http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Kenapa Blog Perlu Ada Domain Sendiri?

By 10:30:00 PM , ,

Kenapa Blog Perlu Ada Domain Sendiri?


*background music : Gerua Dilwale*

Sebelum cerita lebih-lebih, saya nak inform yang entri ni saya nak fokuskan pada blogger yang masih blog blogspot. Dulu saya pun tak tahu apa kebaikan ada blog domain sendiri ni. Saya ingat blogger power power je guna .com. Tapi hakikatnya...semua blogger boleh. Termasuk blogger picisan macam saya ni.

Okay lah. Meh saya kongsikan sebab kenapa perlunya blog kita ada domain sendiri.

5 Sebab Blog Perlu Ada Domain Sendiri


Kenapa Blog Perlu Ada Domain Sendiri?
Kenapa perlu memiliki domain sendiri?
credit foto : www.infozub.com
  1. Pihak Google akan sesuka hati delete/padam blog yang ber-dot-blogspot pada bila-bila masa sahaja dia nak. Tanpa notis, tanpa diberitahu oleh Google, dia boleh tiba-tiba je delete blog blogspot yang dia mahu. Sebab apa? Sebab blog yang .blogspot ni kan free, tidak berbayar. So, Google boleh la delete sesuka hati.
  2. Lebih yakin berblogging sebab dah ada domain sendiri.
  3. Lebih PROFESSIONAL.
  4. Menunjukkan kita lebih serius dalam dunia blogging.
  5. Lebih berani untuk mempromosikan nama blog

Ada 5 reason. Tapi reason yang paling utama kenapa anda HARUS membeli domain blog sendiri (.com) ialah reason yang pertama.

Sebagai contoh : Blog myinfotaip yang terkenal dengan info-info hiburan nya telah didelete oleh Google pada bulan-bulan yang lepas (tak pasti bila). Dan kini, saya tengok balik myinfotaip dah buat blog baru. Berwajah baru. Dan juga mempunyai DOMAIN sendiri dah! Dulu www.myinfotaip.blogspot.my.. sekarang dah www.myinfotaip.com.

Blogger AkuPenghibur pun pernah kena delete blog beliau. Sehinggakan beliau merayu rayu kat Google untuk publish balik. Adehh tragisnya. Mungkin dah serik dengan pengalaman blog pernah dibuang, sekarang ni blog beliau dah berdotcom. www.akupenghibur.com.

Ramai dah blogger kena macam tu sebenarnya. Ada yang hampir hampir blog kena delete. YaAllahh kalau lah saya yang kena, mahu meraung. Yelaa penat-penat kita bina blog, taip entri semua, berkerah tenaga edit template blog, bertungkus lumus apply nuffnang adsense.. Tiba-tiba blog hilang macam tu je? Susah payah kita nak kumpul followers banyak-banyak, tup tup musnah macam tu je? Semua gara-gara sebab Google dah delete. Nauzubilahi min zalik!

Iye. Memang ada blogger blogger terkenal yang masih menggunakan blogspot. Tu saya tak mahu komen. Mungkin mereka ada sebabnya yang tersendiri.

Entri ni saya hanya share kan pada semua apa kepentingan ada domain blog sendiri. Itu sahaja. Yela ilmu ni kena share, baru berkembang kan :)

You Might Also Like

3 comments

  1. nak tukar domain jugak tapi takde orang sponsor..hihi

    ReplyDelete
  2. hehehehe... eden tak pasti smpai bila nak pakai domain ni. ehehehe

    ReplyDelete
  3. Bagus artikel ni. Harga domain sekarang pun tak sampai 50 ringgit setahun.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.