http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

jenis pengguna bilik air di asrama yang kurang common sense

By 1:00:00 PM

jenis pengguna bilik air di asrama yang kurang common sense

Maksud/erti/definisi common sense : suatu persepsi(pandangan) yang dikongsi bersama oleh kebanyakan manusia akan betulnya penilaian mereka terhadap seseuatu itu.

Kita kecilkan skop pengguna tandas itu kepada golongan pelajar. Atau student. Student yang hidup di asrama-berkongsi tandas/bilik air. 
Nak tak nak, mesti ada sesetengah student yang 'buat hal' dengan membuat perangai mereka yang saya boleh katakan kurang-common-sense atau yang boleh kita jerit kat mereka "kau dah kenapa buat macam ni punya sikap?!" Haa camtu lah lebih kurang haha. 

Oh tapi.. yang saya perhati ni di tandas student perempuan lah sebab saya perempuan kan haha. Yang student lelaki saya tak tahu la pula macam mana perangai dorang sebagai pengguna tandas asrama.

tak semua pembelajaran ada dalam buku. kadang-kadang ianya hanya common sense
credit foto : whenincambridge.com

8 Jenis Pengguna Bilik Air Asrama Perempuan Yang Kurang Common Sense


...Jenis yang biarkan baldi kosong dalam bilik air selama seminggu atau lebih, tak ambil-ambil menyemak kat dalam bilik air.

...Jenis yang tinggal alat-alat mandi dalam raga/bakul letak kat tepi sinki. Jenis tak reti nak letak barang-barang tandas dorang dalam bilik sendiri =.=

...Jenis yang basuh pinggan lepas tu baki-baki makanan biar terapung dalam sinki, tak nak kutip. Lepas tu sinki tersumbat gara-gara makanan yang dia tak nak kutip tu.

...Jenis yang basuh pinggan.. dia kutip saki baki makanan dari dalam sinki dan lepas tu letak di tepi sinki. Tapiii ingatnya lepas tu dia nak buang saki baki tu ke tong sampah kan. Tapi hampeh. Dibiarkan saki baki makanan tu berkumpul kat tepi sinki tu. Jijik oi.

...Jenis yang biarkan mangkuk pinggan tak berbasuh selama minggu-minggu/bulan-bulan lamanya. Busuk. Kotor. Jijik. Semak.

...Jenis yang potong barisan bila kita penat-penat beratur ambil giliran untuk shower. Panasss je gua tengok orang jenis macam ni.

...Jenis yang lama-lama guna tandas/shower dengan sengajanya padahal ramai gilos lagi yang beratur kat luar nak guna. At least please make more effort to be faster than usual sebab ramai lagi yang nak guna tandas/shower, ramai yang beratur kat luar.

...Jenis yang tak boleh nak bertolak ansur langsung. Tak kisah la dalam keadaan apa-apa pun kat bilik air tu, tapi jenis yang tak boleh nak tolerate ni.. panas gak saya tengok dia ni.


Okay cukup lah 8 jenis manusia ni kan. Tak boleh nak fikir dah lebih dari 8 jenis ni. Ke, korang ada nak tambah?

You Might Also Like

5 comments

  1. bab ini mmg kita tak boleh tolak ansur woo.. ingat rumah ke? huhu..bayangkan ja kita berada dlm situasi (*cth ,tgah beratur lama,tetiba ada yg potong q) mesti begang juga kan? ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeap mesti lah bengang kan punya lama kita tunggu, dia suka suka je nak potong barisan. maksud saya yang tak reti nak tolak ansur tu selain dari potong barisan tu lah hehe

      Delete
  2. Selalu sangat berhadapan dengan orang macam ni masa stay hostel dulu. Nak marah, fikir roommate. Last last simpan je dalam hati. Hmm

    ReplyDelete
  3. Jenis yang 'membuang' tapi tak reti nak flush! yg ni kat tandas awam pun mesti ada punya! Perempuan please, senonoh sikit -.- Kite kongsi bilik air kot.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.