http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

TUTORIAL MEMASANG IKLAN NUFFNANG VERSI MOBILE

By 9:27:00 AM , , ,

TUTORIAL MEMASANG IKLAN NUFFNANG VERSI MOBILE 


Haa muncul pun entri Tutorial Memasang Iklan Nuffnang Mobile yang ditunggu-tunggu ni (kan kan kan haha), akhirnya...
Sebelum tu, mungkin ada yang tak tahu apa kelebihan Iklan Nuffnang Versi Mobile ni, antaranya ialah :

1. Menambahkan CPUV (Cost-Per-Unique-Visitors)
2. Earnings Nuffnang akan cepat meningkat
3. Peluang untuk mendapat CTR Bonus tinggi dan cerah

TUTORIAL MEMASANG IKLAN NUFFNANG VERSI MOBILE
tutorial memasang iklan Nuffnang Versi Mobile

Tutorial Cara Mudah Memasang Iklan Nuffnang Versi Mobile 

Mudah dan senang je cara dia don't worry, be relax. Tapi sebelum tu, ehem. Baca bismillah dulu lah hehehe.

Cara-caranya :

1. Sign in Nuffnang (www.nuffnang.com.my)

2. Klik My Nuffnang > Manage Blogs > Klik ADD MOBILE AD

TUTORIAL MEMASANG IKLAN NUFFNANG VERSI MOBILE
+ ADD MOBILE AD


3. Akan keluar MOBILE AD PLACEMENT TUTORIAL (tutorial pemasangan Ad Mobile)

TUTORIAL MEMASANG IKLAN NUFFNANG VERSI MOBILE
MOBILE AD PLACEMENT TUTORIAL


Dan di situ akan ada step-step dia. Step 1-6. Nuffnang dah ajar one by one. Boleh follow kat situ kalau mahu. Tapi mungkin ada orang yang tak berapa nak jelas cara Nuffnang ajar, okay tak apa.. saya ajar cara-caranya di bawah. Saya cuba ajar cara dan guna term term yang lebih mudah difahami.

6 Langkah Memasang Iklan Nuffnang Versi Mobile


Langkah 1:

Copy code di STEP 1 tu.

                                 
 
 


Langkah  2:

Pergi ke bahagian Template blog anda > Klik Edit HTML > Search perkataan body > Paste kan code tadi (code di Langkah 1) di bawah perkataan  tadi > Klik Save Template

Macam mana caranya nak search word dengan cara yang mudah? 
  • Klik mana-mana tempat di dalam kotak Edit HTML tu > Ctrl+F > taip > Enter
TUTORIAL MEMASANG IKLAN NUFFNANG VERSI MOBILE
Paste code di bawah body


Langkah 3:

Klik balik bahagian Template tadi di blog anda > Tekan button settings (bentuk gear) di bawah Mobile

TUTORIAL MEMASANG IKLAN NUFFNANG VERSI MOBILE
settings button



Langkah 4:

Template > Choose Mobile Template > Yes. Show mobile template on mobile devices > Custom > Klik Save

TUTORIAL MEMASANG IKLAN NUFFNANG VERSI MOBILE
Custom


Langkah 5:

Yeayy dah berjaya install! Dekat bawah ni, ada gambar contoh blog saya yang dah install iklan nuffnang mobile ad ni di dalam handphone saya (mobile phone view)

TUTORIAL MEMASANG IKLAN NUFFNANG VERSI MOBILE
Iklan Nuffnang dari phone saya(Mobile View)


Langkah 6:

Haa tak habis lagi. Last step
Verification. Yela kena la check juga sah ke tak sah mobile ad unit Nuffnang dah dipasang ke belum dalam phone kita. 

Acamno caranya?

Refresh page blog anda selepas lakukan langkah 1-5 di atas > Refresh page Nuffnang > pergi ke bahagian Manage Blogs di Nuffnang anda > Tengok bawah Units Installed tu, ada tak green tick Mobile ?

Kalau ada green tick (seperti gambar di bawah), maksudnya anda dah berjaya installed!

Kalau tak ada tu, cuba refresh banyak-banyak kali. Kalau dah lepas refresh still tak muncul green tick tu, mungkin ada la kot silap mana-mana langkah di atas. Cuba double check step, kenalpasti part mana yang terrrsilap ke :)

TUTORIAL MEMASANG IKLAN NUFFNANG VERSI MOBILE
contoh green tick Mobile


Okay done!

Tapi..berdasarkan pengalaman saya mula-mula install dulu, iklan Nuffnang tu tak terus keluar full seperti gambar di atas tu. Dia akan keluar macam garisan je, ataupun icon Nuffnang sikit je muncul. Saya biarkan aje macam tu, lama-lama dia akan keluar full seperti di atas.

So, kalau anda pun mengalami seperti saya, toksah bimbang. Lama-lama dia akan keluar full hehe.

Dan tadi saya tengok-tengok akaun Nuffnang saya.. eh eh earnings dah mencapai RM220.18 dah. Alhamdulillah :D

Pheww, berjaya sudah siapkan entri ni. Okay tengok jam 3:37AM. Hahaha okay moh le kita beradu.

Semoga berjaya! 

p/s:jika ada sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah atau email sayidahsuperb@ymail.com atau PM di Facebook :)


Baca juga entri:

You Might Also Like

15 comments

  1. assalamualikum.
    singgah pagi
    ~ http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kongsi tuto ya adik...

    ReplyDelete
  3. bagusnya testi ni.. ramai yang tak tahu ni.. bagus.. bagus KC share.. :)

    ReplyDelete
  4. wah kak cik lanjer ibu dapat cash out yerr... :)

    ReplyDelete
  5. Tq sharing best info nih, huhu. Dah try buat, langkah 4 tu tak jumpa pulak kat mana. Dah siap paste semua dan refresh.. tengok dulu sehari dua ni, kalau takde jugak maybe ada silap memana..

    ReplyDelete
  6. Salam adik.....saya ingin bertanya....saya dh pun ada sebelum ni semua iklan nuffnang versi mobile....tetapi kan hujung April lalu di upgrade http ke https....sekarang ni semua iklan nuffnang saya tidak appear di blog versi web dan mobile...kenapa ye...boleh bantu saya....tkasih ...sya tunggu jawapan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kena install balik? copy coding balik.

      Delete
    2. So yg koding lama semua kena remove dulu lah ye...betui ke....kena clear then baru mula step by step macam baru nak pasang koding tu ye....mohon pencerahan...

      Delete
    3. saya nasihatkan untuk encik tanya pihak nuffnang dulu. sebab takut jugak ni berkaitan dengan koding kan. saya tak reti bab2 koding ni :)

      Delete
  7. Ok...tkasih....saya dh tya depa..4 hari yg lalu tpi still tggu jawapan

    ReplyDelete
  8. Akak berminat untuk belajar...minta beri tunjuk ajar ye

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.