http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

3 benda yang perlu dibawa ketika mengambil jubah akademik

By 3:01:00 PM , , ,

3 benda/perkara yang perlu dibawa bersama ketika mengambil jubah akademik (UPM)

1. Slip Pengesahan Borang Kajian Pengesanan Graduan 2016.

Korang dah buat belum kajian pengesanan tu? Kalau belum, pergi ke website http://graduan.mohe.gov.my/v/ & jawab la.

Slip pengesahan tu ada di laman terakhir borang kajian ye. So, kalau nak tahu cara download slip pengesahan tu, boleh tengok tutorial di SINI.

3 benda yang perlu dibawa ketika mengambil jubah akademik
slip pengesahan kajian pengesanan graduan IPT 2016
Slip pengesahan ni dibawa bersama semasa pengambilan jubah akademik untuk disemak dan disahkan di kaunter semakan (Kaunter CEM).

2. Bukti Pengesahan pembayaran (yuran graduan konvo)

Dah bayar belum yuran konvo sebanyak RM200? Kalau belum, sila bayar ye. Selewat-lewatnya kena bayar dua hari bekerja sebelum mengambil jubah akademik. 

Macam mana cara nak bayar? Ada empat je kaedah pembayaran yuran. Boleh lihat di gambar bawah ni. Selain daripada 4 ni tidak dibenarkan. 

3 benda yang perlu dibawa ketika mengambil jubah akademik
yuran graduan konvo
3 benda yang perlu dibawa ketika mengambil jubah akademik
empat saluran pembayaran yuran
3 benda yang perlu dibawa ketika mengambil jubah akademik
peringatan bagi sesiapa yang bayar selain daripada 4 kaedah tersebut
Okay bila dah bayar, jangan lupa untuk bawa bukti pembayaran ketika mengambil jubah akademik.

So, kalau ada sesiapa yang bayar yuran guna kaedah Cimbclicks seperti saya, boleh download bukti pembayaran yuran dengan cara-cara di bawah:

Login cimbclicks > My Accounts > Clicks Transaction History > Klik No Ref. (yang bergaris) > Klik Print > Klik Change... > Save As Pdf > Save.

3 benda yang perlu dibawa ketika mengambil jubah akademik
Klik di Ref #
3 benda yang perlu dibawa ketika mengambil jubah akademik
Klik Print
3 benda yang perlu dibawa ketika mengambil jubah akademik
Save As PDF > Save
Dah download, kemudian print lah ye nanti.

3. Borang pinjaman jubah akademik 

Haaa dah mohon jubah akademik di SMP ke belum? Kalau belum, nak tahu cara dia, klik SINI.

Okay then, siapa yang dah mohon tu.. sila CETAK (print) dan bawa borang pinjaman jubah akademik secara online yang telah LENGKAP. Okay apa maksud LENGKAP di situ ialah permohonan jubah korang di SMP perlulah status BERJAYA. Kalau status DALAM PERMOHONAN maksudnya tak LENGKAP lagi.

Macam mana cara nak check status? Korang boleh check di Menu SMP > MyKonvokesyen > Semak Permohonan.
Dan alhamdulillah saya punya dah berjaya! Hehe.

Cara nak download borang permohonan jubah yang dah LENGKAP tu: 
Klik icon PRINTER di tepi sekali tu> klik icon DOWNLOAD di bahagian atas kanan sekali.

3 benda yang perlu dibawa ketika mengambil jubah akademik
status BERJAYA maksudnya borang permohonan jubah dah LENGKAP
3 benda yang perlu dibawa ketika mengambil jubah akademik
borang pakaian akademik konvokesyen UPM ke-40 (sesi 4)
Then, print la ye nanti.

Okay tu lah TIGA benda/perkara yang perlu dibawa semasa mengambil jubah akademik.

PERHATIAN! Sila semak bayaran yuran/denda yang masih tertunggak dan perlu menjelaskannya selewat-lewatnya dua hari sebelum mengambil jubah akademik.

  • Hubungi Bahagian Urus Tadbir Akademik sekiranya ada masalah untuk akses sistem MyKonvokesyen e-SMP : 03-8946 6026/03-89471464/03-89466147
  • Hubungi pihak Bendahari sekiranya ada masalah berkaitan pembayaran yuran : 03-8946 4156/4161/6215/6225 atau emel ke bursar.student_ug@upm.edu.my (untuk graduan prasiswazah) atau bursar.student_pg@upm.edu.my (untuk graduan siswazah)


URUSAN PINJAMAN JUBAH AKADEMIK KONVO

Lokasi: Kompleks Akademik Pusat, UPM
Tarikh: 15-20 Oktober 2016 (Sabtu-Khamis)
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tindakan/catatan : Pastikan ikut semua Kaunter yang disediakan oleh Urus Setia bagi mengelakkan sebarang masalah ketika menyertai Majlis Konvokesyen.
Kaunter pengambilan Jubah akan DITUTUP semasa sesi raptai pada 19 & 20 Oktober 2016 jam 9pagi-12tengahari dan akan DIBUKA pada jam 2.30petang-5.00petang.

Okay done!
Phewww~ 
Semoga bermanfaat inshaaAllah. Kbai!

You Might Also Like

3 comments

  1. eh , ni untuk U mana ni ?
    Lyssa dah settle semua. nak pi ambik jubah 15 oct ni kat UNIKL :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. UPM hhehehe. wah iyekee. saya pun mungkin 15oct tu :P

      Delete
  2. wuhuuu ,, terbaikkkk <3 good luck :P

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.