CERITA HANTU AKU TIADA SESIAPA YANG PERCAYA - sayidahnapisahdotcom CERITA HANTU AKU TIADA SESIAPA YANG PERCAYA
LightBlog

CERITA HANTU AKU TIADA SESIAPA YANG PERCAYA

Aku masuk dalam ruang tamu. Roomate aku dah takde. Pergi keluar kot.

Lama kemudian, aku dengar suara-suara orang bercakap. Eh dari mana pula datangnya suara tu.

Aku tengok sekeliling. Takde pape pun. Aku salah dengar mungkin. Kembali fokus kerja yang aku buat di hadapan.

Bunyi lagi suara orang cakap-cakap. Aku dah meremang. Tengok lagi ruang tamu takde pun orang! What-the weh!

Aku tak ingat aku pakai spek ke tak time tu. Tapi aku macam nampak dua,tiga roomate aku kat sana tu. Aku kecikkan mata. Eh betul lah dorang. Tadi takde. Ni ada pulak. Dorang pun pandang aku. Aku dah pelik. Perasaan pun rasa pelik semacam. Satu persoalan je : betul ke dorang ni roomate aku? Dup dap dup dap.

Aku berlari ke dalam bilik. Aku baring atas katil.  Tingkap terbuka. Aku biarkan sahaja. Mahu menenangkan fikiran. Mahu mewaraskan fikiran yang sudah sedia tidak keruan. Peluh-peluh betina mula keluar dari badanku. Aku  gelisah. Aku masih dengar suara-suara.

Tiba-tiba ada sesuatu keluar dari tingkap tepi aku! Satu tangan muncul! Cuba menangkapku! Aku terkejut. Aku tepis. Tangan tu hilang dari tingkap. Phew.

Beberapa lama kemudian tangan tu muncul lagi! Hendak menyerangku lagi! Subhanallah dalam hati ni hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa menggeletarnya aku ketika itu. Aku menjerit dan cuba menepis lagi. Hilang lagi tangan itu. Dan kemudian menyerang aku dengan lebih agresif! Aku sudah tidak tahan lagi. Aku berlari keluar. Mencari nafas yang aku rasa semakin lama semakin tersekat di kerongkong.

Aku masuk di dalam bilik lagi satu. Aku duduk di satu katil ni.Aku pasangkan bacaan Al-Quran di radio yang terletak berhampiran di katil itu. Dengan harapan yang satu..semua ini berakhirlah !

Bacaan ayat Al-Quran di radio tiba-tiba ku dengar sekejap ada,sekejap tiada. Allahhh! Help me! Aku terkumat-kamit baca ayat Quran yang aku boleh ingat. Makhraj dan sebutan bacaan aku dah tak berapa nak jelas aku rasakan. Taranum lagi lah hampeh. Aku pejamkan mata. Aku baring. Aku terasa badan aku menggeletar dengan hebat. Aku rasa benda-benda halus tu mengelilingi bilik dan katil ku ketika itu. Allah!

Sudah lama kemudian, aku tak tahu sama ada aku tertidur atau apa. Pintu bilik aku tiba-tiba dibuka dari luar. Abi umi muncul! Aku terus pergi kepada mereka. Bila tengok di luar bilik, adik beradik aku semuanya ada. Aku menarik nafas lega. Aku cuba menceritakan kejadian seram yang berlaku kepada ku sebentar tadi. Tapi mereka semua tak percaya. Mereka mengatakan aku hanya mimpi sahaja. Mereka mengatakan aku hanya berkhayal. Mereka mengatakan cerita ku karut!

Aku terasa seperti mahu menangis meraung. Sesak nafas aku! Terbang semngat aku. Semua tak nak percaya cerita aku. Kenapa? Hati aku sakit dengan ketidakpercayaan mereka. Bagaimana kalau kejadian sebentar tadi berlaku lagi kepada ku? Aku tidak sanggup! Mereka suruh aku lupakan saja kejadian tadi. Hati aku sakit pedih. Aku tak bohong. Aku tak berkhayal. Aku tahu kejadian tadi benar dan bukannya omongan semata! Please umi abi! Belive me! Please.....




Aku tersedar dari mimpi. Aku terasa aku seperti aku menangis betul-betul. Aku menarik nafas. Aku rasakan hati aku berdebar dengan hebatnya. Phew. Mimpi rupanya. Alhamdulilllahhh. Alhamdulillah semua itu tidak berlaku di alam sebenar. Aku tengok sekeliling. Lampu bilik masih terbuka. Aku tertidur rupanya ketika baca novel. Aku pelik kenapa aku boleh mimpi sedemikian rupa walhal aku sudah berwuduk dan membaca surah Al-Mulk sebelum itu. Bila aku fikir balik, mungkin sebab bantal dan tilam ni kot. Dah dua hari ditinggalkan kerana aku pergi ke rumah kakngah dan aku tidak mengibasnya. Mungkin ada benda lain dah duduk. 

Ustaz pernah berpesan dan aku pernah membaca di buku agama.. kita kena kibas-kibas tempat tidur dan bantal kita dengan membaca "Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwwataillabillahil'aliyyil'azim" sebelum tidur kerana sepanjang kita tidak duduk di situ, ada benda lain yang duduk.

Kebiasaannya aku memang akan mengibas-ngibas tempat tidur dan menepuk-nepuk bantal sebelum tidur. Aku siap ajarkan amalam itu kepada kawan-kawan aku. Tapi aku lupa untuk buat malam tu. Takpelah pengajaran. Aku pun pergi ambil wuduk. Kibas-kibas tilam dengan selimut dan menepuk-nepuk bantal. Tutup lampu. Baca doa tidur. Dan cuba melupakan mimpi tadi.


zzzzzzzz


Post a Comment

5 Comments

  1. uishh, IQ yang baca ni kemain saspen...mujur mimpi jer...huuu~

    ReplyDelete
  2. seramnya baca mlm2 ni..

    ReplyDelete
  3. suspen jugak.. x pelah.. yg penting tu mimpi je ka.. insyaallah x de ppe k..

    ReplyDelete
  4. ada yang nak kena ni hehehe.. nasib x baca tengah malam hehe..

    ReplyDelete
  5. heheh...kemain mmpi die..bw doa tdur dulu..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p