http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

kalau mengingau, kejutkan dia

By 11:29:00 PM , , ,

Umi pernah pesan kat saya.. "kalau ada orang mengingau, kejutkan dia".  Sebab apa? Hmm tak sure sebab apa. Tapi yang pasti, umi kata kalau orang tu ngingau, kita kena kejutkan dia. Sebab maybe time dia ngingau tu, dia sedang mimpi benda-benda yang tak elok atau mengerikan atau mimpi hantu.

"kalau mengingau, kejutkan dia"


kalau mengingau, kejutkan dia
kalau mengingau, kejutkan dia
gambar hiasan semata-mata
Saya tak pasti saya pernah mengingau ke tak, sebab tak pernah lagi orang kata saya mengingau ketika tidur haha. Even roomate saya di matrik/UPM pun tak pernah beritahu saya yang saya ada ngingau.

Tapi, saya biasa dengar roomate Chinese saya mengingau tau time saya study degree di UPM dulu. Serius takut muahaha. Takde la takut sangat tapi..macam yelah. Dah la dia ngingau tu bukan siang-siang atau petang ke. Dia ngingau time pukul 2 pagi, 3 pagi. Saya kan jenis yang biasa tidur lambat. So, memang biasa la dengar dia ngingau waktu-waktu tu. Seram je dengar dia cakap sorang-sorang. 

Pernah sekali tu, saya nak tidur dah. Before tu, saya baca la surah Al-Mulk. Tengah-tengah mengaji tu, saya dengar ada orang cakap-cakap kat katil belah sana (bahagian sana). Rupa-rupanya si roomate Chinese (junior) saya tu mengingau. Adoiiii gugur jantung akak nii dik oiii. Hahaha. Dah la masa tu lampu semua tutup. Sebab semua dah tidur kan. Just lampu meja study saya je yang menyala. Adehh ketar-ketar juga la tangan time dengar tu. Tapi gagahkan juga la, teruskan mengaji. Walaupun hati dup dap dup dap time tu. Haha lawak pula bila teringat balik.

Tapi time dia mengingau tak ada la saya kejut dia. Dia bukan tahu pun petua "kalau mengingau kena kejutkan". Hahaha. Kang tak pasal-pasal saya kena sound. Dah la dia Chinese kan. 

Umi pula pernah cerita yang dulu dulu umi kalau mengingau, abi akan kejutkan. Dan umi bersyukur bila abi kejut sebab biasanya time ngingau tu umi tengah mimpi benda yang tak elok / mengerikan. Seperti sedang dikejar oleh sesuatu. Lebih kurang macam tu la. Tapi sekarang ni umi dah tak mengingau dah. Alhamdulillah.

So, kalau kita dikejutkan dari mengingau atau tersedar dari mimpi ngeri, seeloknya kita tepuk-tepuk bantal dan tempat tidur sambil berzikir "subhanallah, walhamdulillah, walailahaillallah, wallahuakbar, walahaulawala quwwataillabillahil 'aliyyil 'azim". 
Then, ucap " a'uzubillahiminasyyaitonirrajim" kemudian ludah ke kiri 3 kali. Ludah sikit-sikit la. Bukan ludah kuat-kuat sampai keluar kahak bagai tu haha. Tujuannya untuk menghalau jin jahat dan syaitan yang menganggu tidur kita.

Okay lah itu sahaja, adios! Selamat malam :)

You Might Also Like

2 comments

  1. Bila tidur ramai2 ngan adikberadik ni mesti ada yang akan mengigau, Mai mmg akan kejutkan dorang kalau jadi macam tu, sbb kalau kita sendiri kena pun, fuhh penat bila bangun tu, tidur pun tak berkualiti dah jadinya.

    ReplyDelete
  2. Rasanya tak pernah mengigau...cuma kalau mimoi benda² yg tak elok..automatik diri ini akan tersedar dari tidur...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.