Lagu Adam Nyanyian Faizal Tahir Menenangkan Jiwa

by - August 16, 2016
Assalamualaikum! Pernah dengar tak lagu Adam nyanyian Faizal Tahir? Lagu ni merupakan sebahagian dari program Inspirasi 25 Rasul di Saluran Astro Oasis Channel 106. Selain lagu Adam oleh Faizal Tahir ni, ada beberapa artis juga yang nyanyi lagu Klip 25 Rasul. Contohnya, Aizat Amdan (lagu Al-Masih), Hazama (lagu KekasihNya), Hafiz Suip (Kisah Terindah Yusuf A.S.), Altimet feat Takahara Suiko (lagu Janji), Adira (lagu Dalam Kegelapan) & Salam Musik (lagu Berkah). Antara ketujuh-tujuh lagu ni, saya paling minat lagu Adam dan Janji. Saya minat dari segi muzik dan lirik lagu dia. Okay back to lagu Adam ni.. Saya first time dengar kat radio Ikim.fm. Saya ingat lagi..time tu saya baru bangun dari tidur hahaha, lepastu on the way ke dapur saya dengar lagu ni (umi pasang Radio Ikim.fm). Perghhhh! Sampai terrrberhenti saya sekejap sebab yela first time dengar kan, sebelum ni tak pernah dengar. Telinga saya dah naik turun naik turun(erkk) dengar melodi indah lagu ni. Tenang je muzik dia. Dan ada satu ayat dari lagu Adam ni hmmm membuatkan saya terfikir sendiri a.k.a bermuhasabah diri. Nak tahu apa ayatnya? Sebelum tu... Jom kita hayati dulu keseluruhan lirik Adam nyanyian Faizal Tahir ni

Klip Video Lirik Lagu Adam Nyanyian Faizal Tahir 

Lagu Adam Nyanyian Faizal Tahir Menenangkan Jiwa
lagu Adam nyanyian Faizal Tahir
credit foto: malaysiadialy.blogspot.my


Lirik Lagu Adam Nyanyian Faizal Tahir


Adam adalah yang teristimewa
Adam yang pertama menghuni syurga

Yang putih, yang hitam
Semua dari Adam
Mengapa berperang
Kita darinya seorang
Yang putih, yang hitam
Dalam satu alam
Hayatilah hidup yang diberi Tuhan

Adam adalah bapa kita semua
Adam diturun ke bumi dari Syurga

Yang putih, yang hitam
Semua dari Adam
Mengapa berperang
Kita darinya seorang
Yang putih, yang hitam
Dalam satu alam
Hayatilah hidup yang diberi Tuhan

Yang putih, yang hitam
Semua dari Adam
Mengapa berperang
Kita darinya seorang

Yang putih, yang hitam
Semua dari Adam
Mengapa berperang
Kita darinya seorang
Hayatilah hidup yang diberi Tuhan

Adam adalah
Bapa kita semua.


p/s: "Mengapa berperang, kita darinya seorang" ialah ayat yang saya maksudkan awal-awal tadi :)

Adios! Wassalam.

You May Also Like

2 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p