http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Kajian Pengesanan Graduan IPT 2016 dah boleh isi

By 10:00:00 AM , ,

Okay haritu, 28 September 2016 saya ada update info yang mengatakan sistem kajian pengesanan graduan IPT 2016 boleh mula diakses pada 4 Oktober 2016 atas sebab tertentu (boleh baca di SINI). Lepastu kelmarin kawan saya ada yang dah boleh akses dan isi kajian pengesanan graduan IPT 2016 tersebut. So, saya pun buat la survey ni semalam. hmmm berapa minit eh saya buat? Ada laa dalam 15 minit, sambil tu jemah-jemah kejap dengan abi umi hahaha. Senang je jawabnya, tapi bila part kena berfikir sejenak jawapan dia, adehh malas betul la =.= . Tapi, nak tak nak memang kena isi pun sebab soal selidik ni wajib diisi oleh semua graduan IPT. 

Kajian Pengesanan Graduan IPT 2016 


Kajian Pengesanan Graduan IPT 2016 dah boleh isi
Kajian Pengesanan Graduan IPT 2016
Layari laman web http://graduan.mohe.gov.my/v/ & klik Log Masuk & isi apa yang patut, then klik Hantar.

Yang lawaknya, dia macam tahu-tahu je kita macam malas nak jawab kan. Siap mention "soal selidik ini sangat mudah untuk diisi dan tidak akan mengambil masa yang panjang..." 
HAHAHAHA.

Kajian Pengesanan Graduan IPT 2016 dah boleh isi
Kajian Pengesanan Graduan IPT 2016 terdiri daripada 8 bahagian
Bahagian A : Maklumat Latar Belakang Dan Responden - 19 soalan bersama anak-anak
Bahagian B : Status Terkini - Bekerja / Tidak bekerja / Lain-lain

kalau pilih jawapan bekerja, dia akan pergi ke Bahagian C (maklumat pekerjaan).
kalau pilih jawapan tidak bekerja atau jawapan lain-lain, akan dibawa ke bahagian D.
Disebabkan saya tidak bekerja, so Bahagian D.

Bahagian D: Belum/ Tidak bekerja Dan Lain-lain
Bahagian E: Melanjutkan Pengajian
Bahagian F: Pengalaman Anda Semasa Mengikuti Pengajian Di Institusi - paling tak best sikit nak jawab sebab memerlukan kita berfikir hahahaa.

Bahagian G: Keberkesanan Sistem Pengajian Dan Kesediaan Diri
Bahagian H: Perkhidmatan - disebabkan saya dah daftar JobStreet, so saya pun klik jawapan yang kedua hehe.

Kajian Pengesanan Graduan IPT 2016 dah boleh isi
Kajian Pengesanan Graduan IPT 2016 Bahagian Akhir
DONE!
Boleh la dapatkan slip anda dengan 'klik DI SINI untuk mendapatkan SLIP ANDA'

Kajian Pengesanan Graduan IPT 2016 dah boleh isi
Slip Kajian Pengesanan Graduan IPT 2016


Cara Download Slip Kajian Pengesanan Graduan IPT 2016


1. Klik Print

Kajian Pengesanan Graduan IPT 2016 dah boleh isi
print slip Kajian Pengesanan Graduan IPT 2016
2. Di bahagian 'Destination', klik 'Change....' & then, pilih 'Save as PDF' & then 'Save'

Kajian Pengesanan Graduan IPT 2016 dah boleh isi
save as PDF Slip Kajian Pengesanan Graduan IPT
Kajian Pengesanan Graduan IPT 2016 dah boleh isi
Save slip Kajian Pengesanan Graduan IPT
3. Siap! Boleh ushar Slip anda.

Kajian Pengesanan Graduan IPT 2016 dah boleh isi
slip Kajian Pengesanan Graduan IPT 2016
Oh kalau korang malas nak save as PDF ni kan. Boleh je nanti time nak print, korang terus log masuk ke laman web mohe (sistem kajian pengesanan) untuk print Slip tu.

Haaa salinan slip ni jangan lupa bawa bersama semasa minggu pengambilan jubah akademik (15-20hb Okt) untuk disemak dan disahkan oleh CEM di kaunter semakan . Jubah akademik tidak akan diberikan sekiranya graduan gagal mengemukakan slip pengesahan. Kang menangis tak berlagu tak dapat jubah konvo.

Semoga berjaya! 

You Might Also Like

0 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.