15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN! - sayidahnapisahdotcom 15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN!
LightBlog

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN!

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN!

Haa biasa kita ambil tahu makanan yang dilarang untuk menurunkan berat badan kan? Sekarang ni.. jom ketahui 15 makanan pantang untuk sesiapa yang mahu menurunkan lemak badan diaa!

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN
makanan pantang untuk turun lemak badan

15 Tips Makanan Pantang Untuk Turunkan Lemak Badan


1. Durian

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN
sedapnya durian ohoiii

Coach kata : Ni makan banyak durian bukan boleh naik berat badan je tapi silap-silap boleh batuk demam. tapi korang kalau jumpa durian tak makan banyak kan. memang makan 1 ulas je kan

Saya .. : Nasib baik jarang jumpa durian. Sangat-sangat jarang. Tapi kalau sekali dah jumpa, memang satu atau dua biji durian boleh habis sorang. Maaf coach haha. Nexttt!

2. Sup dan Daging (Red Meat)

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN
sup daging

Coach kataSup ekor ke Sup tulang ke Sup torpedo ke sup apa-apa la yang sewaktu dengan nya.. Nak tengok lemak & minyak dlm sup ni? Cuba bungkus dlm plastik pastu letak dlm freezer.. Bila dah beku cuba tengok, seinci lapisan lemak..pegh.. 


Minyak-minyak dan lemak-lemak dari daging tu mengalir keluar masa sup tu tgh masak. Pastu kita pulak hirup sup ni sampai ke titisan yg terakhir. Fuh..

Daging pulak kategori red meat yg tinggi protin tetapi LEMAK pun TINGGI..!!


Saya .. : Erm ermmm nasib baik juga saya jenis yang jarang jumpa daging. Umi saya pun bukan jenis masak masakan daging selalu. Sup tuuu pun jarang gak. So.. so far okay la kan coach. Okay next!

3. Kulit ayam

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN
kulit ayam sedap wohh

Coach kata : Ada yang betul-betul suka sampai ambil kawan-kawan dia punya kulit ayam tolong habiskan

HENTIKAN!!

Saya .. : Homai homaiiiii! Alaaa coachhh. Saya gilaa kulit ayam kot. Tak pernah lagi saya tolak kulit ayam melainkan abi saya (ayah) tak bagi makan. Nak saya tinggalkan kulit ayam kesepian begitu sahajaaa? Sedap kott kulit ayam tu coach. Tidaakkkkk, Yang kulit ayam ni saya terrrrpaksa..untuk tidak ikut saranan coach ampunn. T.T  Next!


4. Air manis

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN
air manis botol dan kotak banyak gula

Coach kataAir kotak ke, Air tin ke, Air botol ke kebanyakan nya mempunyai gula yg tinggi.


JANGAN TERTIPU dengan tulisan atau gambar-gambar pada botol contoh gambar buah buahan atau perkataan 'less sugar'.


Saya .. : Alaa alaa. Air manis nii walaupun tak banyak saya minum tapiii.. setiap hari ada lah minum walaupun sedikit. Okay kan kan kannn.

5. Susu pekat manis

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN
susu pekat manis memang sangat manisss

Coach kataSusu pekat mempunyai kandungan gula yg sangattttt tinggi. Sering di gunakan dalam minuman di kedai seperti teh tarik, teh ais, milo ais, CARROT SUSU dan lain-lain.


Jangan lupa, bukan makanan je yang bole buat naik berat, minuman-minuman macam ni pun antara penyumbang terbesar


Saya .. : Ohhh susu pekat manis ye? Saya tak selalu kottt hehehehe

6. Maggi Mee

Coach kataNampak simple tapi ini la antara punca student perempuan naik lemak dan student laki perut dh start ke depan.


Mee maggi susah nak hadam dalam usus dan menganggu sistem penghadaman & pencernaan. Bila penghadaman & pecernaan terganggu.. secara tak langsung memberi kesan kepada kenaikan berat badan.


Saya .. : Okay ni no hal. Saya memang jarang sangat makan maggi. Nextnextnext! *suara riak*

7. Minuman 3 in 1

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN
minuman 3 in 1

Coach kata : Apa yang 3 tu?

1. GULAAAAAAA

2 .KRIMERRRRR
3. MINUMAN TU SENDIRI contoh milo, nescafe, kopi dan lain-lain.


Saya .. : Ni memang tak boleh nak elak kalau duduk asrama.Memang biasa beli Vico 3 in 1 punya. Kat rumah pun ada Coffee Arabica 3 in 1. Ish ish ishh.

