Total Pageviews

hajat di hati nak buka akaun Maybank tapi tidak kesampaian~

by - January 16, 2017
Memandangkan sekarang ni saya agak aktif dalam buat dropship Biobax, so memang ramai customer yang nak beli Biobax beritahu/tanya saya..
"cik ada nombor akaun maybank?", 
"tak ada ke maybank? senang sikit nak transfer duit guna Maybank2u je", 
"oh ada nombor akaun CIMB je ye? saya tak ada CIMBclicks", 
"maaf la saya transfer lambat sikit sebab kena pergi ATM transfer. saya tak ada akaun CIMB"

Benda yang cepat boleh jadi lambat & proses yang mudah boleh menjadi agak sukar apabila kebanyakannya sekarang guna Maybank2u. Jarang-jarang yang ada cimbclicks. So, that's why la saya bertekad nak buka akaun semasa personal Maybank pada tahun 2017 ni! Untuk memudahkan kerja customer yang hanya ada akaun Maybank.



So.. pagi tadi dalam pukul 9 lebih macam tu saya pergi la Maybank Seremban (mesti la abi yang drive hahaha) dengan semangat yang berkobar-kobar. Saya tak ada la sediakan dokumen apa-apa. Just bawa diri dan IC dan duit sikit. Duit deposit pun saya tak tahu berapa. Saya ingat nanti nak cucuk duit kat Maybank je. 

So, saya masuk je Maybank, terus pergi ke kaunter pertanyaan. Nampak seorang lelaki tu macam bertugas untuk menjawab soalan-soalan orang yang datang je. So saya pergi la ke dia tanya 

"Encik.. kalau nak buka akaun Maybank berapa ye kena bayar?". Then encik tu jawab

"RM250. Cik ni belajar lagi ke?"

Saya: "Tak. Saya baru je habis belajar"

Encik Maybank : "Ohh kalau student, kena tunjuk kad matrik / kad pelajar. Kalau dah bekerja, kena bawa offer letter atau dokumen pendaftaran SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)"

Saya: "Tapi saya bukan student dan saya belum lagi bekerja. Jadi, macam mana ye? Takkan la saya tak boleh nak buka akaun personal Maybank?"

Encik Maybank : "Iye tak boleh cik."

Den dah buat muka terkejut dah + tak percaya T-T

hajat di hati nak buka akaun Maybank tapi tidak kesampaian~
credit image: totsintawhero.wordpress.com
Umi mencelah: "Habistu kesian la siapa yang tak belajar dah dan tak bekerja lagi."

Encik Maybank : "Tu lah makcik. Memang tak boleh. Memang prosedure nak buka akaun Maybank macam tu sekarang."

Saya: "Habistu macam mana ye? Saya baru je habis belajar haritu"

Encik Maybank : "Ohh kalau macam tu, cik boleh bawa result exam last haritu (transkrip) lah"



Saya: "Ohhh transkrip boleh ye?"

Encik Maybank : "Boleh boleh"

Phewww~ walaupun tak dapat nak buka akaun pagi tadi, lega lah juga tahu diri ini qualified untuk buka akaun. Kalau takkkkk.. sobsobsob!

Umi pula keluar je dari Maybank terus membebel tak puas hati haha. Tak puas hati kenapa sistem buka akaun bank macam tu pula sekarang. Menyusahkan aje.

Ermm. Tak pelah.. ada la kan reason Maybank buat peraturan macam tu kan? Kita ni redhoo je le haha.

so, esok InshaaAllah pergi lagi sekali untuk buka akaun. Moga dipermudahkan urusan Amin :)


[UPDATE]
-beberapa hari kemudian, saya pergi Maybank lagi sekali. and yezzah done! saya dah selesai buat kad maybank. saya guna kad student (card matrik) saya semasa saya degree for 4 years at UPM. eventhough saya konvo pada bulan 10 tahun 2016 yang lepas and saya buat kad maybank around Januari 2017 ni, staff maybank tu terima kad matrik saya sebagai menepati prosedur yang ditetapkan. selain dari kad pelajar, tak silap saya boleh juga guna transkrip (result) peperiksaan. 

cara buat kad maybank
yezzah berjaya buat kad maybank + buka akaun Maybank
-semoga update saya ni membantu menjawab persoalan mereka yang tertanya-tanya adakah saya berjaya membuat kad maybank atau tidak & jika berjaya, apakah 'benda' yang saya guna untuk lepas syarat membuka akaun personal Maybank & maybank2u :) 
adios!

