Resepi Aiskrim Viral Ala Magnum | Resipi Aiskrim Vanilla Coklat - sayidahnapisahdotcom Resepi Aiskrim Viral Ala Magnum | Resipi Aiskrim Vanilla Coklat
LightBlog

Resepi Aiskrim Viral Ala Magnum | Resipi Aiskrim Vanilla Coklat

Resepi Aiskrim Viral Ala Magnum | Resipi Aiskrim Vanilla Coklat | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Petang petang, malam malam ni umphhh sedap juga kalau pekena aiskrim kan? Layan askem coklat vanilla perghhh! Tapii di mana den nak cekup aiskrim ni? Ehh tak payah pergi beli luar kat kedai lah.

Buat sendiri je.

Acewahhh. Macam rajin je kan hahaha. Saya memang tak rajin tapi mungkin anda rajin kihkih.

Yela kan, kekadang kalau ada anak ramai atau nak jamu budak budak, haa boleh buat juga lagi jimat buat sendiri. Boleh buat dalam amount yang banyak dengan menggunakan bahan yang sama.

Boleh bahagi bahagi. Sorang satu. Kalau dorang behave lebih sikit, dapat ganjaran sorang dua ketul haha.

Ataupun kalau takde idea makanan potluck atau taktahu nak bawa apa untuk jamuan sekolah, haa boleh cuba ni. Baru lah unik dan freshhh gitchuww. Ala ala dessert.

Haa ni nak dekat cuti sekolah. Boleh lah try. Mesti anak anak suka. Alah, siapa lah yang tak suka perisa coklat ni kan?

Nak buat untuk diri sendiri pun boleh. Boleh pass kat saya sikit kahkah!

Resepi Aiskrim Viral Ala Magnum | Resipi Aiskrim Vanilla Coklat

resipi aiskrim
resepi aiskrim viral ala magnum
Aiskrim viral ala magnum..

Aiskrim vanila tu guna resepi aiskrim oreo mcflurry yang nina pernah share sebelum ni..

Aiskrim ala Magnum

2 cawan whipping krim (dairy) - nina guna whipping krim aiskrim lagi gebu lagi putih nak guna susu cair atau susu fullcream pun boleh je.
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil ovellate
Sedikit esen vanila

*campurkan kesemua bahan mix/blender hingga kembang gebu (nina pakai blender je). mix atau blender hingga adunan kembang 2 kali ganda.
bahan buat aiskrim viral
resepi aiskrim viral ala magnum
350 gm coklat masakan ATAU dark chocolate apa apa brand pun boleh je (nina guna yang timbang kilo je lebihan buat almond london)

*double boilkan hingga cair bila dah suam masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam plastik aiskrim dan ratakan. agak agak je tak nipis sangat tak tebal sangat.

Tuang adunan aiskrim dan bekukan 5, 6 jam atau semalaman.

Salutan coklat tu tak perlu mengeras. kalau dah mengeras dia tak bersalut dengan ais krim.

Nak lagi senang buat pendek-pendek je.. Nina potong sikit plastik aiskrim tu.
cara buat aiskrim viral magnum
resepi aiskrim viral ala magnum
Adunan aiskrim dan coklat tu tak bercampur eh. jangan risau. kalau guna resepi yang ni adunan aiskrim tu likat boleh tuang macam biasa je.

Coklat tu pekat bila ratakan dalam plastik, coklat akan lekat kat keliling plastik jadi bahagian tengah-tengah tu automatik kosong sebab tu boleh tuang aiskrim bahagian tengah.
cara buat aiskrim magnum viral
resepi aiskrim viral ala magnum
gambar aiskrim viral magnum
resepi aiskrim viral ala magnum
Kredit resipi: Raja amanina dan siti zubaidah mohd ruslan

Selamat mencuba!

Moga berjaya! Hehe.

Till next time, daa~ wassalam! :)

Post a Comment

16 Comments

  1. aaaaa so kemas awak buat. hantar sikitttt kat akak pleaseee..
    amek order hehe coz im too lazy =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan saya buat tu kak. Saya share resipi & gambar orang lain hahhaa.

      Coz i'm too lazy too. :P

      Delete
  2. dah try ice cream ni, sebab akk ipar memang jual ice cream malaysia.. untuk saya, saya tak berapa gemar sebab cepat rasa muak.. mungkin sebab conbination susu dengan coklat tu (setakat ni saya jelah yang tak suka, orang lain gemar je)

    ReplyDelete
  3. KC buat la...pastu boleh pos kat akk...hehehe....

    ReplyDelete
  4. wah boleh cuba ni.. lebih berbaloi kalau buat sendiri kan

    ReplyDelete
  5. Kenapa menggoda?? Ada kenalan jual aiskrim Malaysia ni. Nak kena stalk la lpas ni. ^^

    ReplyDelete
  6. serius nampak sedap. kene cuba ni, macam magnum ni kalau tambah kacang2 sikit.

    Jemput singgah www.hellokerja.com

    ReplyDelete
  7. Waa kreatifnya. Boleh challenge magnum ni versi aiskrim malaysia. Nak try buat lah cuti-cuti sekolah ni. Terima kasih resepinya.

    ReplyDelete
  8. Akak baru je buat aiskrim ni semalam 😂. Esok lusa baru nak update entry 😂

    ReplyDelete
  9. waaa rajinnya sis bt sendiri..nmpak menarik dan boleh cuba buat ni. Tq share this :)

    ReplyDelete
  10. waalaikumussalam. memang sedap. buat tu makan masa, tapi bila dah siap kejap ja dah habis dimakan. hahaha

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p