"Tuhan, sakit apa ini? Aku dah tak larat." - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Friday, May 15, 2015

"Tuhan, sakit apa ini? Aku dah tak larat."


360 hari kau sihat.
5 hari kau sakit, perlu ubat.
Tiba-tiba kau seru,
"Tuhan, sakit apa ini? Aku dah tak larat."

29 hari kau berukaria.
Sehari kau dirundung duka.
Tiba tiba kau keluhi,
"Tuhan, takdirmu ini apa?"

20 jam perut kau kenyang penuh inti.
4 jam tiada isi.
Tiba tiba kau tangisi,
"Tuhan, aku lapar nasi."

Apa kau tak malu
Pada Tuhan Maha Memberi?

Syukurlah dulu. 
Nanti Dia tambah lagi.

-@denabahrin



"Tuhan, sakit apa ini? Aku dah tak larat."




Teringat kata hikmah Ustaz Pahrol ,

"Jika kita tidak syukur dengan yang sedikit, pasti kita kufur dengan yang banyak.
Jika kita tidak mampu meminta maaf, pasti kita sukar memberi maaf.
Jika kita payah untuk dipimpin, pasti lebih payah apabila memimpin." :)




2 comments:

  1. betul kita nampak yang buruk ja. kita x nampak pun selama ni nikmat yang Tuhan bagi... bersyukur lah selalu :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p