pengalaman berbekam untuk kali pertama.. best gilos! - sayidahnapisahdotcom pengalaman berbekam untuk kali pertama.. best gilos!
LightBlog

pengalaman berbekam untuk kali pertama.. best gilos!

Dari dulu memang teringinnnn sangat nak try bekam. Nak rasa bekam tu macam mana. Sakit ke tidak. Best ke tidak. Rasa pedih ke bila berbekam atau biasa-biasa je ke. Apa rasa bila kulit badan kena sedut dengan benda bekam tu. Apa rasa bila kena cucuk dengan jarum sebelum berbekam tu. Teringinnn sangat nak experience.

bekam
pengalaman berbekam untuk kali pertama
Then, finalllyyy! Pagi tadi saya pergi berbekam dengan seorang pembekam di area rumah saya, Seremban. Namanya Hajah Mariya. Tapi memandangkan beliau adalah jiran saya, saya panggil dia makcik je hehe. Serius best makcik ni bekam! Jangan risau, makcik ni pembekam yang bertauliah. Beliau dah pergi 6 kursus yang melibatkan bekam tau:
1. Kelas Latihan Terapi Urutan Terapeutik - Tahap 1 [anjuran Therapeutic]
2. Kursus Bekam Sunnah dan Bekam Moden [anjuran Raja Bekam]
3. Training Bekam Sinergi
4. Bengkel Asas JuruBekam Klinikal (B.A.J.B.K) [anjuran Neo Beqam]
5. Sijil Lanjutan JuruBekam Klinikal (S.L.J.B.K) - Pengurusan Diabetes, Darah Tinggi & Buah Pinggang [anjuran Neo Beqam]
6. Grade I & II Level Reverse Stimulation Healing MethodRaja Bekam, Bekam Sinergi, Neo Bekam [anjuran Qun Therapy Academy]

sijil bekam
sijil bekam makcik mariya

pengalaman berbekam untuk kali pertama


Boleh bekam di muka (wajah) - sangat digalakkan for those yang ada resdung atau nak kasi muka bersih & berseri, bekam di badan, bekam di kepala, bekam di kaki. Saya ambil pakej bekam biasa (bekam basah) - bekam belakang badan & bekam muka. 7 cup di belakang badan. 6 cup di muka.

7 cup di belakang badan tu, makcik kata dia letak kat point-point:

1 cup - buang angin
2 cup - jantung
2 cup - pinggang
2 cup lagi tak ingat point nya apa.

6 cup di muka pula:

1 cup kat dahi
2 cup kat pipi
2 cup kat cheekbone
1 cup kat dagu

Sebelum start bekam tu, memang rasa nervous la sebab first time kan haha. Tapi..tak ada la rasa takut pun. Saya niat nak bekam ni kerana Allah, sebab nak dapat pahala sunnah. Yela bekam kan sunnah Nabi hehe.

peralatan untuk bekam
peralatan berbekam
Makcik tu start bekam di bahagian belakang badan. 

STEP 1.
Mula-mula makcik tu sapu ubat kuning dulu bagi buang kuman. Lepas tu, makcik bagi buang angin kat point-point tu. Then, baru lah dia cucuk 15 kali (jangan risau ye, bukan cucuk guna jarum besar dan panjang yang mengerikan macam kat hospital tu ye. Jarum kecil dan halus je). Rasa sakit ke tak? Apa yang saya boleh kata.. sakit time dia cucuk tu seperti sakit bila orang cubit kita je haha. Tak ada laa sakit sampai rasa nak pengsan. Sakit sikit je. And for me lah, kalau nak compare sakit kena cucuk before bekam ni dengan sakit buang blackhead whitehead kat muka.. sakit buang blackhead whitehead tu lagi sakit.

STEP 2.
Okay... lepas dah cucuk tu, dia isi la cup bekam tu. Dia sedut kulit kita dengan cup tu dengan menggunakan alat tertentu. Rasa sakit sikit je. Bak kata saya tadi lah, rasa sakit tu macam rasa sakit dicubit orang je haha. No big deals.

STEP 3.
Then, lepas dah isi cup bekam tu.. dibiarkan selama beberapa minit. Biar darah kotor (darah penyakit, toksik) keluar. 

