http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Akhirnya..Earnings Nuffnang dah RM219.27! Apa Rahsia Earnings Nuffnang Cepat Naik?

By 2:00:00 PM , , , ,

Akhirnya..Earnings Nuffnang dah RM219.27! Apa Rahsia Earnings Nuffnang Cepat Naik?

Selepas agak patah hati dapat email Adsense reject saya semalam (entri penuh boleh baca di SINI), moh le kita gembira kan hati ini dengan sedikit berita gembira kan. 

Akhirnya..Earnings Nuffnang dah RM219.27! Apa Rahsia Earnings Nuffnang Cepat Naik?
Earnings Nuffnang dah RM219.27 !

Alhamdulillahhh! Sejak Nuffnang saya tempek dekat blog 7 February 2015 yang lepas, akhirnya pendapatan Nuffnang cecah jugak RM200! Memang saya target RM200 untuk cashout. Tapi rasa macam nak tunggu lagi sampai dapat RM300 baru cashout lah hehe. 

Ingat lagi dulu-dulu first first saya buat Nuffnang ni (07/02/15), memang CPUV haprak takde langsung. Tengok blogger-blogger lain berbariss baris CPUV. Setiap minggu ada je masuk CPUV. Tengok ada blogger mesti buat entri setiap kali CPUV ongoing. Siap dapat bonus CTR bonus lagi. Memang jealous membara-bara la kan. Kagum pun ada. Macam mana laa dorang boleh dapat CPUV banyak-banyak ni. Hmm.

Tapi saya tak putus asa lah lepas tu. Setiap kali datang blog orang, mesti klik Nuffnang orang tu. Tak kisah la iklan ke tak, klik je banyak-banyak. Saya siap hantar ticket dekat Nuffnang tanya kenapa saya tak dapat CPUV. Siap update survey Nuffnang sebab ada sorang blogger tu bagi tips untuk dapatkan CPUV, kena sentiasa update survey.

Pastu tengok tengok... Suatu hari tu saya dapat la seketul dua CPUV! Tu pun rasa macam nak lompat-lompat kegembiraan macam kanak-kanak ribena sebab tak pernah pernah dapat CPUV kan. Hahaha. Lepastu usaha la lagi, lagi dan lagi dan lagii. Dan memang berhasil, makin banyak dan banyak CPUV masuk. 

CPUV banyak masuk, tapi adakalanya tak dapat CTR Bonus. Dapat CPUV ongoing tapi pendapatan masih tak berapa nak cepat naik.

Then, suatu hari ... saya dapat tahu satu tips berguna ni-Install Iklan Nuffnang di Mobile

Selama ni kan ..kita tempek Nuffnang dekat blog tapi tengok dalam phone iklan Nuffnang tak ada pun kan? Tapi yang ni, ada iklan Nuffnang memang khas untuk mobile view punya. So, saya pun install. Dan alhamdulilah sejak tempek iklan Nuffnang Mobile punya, makin cepat naik Earnings saya sehingga sekarang ni dah cecah RM200 lebih!

Akhirnya..Earnings Nuffnang dah RM219.27! Apa Rahsia Earnings Nuffnang Cepat Naik?
List CPUV yang sudah di credited pada beberapa bulan yang lepas


Kalau anda tanya saya sekarang ni.. Apa rahsia untuk mendapatkan CPUV lebih banyak dan meningkatkan Earnings Nuffnang selain dari klik iklan Nuffnang di blog orang? ...
....Install lah iklan Nuffnang Mobile!

Nak tahu macam mana caranya tempek iklan Nuffnang secara mobile view? Stay tuned...InshaaAllah minggu depan saya akan buat entri tutorial nya :)


Baca juga entri :

You Might Also Like

16 comments

  1. wah.. jealous... hihihih.. ap2 pon tahniah ye.. moga rezeki terus dimurahkan.. :D

    ReplyDelete
  2. wahhh banyaknya... tak sabar nak taw

    ReplyDelete
  3. kak cik..jom kfc..kaya dh kan..hahahahah...tahniah yerr kak cik sayang..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Rezeki.. X sabar nak tau pasal nuffnang mobile tu.. Boleh akak tambah pendapatan juga..

    ReplyDelete
  5. tahniah ! ubai dah bertahun nii tak dpt lagi ratus2 :(

    ReplyDelete
  6. hebat dan tahniah dan congrats dan syabas dan chalo bete

    ReplyDelete
  7. terbaik entry ini.. sangat berguna pada saya yg masih kerdil dlm dunia blogger nih.. By the way boleh ke blog saya ye..

    http://megawealthvet.blogspot.my/

    Terima kasih

    ReplyDelete
  8. wuhuu congrats! sy entah bila lagi nak cecah beratus :')

    ReplyDelete
  9. wow, tahniah dapat banyak earning dr nuffnang..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.