"dari tumit kaki, lelaki boleh tahu awak tengah haid atau tak" - sayidahnapisahdotcom "dari tumit kaki, lelaki boleh tahu awak tengah haid atau tak"
LightBlog

"dari tumit kaki, lelaki boleh tahu awak tengah haid atau tak"

"dari tumit kaki, lelaki boleh tahu awak tengah haid atau tak" | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Tudiaaa tajuk entah pape kan? Macam mana pula lelaki boleh detect perempuan tengah period atau tak hanya dari tumit kaki? Dan apa kaitan pula wanita tengah haid dengan tumit kaki? Lelaki ni ada superpower special ke kalau hanya dari scan anggota luar perempuan boleh tahu perempuan tu ada dara ke tidak, warna kulit apa, 'saiz' berapa...? Waduh waduhh kelakar kan? TAK LOGIK, TAK MASUK AKAI, TAK MUNASABAH MUNASARAWAK kan? Tapiiiii itulah yang digembar-gemburkan ketika sekolah dahulu (dan masih lagi sampai sekarang).
dari tumit kaki lelaki boleh tahu awak tengah haid atau tak
"dari tumit kaki, lelaki boleh tahu awak tengah haid atau tak"
"Dari pipi, lelaki boleh tahu saiz baju dalam awak.
Dari kening, lelaki boleh tahu keadaan rambut awak.
Dari pergelangan tangan (tempat sembur minyak wangi tu) lelaki boleh tahu awak punya warna kulit dalam.
Dari tumit kaki, lelaki boleh tahu awak tengah haid atau tak.
Dari kedalaman tapak tangan, lelaki boleh tahu besar mana saiz 'bawah' awak tu.
Dari betis, lelaki boleh tahu awak ada dara atau tak."

"Assalamualaikum. kalau macamni.. betul ke ustaz?"

"Saya tak tahu. Saya lelaki tapi saya takde pula ability ni. Mungkin ini untuk lelaki dalam kalangan syaitan. Wallahua'lam" - Ad-Dien

Gitchuww jawapan beliau. Savage dan mengena sangat! Hehehe i loikeee~
jawapan ustaz
jawapan ustaz Ad-Dien
Ni bukan saya nak mereka-reka cerita atau nak pervert di bulan Ramadan ni ya.. tapi memang betul betul terjadi dan menjadi perbualan ramai terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.

Bukan sahaja di sekolah biasa, sekolah tahfiz pun ado benda alah ni. Senior duk sharing kat junior. Bukan sahaja di institusi sekolah, institusi kekeluargaan pun ada dimomokkan dengan 'ilmu' sengal tersebut...........
petua orang gatal
bukan 'petua' orang dulu tapi petua orang gatal!
jenis rambut
kening = jenis rambut ?
hujah dakwah orang zaman belajar sekolah
'hujah dakwah orang zaman sekolah dulu dulu' dehekkk
mesej
mesej adalah taknak kahi wanita dedahkan aurat ??
dari tumit kaki lelaki boleh tahu awak tengah haid atau tak
benda dari zaman dahulu kala lagi...
orang tua pakar bab ni
tudiaa sampai hal kesuburan lelaki perempuan pula ni hahaha
kedalaman tapak tangan
waduhhh dekat asrama pun ada ha
pipi saiz baju kening tapak tangan
reply paling savage ya hahaha
Haaa yang last sekali tu marah sangat tu hahaha.

Maka.. wahai budak budak perempuan sekolah yang masih kecil remaja, girl students yang baru mengenal dunia sekalian.. jangan lah percaya dengan kata kata tidak masuk akal itu.

Tapi apa yang paling penting dan nasihat yang lebih perlu diingat serta diikut.. jagalah maruah dan aurat anda. Jangan termakan dengan janji lelaki lelaki di luar sana yang berniat tidak baik dan hanya mahu keseronokan dan hiburan yang sementara. Jaga hati, jaga diri, jaga maruah. Sayangilah diri anda. Kerana dirimu begitu berharga ;)

Dan buat mereka yang duk sebarkan mesej yang tiada guna itu.. berhentilah. Tiada faedah pun yang korang dapat. Lelaki yang baca benda benda tu pun pelik tau hahaha. Lelaki pervert pun mungkin garu garu kepala bila baca. Haihh.

Okay lahh. Till next time, daaa~ wassalam! :)

Post a Comment

5 Comments

  1. Kuat merepek segelintir manusia ni. Mereka yang obsess tapi cakap seolah-olah mewakili satu jantina dia.

    ReplyDelete
  2. Haha benda ni orang tua cakap berkias suruh awak tutup aurat. Zaman milenia sekarang, cakap kias mana tau. Maunya straight je, pahtu sentap. Eh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ni bukan orang tua cakap. orang zaman sekarang tokok tambah ntah pape maksudnya hahaa. kening, tapak tangan, pipi semua tu bukan aurat eheee.

      Delete
  3. 'Lelaki di kalangan syaitan', hahhaha
    Mengarut jer ni.

    ReplyDelete
  4. benda ni sepanjang zaman tau...tak kira peringkat umur,ada je lelaki tetiba lelaki nak cakap ttg kuasa merepek diaorang boleh telek2 badan perempuan.. geli betul bila lelaki tenung lama2

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p