STEP 4.
Lepastu, makcik tu akan buka cup tu & lap darah pada kulit kita guna tisu. Then, kalau ada darah nak keluar lagi dari tempat bekam tu, makcik tu akan letakkan lagi cup (cup baru + bersih) pada tempat tersebut. Then, makcik tu ulangi proses yang sama sampai darah dah tak keluar dah.

Makcik tu kata ada yang dua kali, ada yang tiga kali tukar cup pada tempat yang sama. Depend orang dan tahap kesihatan juga.

STEP 5.
Selepas dah keluar semua darah, selepas cup pun dah dibuka... Makcik tu akan bersihkan tempat bekam tu dengan antiseptik. Supaya tempat bekam tu tak dijangkiti kuman & bersih. Then, dah bersihkan tempat bekam tu.. makcik tu bubuh gel aloevera di tempat bekam tersebut. Untuk pulihkan tempat dicucuk tadi. 

Finish!

Dah selesai bekam belakang badan, move to bekam di muka pula. Serius nervous + teruja nak try bekam muka. Sebab jarang kita dengar kan bekam muka. Biasa bekam badan je. Takut la juga sebenarnya nak bekam kat muka. Takut sakit wakakaka.

Tapiiii.. tak ada laa sakit mana pun. Lagi sekali, bak kata saya tadi.. rasa sakit macam dicubit orang je hehe. 

Yang paling best nya, kita boleh tengok sendiri muka kita time bekam tu di cermin. Makcik tu bagi cermin suruh kita tengok. Saya pula jenis yang tak takut tengok darah (ada sesetengah orang tu mabuk darah. Ada yang tak boleh tengok langsung darah. Ada yang akan pengsan kalau dia tengok darah). So memang seronok tengok darah keluar dalam cup bekam tu.

Cara dan proses bekam muka ni sama je macam bekam belakang badan yang saya terangkan tadi. Sama je step-step dia. Cuma beza nya.. jarum yang digunakan. Jarum untuk bekam belakang badan lebih besar. Jarum untuk bekam muka kecil je sebab kulit muka lagi nipis berbanding dengan badan kita.

Tapi serius laa. Saya suka sangat dengan cara makcik ni bekam. Sangat teratur, peralatan bekam dia semua bersih-bersih, tempat selesa, lemah lembut, mesra, servis tiptop. Makcik tu kata kebanyakan tempat/kedai bekam lain mana guna antiseptik untuk bersihkan tempat bekam. Mereka guna tisu kasar biasa je (maksudnya, tak bersih). Antiseptik tu bersih lagi suci dan memang alat yang sesuai untuk bersihkan darah.

bekam di seremban
tempat berbekam
Plus, murah je makcik ni charge bekam. Harga bagi 1 cup ialah RM 6. Tempat bekam lain ada yang caj RM 10 for one cup. Kalau kat KL, ada yang pakej bekam badan+muka RM 120. Ni saya bekam belakang badan & muka total RM 78 je. Okay la kan untuk sekali setahun bekam. Semalam mak saya pun berbekam dengan makcik ni. Selepas buat bekam, hilang rasa pening mak saya & badan pun rasa ringan.

Makcik ni kata untuk anak dara macam saya.. boleh la buat bekam badan sekali setahun. Cuma kalau untuk bekam muka, kalau nak bagi kulit muka elok, boleh la buat continuously. 

Untuk yang dah berusia pula, better pergi bekam 3-4 bulan sekali ke. Sebab makin berusia, makin senang dapat penyakit.

And for me la, lagi berbaloi dan lagi bermanfaat kita pergi berbekam berbanding pergi facial treatment. Sebab bekam ni dia keluarkan darah penyakit kotor dalam badan kita. 

Makcik tu cerita lagi.. ada juga customer beliau - wanita yang nak kahwin or bertunang, mereka pergi berbekam muka. Sebab nak naikkan seri wajah di hari berbahagia acewahh haha.