You May Also Like

54 comments

  1. Laaa mcm tu sekali yek nak bukak akaun maybank. Bank lain mcmn agaknya....klu dulu bwk deposit je...selesai

    ReplyDelete
    Replies
    1. transkrip tu slip result exam (keputusan peperiksaan).

      Delete
  2. Owh nak sebab dan surat menyurat yang jelas la ya..

    ReplyDelete
  3. Huh cenggitu lak.. tak tahu pulak sesusah itu nk buat akaun dengan maybank.. Hadoiii

    ReplyDelete
  4. rasanya smua bank macam tu skrg kak. sbb 2 bulan lpas sy pun nak bukak acc maybank tanpa bawak apa2 dokumen,ingatkan maybank je mcm tu so pergi lah cimb tapi diorang pun mintak dokumen2 tu smua. my mom dah membebel dah masa tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat x bukak acc guna transkrip tu

      Delete
    2. guna je transkrip or kad student. inshaaAllah lepas.

      Delete
  5. Tadi saye pergi maybank da tanya soalan yang sama.... Saya ni jenis jujur.. . Saya bagitahu je saya ni berkerja sendiri... Pastu dia tnya kerja apa .. Bgtahu kerja online bisness... Huhuhuhu mmg ttp xley.. . So dia perlukan rujukan sama ada ibu, bapa, suami atau adik beradik yg berkerja... Alhamdulilah semua da settle..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh macam tu ye. saya pun dah settle buat akaun maybank. saya tunjuk kad pelajar saya time saya study UPM tahun lepas hehe

      Delete
    2. Still kena deposit rm250 ke student?

      Delete
    3. yeap and nope.
      yeap: bayaran RM250.
      nope : bukan deposit. tapi bayaran utk buat kad maybank :)

      Delete
    4. kalau usahawan online mcmne?dorg mntk apa je pengesahan ke

      Delete
    5. itu saya tak sure. kena tanya pihak bank rakyat :)

      Delete
    6. Kalau tak nk byr rm250 tu... kita just dpt kad maybank jerlah eah?

      Delete
  6. Habis saya yg baru habis spm nak buka akaun maybank lagi diorang tolak mentah-mentah laaa:(

    ReplyDelete
  7. Ye la tu. Baru je balik dari maybank. Nak buka account tapi dia nak letter dari company laa, surat dari university laa. Procedure dah lain dah. Ingatkan just pergi sana isi borang dan settle. Tapi tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. kena ada bukti pula. saya beri kad student saya time degree sebab saya baru habis konvo. nasib baik dia terima.

      Delete
    2. Surat dri university as in surat tawaran ke apa?? Saya bru nk msuk U.. blum buat akaun lg huhu...

      Delete
  8. deposit utk buka akaun berapa?

    ReplyDelete
  9. Sis, sy pun macam tu td..hajat x kesampaian..bwk kad matrix blh ye walaupun last year? Sis konvo bulan berapa? Sy bulan 10..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. tunjuk je kad matrik time study. saya pun konvo bulan 10 yang lepas (10/2016).

      Delete
  10. Saya pon tadi jadi perkara yang sama.. X boleh buka akaun.. Huhu.. Nak menabung pon susah sekarang ni..

    ReplyDelete
  11. thun lepas sya grad dari stpm,and bdk2 stpm ada kad matrik.klau pkai kad matrik time stpm tu boleh x? even saya da umur 20?sya grad bulan 12 tahun lepas. jarak 8 bulan ni boleh ke? 😅

    ReplyDelete
  12. Bayar RM250 utk apa ye? Adakah RM250 akan dimasukkan ke dalam akaun kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeap. akan dimasukkan ke dalam akaun kita :)

      Delete
  13. nak buka akaun pun susah, banyak sgt syarat yang diperlukan.

