"jangan share gambar uri bayi! kerana ia umpama....." - sayidahnapisahdotcom "jangan share gambar uri bayi! kerana ia umpama....."
LightBlog

"jangan share gambar uri bayi! kerana ia umpama....."

"jangan share gambar uri bayi! kerana ia umpama....." | Haritu anak buah yang kelapan saya selamat dilahirkan Alhamdulillahh.. Kakak ipar berpantang di rumah Seremban. Senang sikit pantang sini sebab ada saya dan umi. I can be a babysitter for her anak sulung, sementara umi pula boleh masakkan menu makanan berpantang, sediakan air panas untuk mandi, mandikan baby dan sebagainya. Dalam kesibukan saya menolong umi jaga si baby boy tu, saya paling teruja nak tengok macam mana cara abang dan umi saya basuh uri bayi!

Nama pun teruja kan? Excited kan? Mesti lah kamera perlu ada di sisi (i mean di tangan) hahaha.
jangan share gambar uri bayi
jangan share gambar uri bayi | gambar: Google
Khusyuk tauu saya record video proses membersihkan uri, dari awal hingga ke akhir. Sanggup stay tepi umi untuk rakam moment membasuh uri tu.

Dalam hati dah 'berangan', dah niat nak upload kat Youtube. Nak share juga kat twitter. Yelah kan kot kot ada yang tak tahu bagaimana cara basuh uri lebih lebih lagi first baby, haa boleh lah guna video tu untuk guidance.

Cadangnya macam tuuu lah kann haha.

Tak cukup dengan video.. Saya tangkap pula gambar dari pelbagai sudut dan corner.  Fuhh. Dah jadi macam photoshoot tak bertauliah pun ada kahkah.

Senget sikit, snap! Tegak sikit position phone, snap! Close up uri, snap! Uri dalam air besen pun, snap! Uri dalam plastik, snap! Air darah dari uri di dalam besen, snap!

Saya rasa kalau lah uri tu 'manusia', mesti dia dah jerit "dah dah la tuu! penat posing nih!". Haa macam tu lah lebih kurang hahaha.

Okay maaf merepek.

Then, bila tengah seronok tengok proses bersihkan uri, abi pun datang ke dapur. Memecahkan harapan dan hajat saya dengan tiba tiba menegur...

"kakcik.. jangan share gambar uri kat orang lain ya".

Me was like "alaaa nape tak boleh?".

Abi kata "yelaa.. Tak baik share gambar uri bayi. Lagi lagi kat facebook semua tu. Uri bayi ni umpama nyawa bayi tu sendiri. Tak elok tunjuk kat orang".

Saya pun.. "ek?". hahaa.

Okay lah tak jadi nak upload. Delete balik semua gambar tu hahaha just tinggal satu dua je tak padam. untuk kenangan abang and kakak ipar saya.

Video basuh uri tu pun almost all of them saya delete. Satu dua je saya biarkan. jadi simpanan peribadi sendiri. Tak perlu hebah kat orang.

Takut pula apa apa jadi kan. Dah lah bukan anak sendiri. Anak orang. hahaha. Kot kot ada orang berkeinginan untuk curi or ambil demi kepentingan sendiri haa.. bahaya. Mana kita tahu kan.

So sebaiknya dielakkan lah.

Lain cerita lah kalau kita letak gambar uri yang diambil dari Google. Takpelah kan. Sebab taktahu pun kepunyaan siapa. Orang nak buat jahat pun takleh sebab tak boleh nak kenalpasti tuan empunya badan.

Okay thats all!


Post a Comment

2 Comments

  1. Oh tak penah tahu jugak pasal ni. Sebab selalu mak dan suami yg buatkan. Jadi kak takda la excited sangat tengok uri 😅

    ReplyDelete
  2. Selalu kalau uri nenek akak basuhkan sambil suami akak tengok. Tak tahu pasal uri ni. Tapi ada eloknya dengar nasihat ayah tu kan

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p