Tempat Makanan Korea DubuYo di The Mines, Seri Kembangan Daebak! - sayidahnapisahdotcom Tempat Makanan Korea DubuYo di The Mines, Seri Kembangan Daebak!
LightBlog

Tempat Makanan Korea DubuYo di The Mines, Seri Kembangan Daebak!

Tempat Makanan Korea DubuYo di The Mines, Seri Kembangan Daebak !


11.09.2015

LOKASI : The Mines, Seri Kembangan

Tempat Makanan Korea DubuYo di The Mines, Seri Kembangan Daebak!
Tempat Makanan Korea DubuYo di The Mines, Seri Kembangan Daebak!

Apa yang daebak (awesome, amazing) nya? Jom ushar !

DubuYo di The Mines, Seri Kembangan


DubuYo di The Mines, Seri Kembangan


DubuYo di The Mines, Seri Kembangan

DubuYo di The Mines, Seri Kembangan

DubuYo di The Mines, Seri Kembangan

DubuYo di The Mines, Seri Kembangan

Kami pilih DubuYo Meal Set ni. Untuk 3 atau 4 orang hidangannya. RM98.60.

Menu Meal Set : 
Soondubu Jigae (seafood, beef or chicken ), 
honey garlic bulgogi (chicken or beef ), 
pa-jeon (spicy topokki ), 
korean spicy wings, 
4 DubuYo rice, 
4 roasted barley tea, 
4 desserts (small), 
free flow Banchan (side dishes) of the day.

DubuYo di The Mines, Seri Kembangan

DubuYo di The Mines, Seri Kembangan

DubuYo di The Mines, Seri Kembangan

DubuYo di The Mines, Seri Kembangan

Air dia yang famous dekat Dubuyo ni - ROASTED BARLEY TEA.

Kawan saya yang dah pergi sini memang dah bagitahu awal-awal minuman roasted barley tea ni tak sedap & rasanya sangat pelik. Tapi saya tak percaya. Yela nak juga rasa sendiri baru boleh nilai kan. Taste masing-masing lain. Konon! Memang saya rasa kureng sedap pun! Haha.

Mula-mula hirup, telan dan rasa. Erm ermm eh macam air mineral biasa lah rasanya ! Tapi bila di penghujung telan tu rasa errrr.. rasa pebenda ni?! Bila dua tiga empat kali teguk barley tea ni, hmm okay betullah kata kawan aku, kurang sedap haha. Saya tak habis pun minum barley tea ni. Yang saya dapat simpulkan rasa roasted barley tea ni, ianya seperti rasa air teh yang hangus. Eh nama pun roasted kan! Hahaha. So, you can imagine its taste right ?

DubuYo di The Mines, Seri Kembangan

Yeahh I love this KOREAN SPICY WINGS so much! 

Sedap gila okay! Makan 20 ketul pun boleh ni haha. Rasanya Ya Rabbi humphhh sedap gilos! Memang kena dengan tekak saya ni. Yang peliknya kan, walaupun nama makanan ni ada words WINGS, tapi kat situ ada tiga ketul peha haha. Tak kisah la kan~ whateva !

DubuYo di The Mines, Seri Kembangan

Unfortunately, tekak saya dan SPICY TOPOKKI tak berapa nak ngam. Dalam ni ada fish cake & rice cake. Fish cake saya suka tapi rice cake dia sorry to said, saya makan seketul dua je sebab tak kena dengan tekak hehe.


DubuYo di The Mines, Seri Kembangan

SOONDUBU JIGAE CHICKEN. Sedap lazat enak pedas mengancam !

Rasa Soondubu Jigae ni sedap sangat! Memang kena dengan tekak orang Melayu macam saya ni. Rasa sup dia macam tomyam + kari. Mengancam okay hirup Soondubu Jigae ni time dia panas-panas haishh sedapp slurp ! Dan dalam Soondubu Jigae ni ada tofu tau. First time rasa tofu ni dan bila dimakan dengan nasi, perghhhhhh rasanya luar biasa sedapnya. Tak percaya ? Cubalah awak ;)



DubuYo di The Mines, Seri Kembangan

Makanan wajib bagi saya - nasi! Atas ni DubuYo rice (nasi dubuYo).

