MBTI vs Big Five Personality Test - Ujian Personaliti Paling Popular di Dunia - sayidahnapisahdotcom MBTI vs Big Five Personality Test - Ujian Personaliti Paling Popular di Dunia
LightBlog

MBTI vs Big Five Personality Test - Ujian Personaliti Paling Popular di Dunia

Ujian Personaliti Paling Popular di Dunia - MBTI vs Big Five Personality Test

Ditulis oleh: Akif Basri
(Clinical Psychologist & Psychology Lecturer)

ISTJ. ISFJ. ESTP. ENTP.

Pernah dengar?

Ini sebenarnya jenis personaliti manusia berdasarkan Myers-Briggs Type Indicator (MBTI).

MBTI ialah ujian personaliti paling popular di dunia.

Tetapi, boleh percaya ke? Valid ke?

Atas permintaan ramai, saya buat thread ini.
ujian personaliti mbti vs big five personality test

Ujian ini memang popular.

Setiap tahun, lebih 2 juta orang ambil ujian ini.

89 daripada 100 syarikat yang disenaraikan bawah Fortune menggunakannya.

Syarikat yang jual ujian ini untung lebih $20 juta setiap tahun.

Tapi sebenarnya, alat ujian ini sangat kontroversi

Why?

Pertama, MBTI dibuat pada tahun 1940 berasaskan teori Carl Jung.

Teori ini hanya berasaskan pemerhatian beliau & tiada kajian yang menyokong.

Waktu ini, bidang psikologi masih belum jadi satu bidang saintifik.

Tapi sebab dia tokoh psikologi yang terawal, teori dia popular.

Berasaskan teori ini, Katherine Briggs & anaknya Isabel Briggs Myers buat MBTI dengan bantuan Edward Hay, seorang pengurus HR di sebuah bank di Philadelphia.

Mereka semua tiada asas ilmu psikologi dan sains.

Jadi, permulaan penciptaan alat ujian ini pun bukan berasaskan sains.

Kedua, MBTI kelaskan personaliti berdasarkan kategori hitam-putih (sama ada A atau B), sedangkan boleh sahaja kita ada A dan B sekali gus.

Contohnya, kita Thinking (T) atau Feeling (F)?

Kajian terkini kata, ramai orang yang Thinker & Feeler pada masa yang sama.

Ketiga, banyak kajian menunjukkan MBTI tiada validity dan reliability yang kuat.

Contohnya, 50% orang yang jawab MBTI buat kali kedua dapat keputusan personaliti yang berbeza, walaupun hanya jarak 5 minggu.

Ini menunjukkan ujian MBTI tidak reliable (tidak konsisten).

Keempat, kajian menunjukkan MBTI tidak efektif untuk "predict" kejayaan orang dalam pekerjaan tertentu.

Walaupun begitu, alat ujian ini masih popular digunakan dalam banyak syarikat seluruh dunia.

Kelima, jenis personaliti dalam MBTI tidak komprehensif.

Ada beberapa jenis personaliti yang tiada dalam MBTI.

Salah satunya, sama ada seseorang itu lebih "agreeable" (bersetuju) atau lebih "argumentative" (berhujah).

Tetapi, ini dah tahun 2020, kenapa MBTI masih sangat popular?

Pertama, sebab ujian ini mampu buat orang rasa "wow" selepas mendapat keputusan.

"This isn't a test designed to accurately categorize people, but rather a test designed to make them feel happy after taking it"

Kedua, sebab penggunaan ujian ini sudah dinormalisasi.

Bila dah diguna secara meluas, terutama oleh syarikat ternama atau tokoh yang dipercayai, orang tidak begitu kisah untuk melihat bukti saintifik.

Malah, selepas dah tahu pun, ada yang masih tidak peduli dengan bukti sains.

Terakhir, ramai orang guna MBTI untuk hiburan sahaja. 

Mereka mungkin tak percaya sangat pun, tetapi sekadar nak cuba-cuba.

Habis tu, apa alat ujian personaliti yang paling baik?

Buat masa ini, kajian menunjukkan: Big Five Personality Test mempunyai validity dan reliability yang terbaik

Big Five terdiri daripada:

Extraversion, Emotional Stability, Agreeableness, Conscientiousness, and Openness.
ujian personaliti mbti vs big five personality test
ujian personaliti mbti vs big five personality test
Big Five dilihat lebih mampu "predict" prestasi kerja dan kerja berpasukan. 

Malah, ada kajian yang mengaitkannya dengan asas genetik & biologi.

Nak baca lebih lanjut?

Post a Comment

0 Comments