tips mula kebun, cara buat duit niaga tanaman pokok & minat bidang pertanian - sayidahnapisahdotcom tips mula kebun, cara buat duit niaga tanaman pokok & minat bidang pertanian
LightBlog

tips mula kebun, cara buat duit niaga tanaman pokok & minat bidang pertanian

tips untuk mula kebun, cari duit niaga tanaman pokok & minat bidang pertanian | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Wahhh adakah Sayidah Napisah dah mula bercucuk tanam pokok sayuran/ bunga, membuat duit dengan berniaga, membuka kebun atau menceburkan diri dalam bidang pertanian? Jawapannya tidak. Hahaha. Saya tulis entri ni sempena komen komen yang berbunyi seperti "semenjak PKP ni teringin gila nak buka ladang tanaman & ternakan", "suka buat kerja kerja yang membuahkan hasil. pertanian pun salah satu bidang yang aku minat" dan sebagainya.


Rupa-rupanya ramai orang yang berminat nak menanam tapi takde ilmu yang betul dan tepat untuk memulakannya. Kadang-kadang orang tak minat sangat nak menanam sayur tapi suka pokok bunga. Ada juga yang niat semata-mata untuk jimat duit (tak perlu beli sayur mahal di kedai) atau buat duit (jual).


Ada juga yang just suka suka untuk hias ruang tamu, bilik, pejabat mini atau dapur. Lagi lagi sekarang ni pkpb pkpd ramai yang work from home (kerja dari rumah). Lagi lah tergoda nak membeli pokok kecil atau besar untuk menjamu mata dan mengisi masa lapang. Ada yang jadikan sebagai hobi atau aktiviti mengeratkan ikatan bersama dengan yang tersayang.


Saya personally bukan orang yang 'gila' pokok atau bunga. Lebih berminat dalam bidang makanan hahahha. Tapi ayah saya ada je mini kebun berhampiran dengan rumah.. tanam limau kasturi, limau nipis, terung, bendi, pisang, ulam ulam dan buah jambu guava. Saya tukang support beri semangat je hehee.


Tapi saya percaya semua orang boleh menanam. Tak kisah lah 'tangan sejuk' ke 'tangan panas' ke.. yang penting adalah ilmu dan cara praktikkan ilmu tu kena betul dan tepat. Tu bukan saya yang kata lah. Orang yang expert pertanian yang cakap hahaha. So, percayalah ya.


tips untuk mula kebun, cari duit niaga tanaman pokok & minat bidang pertanian

Ditulis oleh: Shahrizal Denci (Agriculture Enthusiast)


Aku terima banyak dm dari rakan-rakan yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian. Aku tak dapat jawab dengan details. Sorry.


#ThreadTani ini explain sedikit informasi untuk anda yang ingin memulakan kebun.

tips kebun niaga tanaman pokok bidang pertanian
tips kebun niaga tanaman pokok bidang pertanian
1. PENGUMPULAN MAKLUMAT

Kau kena kumpul semua info pasal kebun, jenis-jenis tanaman, rekabentuk kebun, baca buku-buku rujukan pasal kebun, kursus, lawat kebun orang yang dah berjaya atau on-job training kat kebun orang. Join group pertanian perniagaan kat FB (facebook).


2. PILIH JENIS TANAMAN

Kalau kau nak tanaman yang cepat dapat pulangan, tanamlah sawi-sawi, kangkung, bayam, timun, buncis dan lain lain. Kalau kau minat yang 3 bulan baru tuai, tanamlah cili merah, tomato, terung dan lain-lain. Pilih jenis tanaman ikut kesesuaian lokasi juga.


3. REKABENTUK KEBUN

Ini kira kreativiti masing-masing la. Design ikut keperluan, plan mana jalan, mana blok tanaman. Ada juga aku lihat di Kuala Langat, mereka tanam 18,000 pokok cili sekaligus atas tanah 5 ekar. Ada juga kat tambunan, tanam cili 20,000 pokok pada tanah 2 ekar.


4. PLAN PERNIAGAAN

Kau kena tengok bajet, consider loan bank, apply geran kerajaan (kalau ada), fikir pasal anggaran produksi, plan nak marketing mana, e-dagang atau website, pasar borong selayang atau kundasang dan lain lain.  Ini part paling crucial. Buat Bussiness Model Canvas (BMC).


Ok, 4 part ni la yang aku duk dapat fikir subuh hari ni. Korang boleh add on suggestion kat ruangan komen.


(Q&A) Soalan berkaitan dengan kebun, tanaman  pokok, pertanian, perniagaan


Q: Yang lain semua dah ok, cuma macam mana nak prepare plan perniagaan? Tak susah ke bro kalau buat sendiri?

A: Start dengan BMC.


Q: Bro ape kata untuk galakkan masyarakat tanam sayur sendiri boleh ke buat video pendek-pendek dan pilih tanaman yang simple contoh lada ke ape yang penting tanaman very simple dan tidak perlukan space yang besar kira tepi beranda kondominium pun boleh tanam.

A: Ok. Saya cuba. Ni saya buat kat kondo ipar. Daun sup. Sekarang dah besar.

tips kebun niaga tanaman pokok bidang pertanian
tips kebun niaga tanaman pokok bidang pertanian
Q: Kenapa dah cuba memacam teknik, tapi pokok sup susah tumbuh? Tanam melalui keratan batang memang susah tumbuh ek.

A: Ya. Cara keratan batang harus ikut akar sekali... maksudnya... batang yang dikerat mesti ada akar...


Q: Berapa lama tempoh dia untuk membesar dengan cara macam tu?

A: Dalam 2 bulan


Q: Bang.. Macam mana cara semai salad merah tu? Saya semai tak menjadi.

A: Semai kat tray pakai peatmoss.


Q: Salam bro.. kalau orang baru yang nak involve dalam bidang ni apa sayur yang bro recommend untuk 2-3 ekar tanah camtu..? TQ.

A: Kalau ada modal, saya suggest bro tanam guna teknik hidroponik atau fertigasi.


Q: Untuk teknik ni modal permulaan boleh sampai berapa puluh ribu..?

A: ......(theadmin of the twitter takde beri jawapan lagi haha)


Info tambahan dari seseorang: "Yang mana kat rumah takde tanah tapi minat untuk bercucuk tanam boleh la try check ig (instagram) http://toclan.asia ye. Boleh la try dengan fertigasi."
tips kebun niaga tanaman pokok bidang pertanian
tips kebun niaga tanaman pokok bidang pertanian
tips kebun niaga tanaman pokok bidang pertanian
tips kebun niaga tanaman pokok bidang pertanian

Kredit: twitter @DenciShahrizal

Moga bermanfaat! Till next time, daa~ wassalam! :)

Post a Comment

0 Comments