Tips blog: macam mana cara nak dapat pageviews blog berjuta juta? - sayidahnapisahdotcom Tips blog: macam mana cara nak dapat pageviews blog berjuta juta?
LightBlog

Tips blog: macam mana cara nak dapat pageviews blog berjuta juta?

Tips blog: macam mana nak dapat pageviews berjuta juta? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Dah update blog ke belum harini? Saya baru seketul entri ni ha. Hahaha. Takpe takpe. At least sehari satu entri pun dah okay. So.. Today saya just nak share sedikit tips blog walaupun diriku ini hanya blogger kecil sahaja. Tapi bila ramai tanya "macam mana nak dapat pageviews berjuta juta?", "apa cara untuk tingkatkan trafik blog?", "macam mana cara dapat pageviews blog tinggi?", takkan la saya tak jawab pula kan. Kureng hasemm namanya haha.


Tips blog: macam mana nak dapat pageviews berjuta juta? 

cara dapat pageview blog juta
Tips blog: macam mana nak dapat pageview berjuta juta?  | image Google
Banyak tips dan trick saya apply. Banyak juga masa yang diluangkan untuk menaikkan visitor blog. Banyak juga try and error dalam meningkatkan trafik blog.

Suatu masa dulu saya pernah 'mengaut' banyak pageviews dengan share sinopsis, gambar dan link episod drama Melayu di dalam entri blog. Tapi tak lama kemudian, walaupun PV 'best' time tu, saya yang rasa tak best.

Saya macam tak suka bila orang kata 'ingat drama, ingat blog kakcik (my nickname)'.

I don't know, lain orang lain feeling nya kan. Tapi saya nak orang kenal blog saya dengan benda lain.

Plus, gambar drama saya share semua tu banyak pelakon yang tak berhijab. So you know what I mean. Mungkin saya 'takut' kot, so saya cuba elak sebaik yang mungkin untuk tidak share gambar wanita tidak berhijab (full face seen).

Saya buang (delete) entri entri drama. Saya tak ingat tapi rasanya semua kot saya delete or put into a draft.

After that, saya buat entri yang bergenre lain. Entri personal, review, info, tips, resepi, makanan, pelajaran and many more. Saya cuba bina identiti blog sendiri walaupun rojak blog saya ni  ha hahaha. Kalau nak put in a nice way - its a lifestyle blog.

So.. Amende yang saya cuba nak sampaikan ni? Apa kaitan dengan tips blog cara dapat pageviews blog berjuta ni? Hahhaa.

Saya just nak share perjalanan a.k.a 'sejarah' pageviews blog saya; dari dulu hingga sekarang.


TIPS BLOG: 7 Cara untuk dapatkan total pageviews berjuta million!


Okay, (finally) saya akan share few tips yang saya buat untuk tarik pengunjung ke blog saya dan sekaligus membuatkan pageviews bertambah tambah sehingga menjadi 6 ANGKA.

1. Rajin update blog

Rasanya dah banyak kali saya beritahu yang ni hahahaha. Tapi apa salahnya lagi sekali kan..

Kalau boleh update lah blog setiap hari. Sehari satu entri boleh tak? Boleh.. Tapi nanti lambat lah nak naik pageviews blog kan? Kalau boleh, lebih satu entri is better. Buat 1 entri personal, 1 entri tips/info/fakta/isu/berita semasa dalam 1 hari pun dah syantek!

Saya serius tak paksa tau nak update satu hari lebih satu entri. Tapi saya hanya menggalakkan.

Kalau ada masa lapang plus mood rajin membuak buak, buat lah 5 entri 1 hari. Blog ni kalau kita update sokmo, lagi baguih.

Kalau tengah busy sangat atau ada hal yang tak dapat dielakkan sehingga takde masa nak update blog, its okay. Take your time TAPI nanti.. Jangan lupa counter back balik. Lepas dah beberapa hari tak update blog, buat lah banyak banyak entri untuk ganti hari yang kita biar kosong tu.

2. Tahu isu semasa dan berita viral

Ini bukan bahan untuk sesi membawang mahupun gosip ye hahaha. Kenapa kena tahu isu semasa dan berita viral?

Because netizen loves it so much.

Kalau ada isu panas atau berita semasa yang kita boleh tulis di blog, silakan. Maksud saya di sini bukan cerita panas artis atau benda tak elok tau.. Nope. Saya bukan nak ajar buat dosa ye hahaha.

Contoh isu semasa, berita info semasa yang saya maksudkan:
- tentang BSH 2019
- resepi viral or apa apa resipi lah haha
- bonus raya
- lee chong wei bersara
- berita meninggal dunia
- pertukaran duit raya
- demam campak
- bubble tea
- bumi itu rata atau...?
- vaksin
- peduli sihat Selangor
- berkaitan kemudahan dan kebajikan rakyat

and many more.

Benda benda ni semua kita kena alert. Kalau follow page Facebook yang up to date boleh la tahu berita berita semasa dengan cepat. Kat group whatsapp pun kadang kadang lagi laju kan haha.

Kat twitter pun best. Saya tahu banyak info baru dan berita semasa di twitter. Kalau follow ramai ramai akaun yang suka retweet lagi bagus. Atau tengok je apa trending twitter yang tengah hot.

Tengok di trends Google pun cun. Siap boleh tahu apa berita or topik yang tengah orang sibuk cari di Google in real time.

3. Cari peluang and grab it

Lepas dah tahu berita semasa, info terkini.. Apa nak buat? Jangan angguk angguk, geleng geleng je. Hahaha.

Cari peluang and grab it maksudnya.. Kumpulkan info info, berita tersebut dan buat lah entri hehee.

And then.............

