ni untuk pekerja contract ataupun yang masih dalam probation period.

6b. Notis 30 hari:

Ia dikira dari dari hari pertama notis tersebut berkuat kuasa. 30 hari dikira sekali dengan hari cuti pekerja.

Contoh:
Tarikh hantar: 3 Julai

Tarikh kuat kuasa: 4 Julai.

So kira 30 hari dari 4 Julai.

Tarikh akhir berkhidmat: 2 Ogos

So cukup 30 hari

6c. Notis 30 hari waktu bekerja.

Yang ni selalunya orang salah faham atau terlepas pandang.

Notis 30 hari waktu bekerja ni, maksudnya:

Tarikh akhir kau berkhidmat jatuh pada hari ke 30 kau bekerja (tak termasuk cuti).

Contoh:
Tarikh kuat kuasa: 4 Julai
Tarikh akhir: 14 Ogos
Kenapa notis 6c lagi lama?

Sebab ia dikira hari bekerja/berkhidmat. Benda ni kau kena refer dekat LOA. Dekat situ dah bagitahu awal-awal.

Tetapi, kau boleh berhenti awal dari tarikh akhir berkhidmat sekiranya Annual Leave, Replacement Leave kau masih ada. Yang ni ramai tak tahu dan tak ambil tahu. Sebab fikir nak berhenti tapi taknak refer kepada HR dulu.

Pernah tak HR bagitahu yang kau boleh carry forward half daripada annual leave kau dan kena habiskan sebelum bulan 6? Kalau tak habiskan, kira burn.

Ini sebab, ada setengah company dia taknak bayar balance annual leave kau. Ada setengah company dia bayar. Itu hak kau kot.

Kau kena tanya dulu HR kau if, kau berhenti then balance annual leave kau still ada lagi. Company akan bayar atau tidak?

Kalau company bayar alhamdulillah la. Kalau tak, kau kena baca tweet seterusnya.
Kalau company taknak bayar annual kau selepas kau resign, kau boleh gunakan annual leave kau untuk berhenti awal.

Rujuk pada notis 6b, untuk 6c aku tak berapa pasti boleh guna atau tidak. Tapi aku apply dekat 6b dulu before tukar kerja.

Contoh:
Aku ada balance annual leave: 10 hari
Notis aku berhenti kerja: 30 hari.

Tarikh kuat kuasa: 4 Julai
Tarikh akhir: 2 Ogos

Tarikh akhir selepas tolak AL: 20 Julai.

Dan gaji kau masih dikira 1 bulan gaji.

"Kata annual leave tak bayar, macam mana dapat gaji 1 bulan"

Company dah peruntukkan untuk bayar kau gaji sebulan. Bukan "1 bulan 10 hari".

Faham tak?

Dalam tempoh notis tu, kau masih berkhidmat dengan company tu. Dan cuti tu hak engkau. Lebih dari tarikh tu, kau dah takde ikatan dengan company tersebut.

Sebab tu sebelum berhenti, minta pendapat HR dulu macam mana. Tanya dulu prosedur nak berhenti.

Then confirm kan balik, pasal baki cuti tu. Dibayar atau hangus. Itu hak kau. Sebab tu lepas hantar surat resign, company akan bagi LOA lagi sekali.

Letter of Acceptance on Resignation.

Ni kira macam appreciation letter untuk kau la. Tapi kalau kau tak nak berhenti. Kau buat la Retration Letter.

Selalunya bos kau akan pujuk kau, supaya jangan berhenti. Bagi la imbuhan sikit. Tapi terpulang pada kau la, nak terima atau tak.
Ilmu pengetahuan basic HR (Human Resource) - gaji, cuti, berhenti kerja, probation period
Ilmu pengetahuan basic HR (Human Resource) - gaji, cuti, berhenti kerja, probation period | image: Google
Lagi satu benda yang aku perasan:

"Oh tempat kerja aku tak bagi aku pergi sembahyang"

Benda ni sebenarnya self management. Dan boleh tolak ansur.

Kau kerja retail tapi kau nak solat jumaat.

Option 1:
Minta la cuti kau hari Jumaat atau masuk lepas solat Jumaat.

Option 2:
Pergi solat jumaat pukul 1:15/1:30, cut off time break kau atau extend waktu kerja kau (extra 1 hour).

"Aku nak solat zohor, asar, maghrib tapi tak boleh keluar selalu."

3-3 waktu ni, agak singkat tapi kau kena pandai la manage. Atau minta kebenaran untuk solat dalam outlet instead of pergi surau.

Okay habis. Hahahaha.

Semoga bermanfaat!


Post a Comment

2 Comments

  1. terima kasih atas perkongsian. Perlu ambil tau benda2 mcm nie especially fresh graduate :)

    ReplyDelete
  2. i've never really know what HR is haha

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p