Search This Blog

Loading...

EFG FEEDS


13 INFO PENTING MENGENAI EMOSI JIWA DAN KESANNYA

By 10:33:00 AM , , , ,

13 INFO PENTING MENGENAI EMOSI JIWA DAN KESANNYA

Kita memang tak terlepas dengan emosi. Perasaan marah. Bingung. Sedih. Berfikiran negatif. Rasa takut. Tidak percaya pada diri. Suka menyalahkan orang lain. Mudah berkecil hati. Mudah tersinggung. Suka berfikir yang bukan-bukan. Cemburu tidak kena pada tempatnya. Ye kita semua tak terlepas dengan semuaaaa perasaan emosi dan permainan jiwa ni. Lagi-lagi golongan wanita yang mudah dihidapi dengan penyakit jiwa ini. Tapi sedarkah kita bahawa perasaan emosi yang tidak stabil ini mampu membawa kesan yang buruk kepada kita? Tahukah kita bahawa jika kita membiarkan emosi jiwa kita terganggu dengan perasaan-perasaan ini, ianya akan membawa kesan yang tidak baik pada diri kita sendiri?

credit to : monster-bego.blogspot.com

13 info mengenai emosi jiwa dan kesannya


1. Marah selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita jadi lemah selama 6 jam.
2. Dendam dan Menyimpan Kepahitan akan menyebabkan imun tubuh kita mati. Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke ( perdarahan/penyumbatan pembuluh darah ) 

13 INFO PENTING MENGENAI EMOSI JIWA DAN KESANNYA
credit to : users2.unimi.it

3. Jika kita sering biarkan diri kita Stress, maka kita akan alami Gangguan Pencernaan.
4. Jika kita sering merasa Khuatir, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu.
5. Jika kita Mudah Tersinggung, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur). 

13 INFO PENTING MENGENAI EMOSI JIWA DAN KESANNYA
6. Jika kita sering mengalami Kebingungan, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bahagian Bawah.
7. Jika kita sering biarkan diri kita rasa takut yang Berlebihan, maka kita akan mudah terkena penyakit Ginjal.
8. Jika kita suka Berfikiran Negatif, maka kita akan mudah terkena Dyspepsia ( penyakit sulit mencerna ). 


9. Jika kita mudah Emosi & cenderung Pemarah, maka kita terdedah pada penyakit Hepatitis.
10. Jika kita sering merasa "Sombong" ( menolak kebenaran dan meremehkan orang lain ) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.
11. Jika kita sering Anggap Mudah semua persoalan, maka hal ini boleh akibatkan penyakit Diabetes.

13 INFO PENTING MENGENAI EMOSI JIWA DAN KESANNYA
credit to : ismifaden.blogspot.com

12. Jika kita sering merasa Kesepian, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis ( berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh ).
13. Jika kita sering Bersedih dan rasa selalu Rendah Diri, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia ( kanser darah putih ) 

Sumber dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” 
By : Dr. Masaru Emoto.



Kalau berlaku dalam diri kita perasaan emosi dan negatif ini, kita jangan salahkan sesiapa tetapi salah kan diri kita sendiri kerana kita yang memilih untuk merasa yang sedemikian rupa. Kita yang pegang hati kita. Kita yang kawal hati kita. Kita sendiri yang mengubah diri kita sendiri. Allah pun sudah berfirman di dalam Al-Quran bahawa Allah tidak mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Dari situ kita boleh nampak. Perubahan dan keputusan terletak pada diri kita sendiri. Hanya kita yang faham diri kita sendiri.

Jadi, pilih lah untuk sentiasa berfikiran positif, damai, sikap berhati-hati, tidak bersangka buruk, bijak mengawal emosi, tidak bersikap terburu-buru, sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan merasa cukup dengan apa yang ada. Memangg, memang kita manusia tidak terlepas dari perasaan-perasan negatif dan emosi jiwa, tapi tidak salah kan untuk mencuba bersikap positif?

Kita sentiasa merungut dan beremosi berbanding bersikap tenang dan cuba bermuhasabah diri sedangkan sikap yang negatif menambahkan lagi emosi dalam diri kita, bukannya menyembuhkan hati kita.

Bak kata seorang ustaz, kalau nak jaga hati.. cari ubat hati jangan cari puas hati.

Sekian :)


You Might Also Like

5 comments

  1. huhuhu..info yang sgt berguna..saya pon 2-3 hari ni stress sgt2..

    ReplyDelete
  2. bagus info ni. baru aku tahu kenapa aku selalu tertekan, insomnia dan kurang kuat memori. Aku bukanlah orang yang selalu berdendam, tapi aku selalu genggam perasaan marah tu kuat2. Marah pun sebab cepat terasa dengan kata2 orang lain, itu yang x tidur malam tu. Itu juga lah punca aku selalu menyendiri.

    ReplyDelete
  3. Jangan biarkan perasaan negatif menguasai diri.. ;)

    ReplyDelete
  4. Sebab bila berada dalam keadaan tidak tenang..badan kita akan menarik aura kurang baik..tq sharing ya adik..

    ReplyDelete
  5. pikir positif la sokmo..macam kc..hihihi.

    tag kc kat sini..
    http://izatie91.blogspot.my/2016/01/giveaway-2016-tahun-impian-kita-by-mawar-assufi.html

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahsuperb@ymail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.