Cuma, kesan selepas bekam ni.. dia ada kesan hitam + macam benjol sikit. Selepas beberapa hari, kesan ni akan hilang lah. Tapi kalau kita bekam kat muka.. kesan bekam di pipi, dagu & cheeckbone cepat sangat hilang. Dalam beberapa jam je kesan dah hilang. Tapi kesan bekam kat dahi ambil lama sikit beberapa hari.

oh, saya ada tanya boleh ke berbekam ketika period (keluar darah haid)? Makcik tu jawab ada sesetengah pakar bekam kata tak boleh. Ada sesetengah kata boleh. Tapi sebaiknya tak payah la bekam semasa datang darah haid. Sebab takut nanti darah yang keluar semasa berbekam sikit je. Dan masa tu kan darah haid tengah keluar. So tak elok berbekam pada waktu yang sama dengan waktu period.

So, pada sesiapa yang berminat nak berbekam dengan makcik ni.. bawah ni ada contact beliau. Ohh, yang lelaki pun kalau nak bekam boleh. Tapi yang laki dibekam oleh suami makcik lah, bukan dengan makcik ni hahaha. 

Details Terapi Bekam Klinikal (Sunnah)

Lokasi: 
1. Kg. Anak Air Durian Daun, Tebong, Negeri Sembilan
2. Blok J-2-10, Taman Seremban Putra, 70400 Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan

No telefon, hubungi:
012-669 2906 / 011-2826 5522 (HAJI DAUD)
016- 345 6531 (HAJAH MARIYA)

Kebaikan/Kelebihan/Manfaat Berbekam:

+ mendapat pahala sunnah
+ mengubat pelbagai penyakit
+ melancarkan peredaran darah
+ membuang angin, toksin dalam darah
+ merawat masalah kelesuan dan meningkatkan kecergasan
+ mengurangkan masalah kesukaran bangun pagi
+ mengurangkan kebas dan lenguh pada kaki
+ melegakan sakit-sakit dan lenguh pada bahu, leher dan pinggang
+ menstabilkan tekanan darah dan gula dalam darah
+ meingkatkan antibodi tubuh / meningkatkan daya tahan penyakit
+ meningkatkan tahap kesuburan

terapi bekam klinikal sunnah
terapi berbekam klinikal (sunnah) 
Okay that's all, adios~! :)

Post a Comment

7 Comments

  1. Teringin jugak nak berbekam ni

    ReplyDelete
  2. elsa ngeri nak berbekam nie huhu. selalu tengok orang buat elsa fikir satu je. tak sakit ke kulit kena tarik dalam acuan tu?! hakhak

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/berhutang-bahagian-akhir.html

    ReplyDelete
  3. Murah juga eh harga berbekam ni.. Saya belum pernah berbekam tapi pengalaman bagi teman kawan saya bekam tu pernah ada..

    Kawan saya tu nak minta urut badan je sebab asyik2 sakit badan. Tapi kena paksa untuk berbekam atas alasan ini sunnah nabi. Sekali dia cas RM20 (kalau tak silap) untuk 1 cup. Masa kena bekam tu kawan saya ada tanya, kalau satu badan punya bekam yang pajeh punya berapa? Dia kata kalau satu badan RM 1000..

    Sejak tu saya tak pernah cuba nak bekam

    ReplyDelete
  4. Dah lama teringin bila tengok orang buat bekam ni. Tapi takut! Hahaha... Lagi lagi muka sebab susah betul nak bagi muka bersih elok, sihat je kulit muka. Emememe nantilah kumpul kekuatan dulu. Ada je pusat bekam dekat area rumah ni. 😁

    ReplyDelete
  5. Cayalah KC, cik mijah dah lama nak buat tapi tak terbuat2 takut sakitttt

    ReplyDelete
  6. teringin nak try tapi menakutkan. paling xsuka kalau tinggal bekas. haha

    ReplyDelete
  7. Kin dah cuba dah tau last year. 12 badan & kaki. 1 kepala. Cukuoq bak ang. Hahaa. Tapi panjang dah rambut area situ. kekekee

    And yes. Ade certain kata depa takda kesan. Tapi kin punya ada kesan kat betis. Tapi tak nampak sgt, nampak mcm cakar2 kucing haluih2 jaaa. hehe

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p