Lirik Lagu Ratuku - Khai Bahar | tiada chorus & tiada lirik berulang! - sayidahnapisahdotcom Lirik Lagu Ratuku - Khai Bahar | tiada chorus & tiada lirik berulang!
LightBlog

Lirik Lagu Ratuku - Khai Bahar | tiada chorus & tiada lirik berulang!

Lirik Lagu Ratuku - Khai Bahar | tiada chorus & tiada lirik berulang! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Iyeeahh I'm back! I was contemplating (literally) nak start entri dengan topik apa setelah hmmm hampir sebulan saya menghilang? Hahaha. Dah macam chipsmore dah den ni. So, I decided to start with entry of lirik lagu. But which song? Banyak lagu baru muncul bulan ni actually. Antaranya, ada lagu Elizabeth Tan Shh, Hael Husaini Hati, Ismail Izzani & Andi Bernadee Hello, Santesh Jiwang, Zizi Kirana Eh, Ayda Jebat Mana Ada Hati, Better Than You, Afieq Shazwan, Adzrin, Kucaimars. Saya pun pening nak pilih mana satu lagu dulu untuk buat entri lirik haha.

And yes.

Here we are~ As you read right now, I start off with entri lirik lagu Ratuku Khai Bahar first; among all of new songs. Why?

Sebab saya peminat tegar Khai Bahar? Nope.

Sebab baru 'keluar' panas panas dari 'oven' which was released 5 days ago? Nope also.

Because I love the message behind of this song. Spread awareness tentang penyakit buah pinggang; yang if I'm not mistaken, rare untuk orang ketengahkan pasal ni kan?
khai bahar ratuku
lirik lagu ratuku khai bahar
Bukan itu sahaja, lagu ni takde chorus dan takde lirik yang berulang ulang! Unik kan? Saya rasa macam first time jumpa lagu jenis macam ni.

Plus, menggalakkan untuk kita sedekah, menderma, waqaf kepada Wakaf MAIPs (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis) for pesakit buah pinggang Malaysia.

As written at the end of the music video, Projek Bangunan Wakaf MAIPs - Pusat Perkhidmatan Dialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar Perlis merupakan sebuah projek mercu tanda wakaf yang gemilang di Negeri Perlis.

Manfaat pusat ini turut dikongsi bersama kepada seluruh mereka yang menderita penyakit buah pinggang tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

Ayuh kita terus menyumbang merealisasikan hasrat untuk memanjangkan pahala ibadah berpanjangan!

Bak kata Khai Bahar --
"Apa gunanya harta, jika ada yang menderita?
Apa gunanya hidup selesa jika ada yang terseksa?
Bantulah mereka yang mederita mengalami penyakit buah pinggang.
Bantuan anda adalah kebahagiaan mereka"

Jom ramai ramai! Kumpul saham akhirat jom!

- No akaun Wakaf MAIPs : 090 100 100 639 83 BIMB -
khai bahar ratuku
lirik lagu ratuku khai bahar

Lirik Lagu Ratuku - Khai Bahar


Semalam kau tawa bersama
Senyummu manis mempersona
Wajahmu sesuci nirmala
Tak ternoda dengan kata nista

Sukarnya untuk ku menduga
Apakah erti air mata
Jiwa makin lelah
Dilanda gelora yang membelah

Biarkan perasaan merintih rayu
Melihat kau terbaring layu
Menahan derita sembilu

Bayu bertiup
Awan mendung menderu
Hujan pun turun menangis
Pilu melihatmu

Sakit derita
Namun tak pernah kecewa
Tuhan kan ada bersama
Kasih-Nya kau rasa

Pahitnya terasa
bagai di penjara tanpa relaku
Tabahkan dirimu menahan derita
Jangan tinggalkanku
khai bahar ratuku
lirik lagu ratuku khai bahar
Ratuku.. mengapa membisu? *sedihnya part niii huwaaa
Wajahmu meruntun jiwaku
Bukalah matamu
Senyum lah semula kepadaku

Kau pergi tanpa menungguku
Tinggalkan firasat hatimu
Tenanglah di sana
Moga bertemu lagi di syurga
IBUUU..
khai bahar ratuku
lirik lagu ratuku khai bahar
#Ratuku #KhaiBahar #17elevenmusic
Artist: Khai Bahar
Song: Ratuku
Composer: Kanda, Azrul Azlan & Anwar Husaini
Lyricist: Azrul Azlan

Lagu baru KHAI BAHAR - Ratuku

(Official Music Video):

Coretan dari penulis lirik Ratuku:

"Terima kasih kepada semua yang menyokong dan akan terus menyokong karya ini. Andalah pemilik sebenar lagu ini.

Keberkesanan sesebuah lagu bukan sekadar pada melodi yang indah sahaja. Ya, kita boleh mendapati banyak lagu yang melodinya sangat indah. Begitu juga lirik yang mengesankan juga memainkan peranan dalam sesebuah lagu. Namun, tujuan kami merentasi apa yang disebutkan. Kami melihat ‘jiwa’ dan ‘ruh’ (soul) perlu dikembalikan semula dalam dunia hiburan pada hari ini. 

Kini manusia telah hilang kemanusiaannya kerana yang menjadi tumpuan adalah kepada apa yang kita INGIN dengar dan lihat, tetapi tidak kepada apa yang SEPATUTNYA kita rasa dan hayatinya.

Kami telah membuat yang terbaik untuk memasukkan ‘jiwa yang positif’ ke dalam lagu ini. Namun anda punya pilihan sama ada untuk menyukainya atau tidak.

Setiap orang punya citarasa yang tersendiri. Kami tiada hak untuk menghalangnya. Cuma kami sangat positif untuk mengeluarkan karya-karya yang mempunyai jiwa dan memberikan kesan yang positif pada pendengarnya pada masa akan datang. Pada masa yang sama kami akan berusaha untuk memperbaiki cara penghasilan lagu-lagu yang bakal diterbitkan.

Manusia tidak sempurna bukan? Tetapi itu bukan alasan untuk kami tidak melakukan yang terbaik pada masa akan datang. 

Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyokong dan peminat KHAI BAHAR dan lagu-lagu yang bermesej positif.

Salam RATUKU dari saya seorang insan biasa,
Azrul Azlan."
khai bahar ratuku
lirik lagu ratuku khai bahar
Once again, sesiapa yang nak menderma, memberi sumbangan, tak kisah nak bagi berapa ringgit pun. Nak transfer even RM1, its okay. Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain juga.

Ni adalah nombor akaun Wakaf MAIPs : 090 100 100 639 83 BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad).

"Apa gunanya harta, jika ada yang menderita.
Apa gunanya hidup selesa jika ada yang terseksa.
Bantulah mereka yang menderita mengalami penyakit buah pinggang.
Bantuan anda adalah kebahagiaan mereka."

Itu sahaja, moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! *smileee

Post a Comment

2 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p