http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

babab.net -KELEBIHAN & CARA MEMASANGNYA DI BLOG

By 10:15:00 AM

Assalamualaikum.

APA ITU babab.net ?

diambil dari website babab.net :

Babab.net adalah aggregator site untuk membantu blogger-blogger baru di Malaysia mendapat tempat di search engine seperti google, bing dan lain-lain. Namun begitu, blogger yang sudah mendapat tempat di search engine juga tidak dihalang untuk menggunakan aggregator babab untuk mendapatkan lebih trafik atau untuk menyedarkan pembaca lain tentang kewujudan laman blog anda.

Pihak kami sering dikritik kerana mengambil kesempatan ke atas blogger dengan mengambil feed user dengan sewenang-wenangnya dengan niat untuk memenangi keyword SEO di SERP. Untuk pengetahuan semua, kami cuma fetch feed dari user yang menggunakan widget ataupun banner kami SAHAJA. Tambahan pula, sekiranya domain A memberikan backlink kepada kami, kami juga akan memberikan backlink kepada domain A justeru membuatkan search engine tahu bahawa domain ini sedang aktif dan masih hidup.


Sebelum ini, kami lebih dikenali sebagai "ping busuk". Setelah masa berlalu pergi, kami merasakan sistem ping busuk sudah tidak relevan untuk digunakan oleh orang ramai maka terlahirlah "babab.net". Sistem baru aggregator babab.net ini menggunakan sistem back-end yang boleh dikatakan 100% baru dan lebih pantas berbanding sistem pingbusuk yang lalu.

Mungkin ini adalah kali terakhir kami menaik taraf sistem kami. Admin kami juga kebanyakannya sudah semakin berumur dan banyak komitmen lain untuk diuruskan. Tidak disangka, sudah lebih 5 tahun aggregator kami bertapak dalam dunia maya ini. Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf kepada semua sekiranya sepanjang kewujudan kami, ada yang tidak berasa senang hati dan minta maaf juga kerana kami tidak sempat membalas mesej dan email dari email pingbusuk sebelum ini. hehehe. 



 website babab.net

KELEBIHAN babab.net


1) menambah trafik pembaca ke blog anda - kemungkinan artikel anda akan terpapar di blog lain yang turut sama menggunakan babab.net. Makanya, makin ramai orang yang berkunjung ke blog anda dan UV (unique visitor) anda juga turut meningkat.

2) "auto ping" daripada sistem babab.net - ini bermaksud segala entri yang kita update dari semasa ke semasa, akan automatik terus dihantar ke laman web babab.net. Tak perlu copy paste url link entry kita ke sana. Ianya akan "auto ping" ke babab.net.

3) aggregate artikel anda di laman carian - laman carian seperti Google.

4) artikel anda akan terpapar di semua domain yang menggunakan widget babab.net.


ADAKAH PERLU REGISTER DI babab.net ?


Dulu, tahun 2014, sebelum babab.net iaitu pingbusuk.org, kita perlu lah mendaftar dahulu dan menunggu domain kita diapprove, barulah entri kita di-"auto ping" di sana. Tetapi sekarang tahun 2015, sistem baru babab.net tidak berapa pasti adakah perlu register ataupun tidak kerana tiada button untuk register pun di situ. Jadi, saya pun bertanyakan hal ini kepada pihak babab.net. 




Jawapan daripada pihak babab.net




Tidak perlu register di babab.net!

Anda cuma perlu meletakkan code banner ataupun code widget dan tunggu sehingga admin babab.net approve domain anda. Selepas admin approve, anda boleh ping secara manual ataupun biarkan saja sistem babab.net auto ping artikel dari laman blog anda.


Persoalannya sekarang niiii......

Bagaimanakah caranya mahu meletakkan code banner ataupun code widget di blog?



Caranya mudah sahaja. Se-simple A B C D E F G S T. #lawakhambar.

1) Pergi ke laman web babab.net 

2) Di kotak navigasi babab, klik 'dapatkan code auto ping' 

3) Copy banner code ataupun widget trafik code. (dicadangkan mengambil widget trafik code kerana ianya lebih banyak fungsi dan kebaikan daripada banner code)


Banner code

Widget trafik code


4) Pergi ke dashboard -> layout -> add a gadget -> klik button + HTML/Java Script




5) Paste code yang di-copy sebentar tadi ke dalam content seperti di bawah ini. Title terpulang kepada anda mahu letak apa ataupun tidak letak sebarang title pun boleh. Lepas itu, klik SAVE.






6) Siap! Anda boleh check di blog anda. Contoh hasil seperti di bawah.







Okayyy bereh. Dah siap pasang banner code, widget trafik code bagai kan. Lepastu, macam mana nak tahu domain kita dah di-approve oleh pihak babab.net ataupun belum?

Semakan Status Domain di babab.net

1) Pergi ke laman web babab.net 

2) Di kotak navigasi babab, klik 'Semak Status Domain Anda'






3) Masukkan domain anda dan semak domain! Done!

Contoh semakan status domain sayidahnapisah.com






Kita juga boleh lihat semua artikel di blog kita yang telah berjaya dimasukkan di dalam babab.net dan berapa hits yang entri kita dapat di situ.








babab.net meningkatkan trafik pembaca di blog sayidahnapisah.com


Kenyataannya, babab.net telah menyumbang trafik ke blog saya. Setiap minggu pasti ada trafik dari babab.net. Yang terbaru ialah seperti gambar di bawah.








Dan terbaru, entri DOA NISFU SYAABAN DAN MAKNANYA telah mendapat tempat di artikel popular babab.net. Alhamdulillah. Nak tahu dengan lebih lanjut, jom baca entri ni! :D

-ENTRI SEMALAM TERSENARAI DI ARTIKEL POPULAR babab.net-


Okay itu sahaja, harap membantu lah ye entri babab.net ni! Semoga berjaya!

Wassalam.

You Might Also Like

13 comments

  1. hahaha....nama tak boleh blah... babap bukan ke common word mak2 budak sebut ke klau dorang nak pukul anak2? btw, nak try lah...kot2 menjadi khennn.. :) thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. owh pingbusuk.org nih mcm nih fungsi dia yer.. dulu ada jgk duk fikir asal bnyak sgt blog2 org lain dlm nih.. hehehehe good info n thanks 4 sharing...

    ReplyDelete
  3. nak babab kc boleh tak.. sebab biar burung tu terbang je non stop hahahahhahah

    ReplyDelete
  4. Babab karang baru tahu, ekekeke =D
    Thanks KC for the info(s). Akak pun baru pasang balik babab ni. Ritu hilang.

    ReplyDelete
  5. thanks kc for this tutorial... Sangat membantu...

    ReplyDelete
  6. mcm pelik lak nama babap skrg ni.hehehe

    ReplyDelete
  7. kc..tqvm..akak dah berjaya ikut tuto nie

    ReplyDelete
  8. mmg kena ada domain dulu ek. x boleh blogspot.com?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak semestinya. blogspot.com pun boleh pasang babab.net :)

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.