8. Pizza

Coach kataKena pulak yang extra cheese n stuffed crust..wow.. 


atau makanan bercheese seperti burger dan yg femes skang roti naan mozarella cheese double..ouh yeahh..!!


Saya .. : coach ni dah kenapa =.= membangkitkan nafsu saya terhadap pizza je haha.

9. Sarapan pagi yang tinggi Karbohidrat, Gula dan Lemak

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN
antara sarapan-sarapan orang Melayu di Malaysia

Coach kata : Boleh nak makan seperti gambar-gambar ni TAPI BUKAN JADIKAN SEBAGAI SARAPAN PAGI!

Saya .. : Ermm ermm ermm. Noted coach! *dalam hati macam mustahil je nak elak makanan-makanan ni di Malaysia hehe*

10. Kek

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN
kek ala-ala hipster

Coach kataCup cakes ke Kek sekarang dahsyat-dahsyat & Hipster.. Bukan setakat ada biskut atas kek tp ada kartun, ada kereta ada piano ada unta..fuhh..

Saya .. : saya tak pernah merasa kek hipster-hipster tu bagai tapi saya memang cake lover. maaf coach!

11. Fast Food

Coach kataRamai yangg sedia maklum makanan fast food ni memang tinggi garam, tinggi lemak dan tinggi kalori. Fast food dia antara punca orang US ramai yang obese dan juga di Malaysia.


Fast food juga penyumbang terbesar kepada children obesity. Jgn la jadikan fast food sebagai tempat reward atau celebration untuk anak-anak anda.


Saya .. : saya setuju dengan fakta dan juga cadangan coach tu. Tapi that's the reality in real life. Bukan juga kepada children, tapi dah mak ayah children tu pun suka fast food kan. Including me.



12. Kuih muih yang deep fried

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN
makanan yang bergoreng

Coach kataMakanan yang deep fried, kalori akan bertambah dan tinggi kandungan lemak. Enak dimakan di waktu petang.

Saya .. : Kan coach sedap kan kan hahaha.

13. Chocolate

Coach kata : Tak kisah la coklat murah ke.. mahal ke.. beli kat langkawi ke.. beli mesra shop petronas ke. Hehe.. 

Kepada yang 'sweet tooth' jaga-jaga yee..

Saya .. : Saya memang suka coklat. Lagi-lagi kalau orang belanja hahaha

14. Aiskrim

Coach kata : Seperti semua sedia maklum la kan.. Nama pun ais krim. hehe.

Saya .. : okay coach faham coach. Next and lasttly!

15. Biskut

15 MAKANAN PANTANG UNTUK TURUN LEMAK BADAN
cookies, cakes & pies

Coach kataSekarang biskut pun dah hipster. Macam-macam ada atas biskut tu.. Tak main la biskut kering hup seng. hehe..


Lebih kreatif, lebih sedap.. kalori dan gula pun turut jadi lebih ;)

Sama la kategori dengan kerepek-kerepek.. Mana ada nak makan seketul. Paling minimum 5 biji. Kalau kerepek tu memang habis sebalang lagi-lagi bila tgh layan movie kat IFLIX..haha


Saya .. : Amboii coach. Macam pernah buat je haha. Saya suka biskut tapi bukan jenis gila kerepek. Biskut chipsmore sedapnyaaaaa. Kalori pun sedap kann hahaa.

..............


Perghhh ada 15 semuanyaa! Terima kasih pada page COACH TURUN BERAT BADAN (klik LINK di SINI kerana semua tips-tips dan gambar diambil dari page situ. Memang best page tu! Banyak info dan kata-kata motivasi usaha untuk menurunkan berat badan hehe. 

Untuk saya yang memang nak buang lemak-lemak di badan ni, memang sesuai sangat baca 15 makanan yang dilarang untuk dimakan ni. Tapi macam tak boleh nak tinggal semua makanan-makanan di atas je. Hahaha. Takpe-takpe. Kalau tak boleh nak buat semua, jangan tinggal semua ye dak? :)

Chaiyok!



Entri KESIHATAN yang lain :

Post a Comment

4 Comments

  1. Terima kasih Infonya sangat bermanfaat untuk kita semua

    ReplyDelete
  2. Banyak jugak yang saya suka makan.. macam mana nak elak ni??huhu

    ReplyDelete
  3. omaigod!
    msotly saya makan,,ahhaa
    kena tanam azam yg lebih kental la lpsni

    ReplyDelete
  4. mak oiii...!! semua suka.. camne ni..!! hahahahahaa... okey.. okey.. insaf 2 minit.. tak nak makan semua 15 makanan di atas... gituueewww... hahahahahaa.. :p

    nice info KC.. tQ..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p