Sedap je nasi ni. Macam nasi biasa je. Tapi side dishes dia -white kimchi & spicy kimchi kat belakang dia tu serius tekak saya tak boleh nak terima. Sebab rasa dia lebih kurang macam jeruk. Tapi masam dia tu kalah masam jeruk ! Timun sebelah kimchi tu pula erm ermm boleh laaa rasa dia tapi makan seketul je. Tu pun sebab kena paksa dengan kawan sebelah, Q ! Ciss haha. Yang berair tu sup. Sup tu rasa macam biasa je. Rasanya sup umi masak lagi sedap hehehe.

DubuYo di The Mines, Seri Kembangan

Love this HONEY GARLIC BULGOGI !

Kenapa saya love this honey garlic bulgogi ? Sebab dia sedap ! Hahaha. Ada telur dan ayam yang dimasak dengan sangat sedap. Dicampur dengan garlic bawang yang manis. Perfecto !


DubuYo di The Mines, Seri Kembangan

Final : Dessert

Yang putih tu rasa dia sama macam tau fu fa. Yang menganggu rasa sedap makanan ni ialah kuah oren manis dia tu. Saya makan yang putih dia je, yang kuah-cecair-yang-tak-berapa-saya-gemar saya kuis kuis ke tepii hahha.

Oh mungkin tempat DubuYo The Mines ni agak strategik kerana tempatnya bersebelahan dengan air (sungai). Maksud saya tempat yang terbuka, udara segar angin sepoi sepoi bahasa menampar pipi ku yang sedang menikmati hidangan makanan DubuYo. Ewahh bahasaaa sastera sangat kan. 


DubuYo di The Mines, Seri Kembangan
Ni baru namanya khusyuk-menikmati-tekun merasa makanan :P

Berapa star saya nak bagi ek untuk DubuYo ni? Saya bagi 4 bintang ! Disebabkan makanan yang saya suka melebihi makanan yang saya tidak suka di Dubuyo ni, so 4 bintang ! Bagi orang yang hendak merasa makanan Korea tetapi tekak betul-betul seperti tekak orang Melayu macam saya ni, saya syorkan DubuYo berbanding dengan Sopoong. Sopoong juga satu restoran makanan Korea ( review saya tentang Sopoong boleh dibaca di SINI ) dan juga boleh didapati di The Mines, Serdang. Tetapi berdasarkan pengalaman saya, saya lebih suka makanan di DubuYo berbanding Sopoong.

Tapi bak kata saya, taste orang masing-masing lain. Belum cuba, belum tahu. Tapi kalau dah cuba, jangan menyesal pula. Haha.

Just enjoy your food and be thankful for being able to taste the Korean's food ! :D

Alamat : 
L1-80/81 & L1-80/81 (ORA), 
Level 1,The Mines Shopping Mall, 
Jalan Dulang, Seri Kembangan, Mines Resort City, 41300

Website DubuYo : http://www.dubuyo.com/

Waktu beroperasi : Isnin - Ahad. 10am-10pm.


Post a Comment

13 Comments

  1. sedapnye bilalah nak pi ek padahal sebelah opis je ni hah

    ReplyDelete
  2. alaaaa mmg x sedap ke rice cake tu, akk teringin gila nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh terpulang pada individu kak rara. kwn kc ramai je suka rice cake tuhahaha

      Delete
  3. Dulu nama kedainya dubu dubu, sekarang dah tukar. Nampaknya ni kena cuba try test! Dulu ena try kt KL Sentral, fail! Makanannya pun tak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah. dulu nama dia dubu dubu. sekarang dah tkar dubuyo heheh

      Delete
  4. Akak langsung tak leh terima makanan korea ..tak tau la kenapa...heheheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke kak SA. satu pun tak boleh nak terima ke? hehe

      Delete
  5. Alamak..masa dok serdang duly mcm takde je lagi kedai ni..huhu
    http://ainaez.blogspot.my

    ReplyDelete
  6. pernah makan Korean food kat Sopoong IOI, memang tokey dia orang Korea :) sedap juga makan kat situ, toppoki dia pun sedap :)

    ReplyDelete
  7. Hari tu akak melantak dubuyo jugak kat KK. Boleh tahan kena dgn selera tapi betul, yg rice cake tu kureng sikit. Taste kita cam sama plak, hiks :D

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p