http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

SOPOONG IOI PUTRAJAYA - RESTORAN MAKANAN KOREA

By 2:13:00 PM ,

SOPOONG IOI PUTRAJAYA - RESTORAN MAKANAN KOREA


Dah agak lama pergi ke Sopoong ni. Bulan 6. Tapi ni baru berkesempatan nak update. Kononnya. Asyik draft je. Tak siap-siap. Lepas kelas hari tu, terus rancang dengan kawan-kawan makan lunch dekat sini. Perghhhhh lunch nak dekat tempat mahal je kan. Hahaha. Sekali sekala ubah selera. Asyik makan dekat cafe je kan.

Mula-mula masuk Sopoong ni memang agak jakun la kan. Sebab first time makan makanan korea ni! Ni baru nak rasa. Dalam Sopoong ni pun not bad jugak laa. Cantik pun cantik. Nampak ekslusif gitu~




credit : anafaryana.blogspot.my

credit : anafaryana.blogspot.my


 Jom tengok menu apa yang ada! Memang mata besar kecik besar kecik je aku tengok menu ni hahaha. Banyak sangat pilihan. Banyak sangat rasa macam nak makan semua haha. Tamak dan bernafsu sangat iolss~ hiihi.










Okayy memandangkan banyak sangat pilihan dan tak tahu nak pilih mana satu. Dan aku yang memang sangat berselera dengan nasi ketika itu aku pun tempah nasi goreng. Kawan aku yang pernah rasa nasi goreng tu pun kata sedap. Sooo~ aku tempah nasi goreng tu. Dan ternyata memang sedap! Tapi aku sentuh sikit je seeweed tu.Tak berapa nak gemar pula bila makan dengan nasi goreng hehe.


Chicken Bokkeumbap (fried rice)
RM15.90




Kawan aku, Wani tempah bawah ni. Jajangmyeon. Haa siapa yang minat cerita Korea or Running Man mesti tahu jajangmyeon kan. Dalam satu episod Running Man haritu memang nampak sedap sangat la kan dorang makan. Banyak jenis pula tu. So akwan aku pun order jajangmyeon dengan harapan sedap laa. Tapiiii! Tak sedap pun. Huhh. Sian dia terpaksa habiskan hahah. Aku cuba la rasa sikit kan ambik hati kawan aku tu. Okay serius. Rasa nak muntah pun ada. Mungkin tak kena dengan tekak dan jiwa aku. Aku tahu sebab apa tak sedap. Kalau kat Korea tu aku tengok jajangmyeon dia mee tau. Tapi yang ni bukan mee. Tapi macam laksa. Kan? Ce tengok gambar bawah ni. Sos dia pun lain kalau nak dibandingkan dengan kat Korea. Conclusionnya, aku sangat bersyukur tak tempah jajangmyeon ni. hhahaha.

Jajangmyeon + Topokki
RM16.90


Next! Gimbap. Haaa gimbap ni bagi aku sedap gak. Aku lagi suka gimbap daripada sushi. Tekak aku memang tak boleh terima sushi. Aku pun taktahu kenapa haha. Gimbap ni lebih ringan dan nasi dia lebih sedap.

Gimbap
RM9.50




Seterusnya! Kawan aku, Farah order dakgalbi ni. Walaupun small. Tapi in realiti tak berapa nak small bagi aku haha. Aku tengok terkejut sangat! Sebab rasa macam menu tu sesuai dimakan oleh tiga orang bukan seorang. Tapi surprisingly, dia boleh habiskan makanan ni. Aku rasa sikit dia punya. Serius pedas gila! Hahahaha. Walaupun seciput je aku rasa tapi pedas dia whoaa daebak gila.

Dakgalbi (small)
RM18.90




Kawan aku, Laili pulak order ttukbaegi bulgogi ni. Nampak agak menyelerakan , bukan? Not bad juga menu ni. Sedap juga nasi dimakan dengan sup daging. Tapi aku prefer nasi goreng daripada yang ni,

Ttukbaegi Bulgogi Beef
RM18.90


Haaa yang sebelah aku tu lah Wani. Yang terpaksa menghabiskan jajangmyeon dia hahahhaa. Yang dalam sudu aku tu topokki cheese. Not bad laa topokki. Tapi aku makan sikit je. Sesungguhnya aku rasa, tekak aku tekak Melayu hahahha.



Berterabur handphone hahaha. Peace :)




Selepas makan Sopoong, kami pun pergi solat Zohor. Kemudian wayang time! Kami tonton cerita apa ek. Lupa pula tonton cerita apa. Alaaa ni ceita ni. Ya Allah cerita apaa ek. Haaaa filem KINGSMAN! Adeh penat nak ingatkan balik hahah. 

Kalau nak tahu review Kingsman klik SINI.

Sebelum menunggu waltu tayangan tu, kami lepak di CoolBlog. Ada orang nak belanja COOLBLOG. Apalagi tak baik tolak rejeki hehehe.



Okay that's all!

Cuma kalau tak tahu Sopoong ni kat mana. Sopoong ni di 
IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502, Putrajaya, Sepang, Selangor, Malaysia.
Telephone: +603-8328 8899

LOCATION MAP IOI CITY MALL PUTRAJAYA



Sopoong ni ada 3 cawangan dah.
1. Berjaya Times Square (LG-71, depan Cold Storage)
2. Quill City Mall (LG-13A, sebelah Classic Gold)
3. IOI City Mall (L2-D21-R1, naik escalator dekat pintu masuk Theme Park. Naik je korang dah boleh nampak Sopoong belah kanan)


Facebook: Sopooong 서풍
Berjumpa lagi, daa~wassalam :)

You Might Also Like

6 comments

  1. Ok, boleh try balik raya haji ni, yey. Thanks kc bagi idea. Adik akak memang suka gila makanan korea. Kena bawak diorang dtg sini nanti =)

    ReplyDelete
  2. xreti nk mkn ler..rasanya mcm mn?rege ok?

    ReplyDelete
  3. Wah cantiknya kedai! harga pun not bad :D

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. halal. sopoong ada halal verification di kedai restoran mereka.

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.