4. Share entri blog di Facebook groupsssss

Lepas dah buat entri, jangan duk peram kat dashboard tu. Kita share link blogpost kita tu di Facebook group.

The more the merrier.
tips blog pageviews tinggi
Tips blog: macam mana nak dapat pageviews blog berjuta juta?
tips blog pageviews tinggi
tips blog pageviews tinggi

Atas ni contoh kalau entri tu 'mengena' dengan taste ramai orang, memang fuh besttt! Hahaha.

Kalau tak 'kena'? Kalau tak dapat sambutan? Kita toraiii yang lain. Cuba yang lain pula. Buat sampai jadi :) 

Senarai group Facebook berserta bilangan members boleh tengok di entri:

Tapi lepas dah share kat group FB, ada lagi 'benda' nak kena buat untuk buatkan pageviews blog naik naik dan naik!

Apakah dia?


Baca di sini:
Tips Blog: Cara Dapatkan 1,000 Pageviews Dalam Masa 1 Hari!

Yeww nak berjaya bukan mudah ye haha. Nobody said this will be easy. 

5. Banyakkan membaca

Tak kisah nak baca buku ke, novel ke, artikel blog ke, surat khabar ke, post Facebok twitter instagram ke.. asalkan memBACA. Supaya dapat menambah kosa kata, vocabulary and melancarkan jari jemari kita bila menaip entri.

Selain tu, dapat menambah ilmu plus dapat bahan & ilham untuk update blog.

Kekadang, bila membaca tu, automatik rasa nak 'menulis' tu datang. Rasa nak 'berkata-kata' di dalam blog membuak buak. Kan? ke saya sorang je macam tu? hahahaha.
macam mana nak dapat pageview blog juta
Tips blog: macam mana nak dapat pageview berjuta juta?  | image Google

6. Tambah ilmu

Walaupun kita rasa kita dah ada ilmu blog yang cukup di dada tapi mungkin ada ilmu blog lain yang kita tak tahu. So, jangan malu, jangan ego dan jangan kedekut masa untuk cari dan baca tips dari mereka yang hebat.

Dah tahu ilmu, jangan tak buat pula haha. Apply teknik dan tips yang kita dah pelajari. Tengok results yang kita dapat. Kalau okay, share pula ilmu tu dengan orang lain. Bertambah pahala inshaaAllah.

7. Sabar, doa, tawakkal dan bersyukur

Tips ni saya praktikkan tau. Usaha usaha usaha usaha usaha > sabar sabar sabar > doa doa doa > tawakkal tawakkal tawakkal > syukur syukur syukur syukur. Itu lah formula nya.

Kalau tak usaha, mana nak dapat 'sagu' nya kan? And then, bila trafik blog kita tak se'kencang' orang lain, sabar. Bila pageviews blog kita sikit sabar dan muhasabah. Bila PV kita naik, syukur. Bila ramai visitor blog, syukur.

Doa? Yess.

Doa lah juga untuk blog kita.

Actually, kalau Allah tak bagi kita mood nak update entri..agak agak jalan tak?

Kalau Allah tak gerakkan hati kita buka FB/twitter, agak agak kita nampak tak info dan berita semasa yang tengah hangat diperkatakan?

Kalau Allah tak gerakkan hati orang untuk klik entri blog kita, agak agak pageview kita bertambah ke?

Kalau Allah tak permudahkan kita semasa menulis entri (dengan segala distraction), agak agak boleh siap tak?

Kalau Allah tak lapangkan masa dan dada kita untuk update blog, agak agak boleh ke mengarang 5 entri dalam 1 hari?

Tak, tak, tak dan tak.

So.. We have to pray to Allah. Segala achievement blog yang kita dapat sekarang; yang baik tu semuaaaa datang dari Allah. Our God.


Okay itu sahaja!

Semoga bermanfaat!

Don't give up and keep on updating! :D

Kalau ada salah dan silap minta maaf tauuu.

Till next time, daa~ wassalam! :)


JOM JOIN SEGMEN 9 JUTA SPECIAL BLOGLIST SAYA!

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Post a Comment

23 Comments

  1. woww tq sgt2 KC semoga KC bertambah murah rezeki share ilmu mcm ni

    ReplyDelete
  2. Pergh. Tq KC share. Banyaknya share entry KC kat FB!! Kagum 😯

    ReplyDelete
  3. thank youuuu. ray masih berusahaaa

    ReplyDelete
  4. Betul.Doa.
    Terima kasih perkongsian.

    ReplyDelete
  5. Betul, kena sabar . Kekadang entri lama akan up kembali . kerana kena SEO depa haha.

    ReplyDelete
  6. Mantap memang tgh cari tips ni...thanks

    ReplyDelete
  7. betul tu KC..tapi mood blogging ni naik turun tp yg lebihnya turun..hehee

    ReplyDelete
  8. Terima kasih untuk perkongsian ni. Betul tu, kejayaan tak akan datang kalau tiada usaha dari kita.

    ReplyDelete
  9. Wahhh good sharing kak. Berita2 mcm tu kalau tulis dlm blog mesti meletop kan

    ReplyDelete
  10. thank you for the great tips! :D

    ReplyDelete
  11. Tq sharing kc. Nanti akak nak praktikkan apa yang kc share ni

    ReplyDelete
  12. Thank you sharing kc. Nanti akak nak praktikkanlah.

    ReplyDelete
  13. terima kasih atas tips yg sngt bagus. pokok pangkalnya kena rajin :)

    ReplyDelete
  14. I suka baca tips u babe! thank you

    ReplyDelete
  15. no 2 tu maybe aida x buat, kan.
    sebab tak brape minat nak tulis pasal tu semua kat blog kecik aida tu, sayidah.
    tapi tu la info org carik kan :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p