Lirik Lagu 7 Nasihat - Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Haritu penyanyi no.1 Malaysia a.k.a my idola kesayangan, Siti Nurhaliza release lagu Terangkan yang lebih berunsurkan motivasi dan inspirasi. Kali ni, lagu baru lagu 7 Nasihat Dato Sri Siti Nurhaliza berkolaborasi dengan dua rapper yang antara terHOT dan popular di Malaysia sekarang. Bukan setakat hot tapi ber'isi' juga ya. Rapper + composer + penulis lirik. And salah seorang nya merupakan anak didik Malique. So, boleh imagine lah kan 'level' bahasa yang banyak digunakan dalam lirik beliau kan? Kekadang kena buka kamus untuk faham maksud dan makna disebalik lyric hahaha.
Walaupun official music video belum keluar dan tak tahu lah bila nak release di youtube tapi... saya nak juga tulis entri lirik lagu sekarang! Hahahhaa.
Walaupun official music video belum keluar dan tak tahu lah bila nak release di youtube tapi... saya nak juga tulis entri lirik lagu sekarang! Hahahhaa.
Saya rasa ni first song Siti Nurhaliza yang ada rap sekali.. kan? Sebelum sebelum ni takde featuring dengan rapper kalau tak silap.
Apa apa pun.. As usual! Lagu Siti Nurhaliza lah mesti best!
Alunan suara lemak merdu yang dilontarkan oleh Siti.. Ditambah pula dengan rap Luca Sickta & Kmy Kmo yang penuh isi, rythm, beat dan 'permainan' bahasa yang cantik dan catchy.
Lirik yang sangat bermakna, tersirat dan deep. Penuh mesej yang berguna untuk generasi kini and in the future terutamanya.

Lirik Lagu 7 Nasihat - Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta
Anak pipit jangan tak dihirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau
Dulu tunggu diturut balik (dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik (dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik (dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik (dulu diam sekarang cerdik)
Nak dilenturnya buluh, biar dari rebungnya
Kelak pasti mereka, kan terjaga akhlaknya
Nak dibentukkan tubuh, bukan dari bengkungnya
Susun atur mereka, sebelum kenal dunia
Habis main di tanah
Sebelum senja ke rumah
Takut nanti tersalah
Bawa pulang masalah
Tak endah yang sekarang
Cakap jangan sebarang
Elok awal dilarang
Untuk kau jadi orang
Dulu tunggu diturut balik (dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik (dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik (dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik (dulu diam sekarang cerdik)
Ya, satu
Hendak berjaya mendada jangan
Pastikan, jika malu bertanya sesat jalan
Biar lapar sehari asalkan kenyang bertahun
Biar berkerut dahi asahkan minda beralun
Kedua, semua, nasihat cam petua
Ketua perlu jua, nak sihat sampai tua
Masuk semua benua, pelusuk dalam luar
Hormat tanpa bersua, walau darjah sempoa
Tiga, lain liga lain cara
Elak geliga dalam rasa media massa
Dahulu kerna lidah badan kan binasa
Sekarang kerna mata jemari berbicara
Cara bicara yang keempat semua telinga harus peka
Nenek moyang yang nasihat majoriti ramai leka
Terlena, dibuai mimpi dek dunia cereka
Hanyut dihempas ombak tinggi gah lupa mereka
Lima, usah dikira kanan kiri
Cermin untuk diri kerna hidup tiada siri
Kerna hidup tiada sisi bila hati mula hitam
Lupakan kisah silam, nilam usah disiram
Kusiram yang keenam biar mekar dalam hati
Ingati putus urat dan tenaga urat besi
Korbannya bukan calang tak hilang dimakan hari
Bajakan jasa-jasa mereka dengan budi-budi
Anak pipit jangan tak dihirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau
Dulu tunggu diturut balik (dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik (dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik (dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik (dulu diam sekarang cerdik
Artist : Dato’ Sri Siti Nurhaliza, KmyKmo & Luca Sickta
Title : #7 Nasihat
Composer : Kmy Kmo, Luca Sickta (Luncai Emas (M) Sdn Bhd)
Lyrics : Kmy Kmo, Luca Sickta (Luncai Emas (M) Sdn Bhd)
Music Arrangements : Luca Sickta
#7Nasihat #Siti2020
1. Nak berjaya jangan sombong.
2. Dahulukan hormat.
3. Jaga lidah dan tulisan.
4. Jangan lupa diri.
5. Bersihkan hati.
6. Berbaik budi sesama kita.
7. Ingat pesan yang tua.
Nak jadi orang #7Nasihat bawa peluang, nak jadi manusia, #7Nasihat bawa kenal dunia.
kredit to: kak zie
Lirik Lagu 7 Nasihat - Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta
Official Lyric Video :
Verified
#7Nasihat #Siti2020 #SebalikLagu
Anak pipit jangan tak dirisau,
Gusar esok ke sarang si rimau,
Anak didik harusnya dirisau,
Gusar esok engkau yang dipisau.
(Pesanan ibu bapa sentiasa bimbang dengan asuhan anak-anak) - ditulis oleh Siti Nurhaliza
lirik lagu 7 nasihat siti nurhaliza kmy kmo luca sickta | credit gambar: instagram ctdk |
5 Comments
memang suka, pertama kali dengar dah jatuh cinta ^_^
ReplyDeleteSukaaa..dari dulu lagi minat tgk gaya Siti Nurhaliza
ReplyDeletesedap juga lagunya ni kaysie..
ReplyDeletenasihat diberikan dalam unsur santai..
ReplyDeletedeeppp message nya..
best. lg 1, kalau lagu ada unsur nasihat, mmg akan lama diingati
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p