    ReplyDelete
  14. Salam dik..klu dh konvo 4thn dlu..boleh x yee bwa transkrip huk3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Tu saya tak pasti sebab macam dah lama je kan 4 tahun. Tapi mungkin boleh try kak :)

      Delete
  15. Hari tu sy buat,gune student card jugak, Pegawai tu ckp tak boleh untuk gune online bisne. Sbb boleh trace duit keluar masuk. So boleh di block Acc. Nasib tak ckp sy buat dropship.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf bertanya. maknanya tak boleh lah ya bukak akaun maybank utk dropship atau online business? ke cemana?

      Delete
  16. haah . tah pape tah skrg , nk dokumen bagai ... bodoh² je hidup , mnyusahkan . semalam nk buat lpstu dia mntak dokumen . skrg ni semua syarat bank dh gila agaknye ... nk buat kad bank pn mnyusahkan ,dia kata klw mniaga online buka maybank premium

    ReplyDelete
  17. boleh ke kalau nak bukak akaun maybank je? atau memang kena bawak rm250?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeap kena bawa RM250. tapi dont worry. sebab RM250 tu nanti masuk juga ke dalam akaun maybank kita.tak hilang pun. maksudnya kita dapat duit tu balik. bukan maybank nak ambil pun. :)

      Delete
  18. kalau dah masuk 250 tu boleh keluarkan balik ke ?

    ReplyDelete
  19. Pulak dahhh.. Den baru berplan nak gi maybank bukak akaun baru. Sobabnyo: den nak join grab ngan uber. Depa cakap sekarang ni nak join mesti ada akaun sendiri, dah tak boleh guna akaun orang lain walaupun emak/bapak/laki/bini/moyang sendiri. Jadi tu yang aku semangat Google cara nak bukak akaun dulu supaya aku tak payah ulang alik banyak kali perabis petrol gi maybank :( Nampaknya kena tunggu junbank bukak dulu le baru boleh!

    ReplyDelete
  20. Thank you kak bagi step untuk nak bukak akaun ni 😅 saya pun dlm proses nk bukak akaun jgk ni.. mnta2 dipermudahkan lah ye, aminn..

    ReplyDelete
  21. Allahu. Agak payah nak bukak akaun ni. Haishh.

    ReplyDelete
  22. Prosedur semakin rumit skg...beside IC & offer letter kita perlukan solid reason utk buka saving akaun kat maybank yang gah ni if you all nak buka saving account yang bukan utk kemasukan gaji tuan2 ye...this year bertekad nk buka maybank akaun sbb mudah utk transfer duit kt family yg mostly guna mybank2u..tup2 lagu nih plk jd nya..saya just back from maybank bangi..2nd time pergi plk tu..1st time kna reject sbb x bwk offer letter then this time kna reject lg sbb x de solid reason utk buka akaun..menyusahkan tul lah sistem Maybank ni...so just forget it..the service is also poor..sombong terukkk staff2 nya...

    ReplyDelete
  23. Nak tanya kalau student card dh expired tahun lepas boleh terima lagi ke nk buat acc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau baru beberapa bulan lepas tamat pengajian, masih boleh guna kot student card. boleh try.lepas ke tak.

      Delete
  24. Nak tanya kalau student card dh expired tahun lepas boleh terima lagi ke nk buat acc?

    ReplyDelete
  25. Serius sis prosedur maybank mcm ni..nk tanya audit maybank dgn manager maybank ler..nk pastikan betul ke x? Sis kata kalau ada sedara or member yg keje tu senang sikit ea akaun kita pihak bank nk buat..tolong respon sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. prosedur memang macam ni. tak sure la proses lebih mudah ke kalau ada orang dalam tolong.

      Delete
    2. Baru je pergi pagi tadi. Mentah2 kne reject. Ckp nk bukak utk simpanan. Siap ckp klu gune offer letter uni or pngesahan dari uni ttap tak dapat, staff tu ckp. Dye ttap nk letter dari compny walhal company bg elaun praktikal sye cash. Leceh betul ��

      Delete
  26. Klo pkai kad student taa yah byr deposit keee?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena bayar juga deposit. tapi takpe awak. nanti duit deposit tu masuk balik ke dalam akaun maybank kita once dah selesai buka.

      Delete
  27. Salam sis :) Maaf tanya, sis buka akaun saving (simpanan) atau personal current(peribadi semasa) ye? Thank you! :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p