47 Teknik Hindar Gangguan Jin/Syaitan Laknatullah - sayidahnapisahdotcom 47 Teknik Hindar Gangguan Jin/Syaitan Laknatullah
LightBlog

47 Teknik Hindar Gangguan Jin/Syaitan Laknatullah

Pernah dengau Teknik Hindar Gangguan Jin/Syaitan Laknatullah? Haaaa ada 47 teknik hindar gangguan jin/syaitan laknatullah yang boleh kita ambil tahu dan amalkan. Nak tahu apa dia? Let's!

Kuliah Subuh
29/4/17
Mesjid IItihadiah
Ustaz Safarullah

47 Teknik Hindar Gangguan Jin/Syaitan Laknatullah 

Hindar Gangguan Jin/Syaitan Laknatullah
Teknik Hindar Gangguan Jin/Syaitan Laknatullah
1. Jangan sidai baju dalam bilik air. Setan akan masuk ke dalam baju tersebut. Bila kita pakai, kita yang kena.

2. Jangan biar baju di sidai di luar berembum. Biarkan di luar, esok basuh balik baru jemur balik...nanti dia akan ikut masuk dlm rumah. Ambil sebelum maghrib.

3. Jangan biar nasi berterabur di lantai. Jin akan makan. Seolah-olah menjemput masuk dalam rumah, habis makan malam bersihkan.

4. Jangan buka tingkap atau pintu waktu maghrib. Syaitan/jin akan masuk melalui ruang-ruang yang terbuka.

5. Banyakkan bersedekah untuk hindar penyakit...termasuk penyakit hati, hasad dengki.

6. Berhenti seketika ketika perjalanan dalam waktu maghrib. Waktu maghrib merupakan zon merah, banyak setan berkeliaran. Singgah kedai kopi atau masjid.

7. Jangan biarkan anak main luar rumah waktu maghrib.

8. Jangan bercakap dalam tandas. Tandas rumah jin, umpama kita bersembang dengan dia.

9. Jangan kencing berdiri. Jin/syaitan yang disambar petir yang cacat akan sihat semula bila kena air kencing orang berdiri.

10. Tutup kepala bila buang air besar. Setan akan ambik taik dan lumur di atas kepala bila tidak ditutup.

11. Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dengan sudu dan baca bismillah..kalau tutup penuh lagi bagus. Setan akan berak kencing dalam makanan terbuka lama.

12. Jangan makan makanan yang terbuka lama.

13. Jangan tidur kaki menghadap ke kiblat. Tido mengiring ke kanan, badan muka hala ke arah kiblat. Sihir mudah masuk kalau tidur kaki mengadap ke kiblat. Masuk melalui kaki.

14. Jangan gantung gambar bernyawa dlm rumah.

15. Jangan pamerkan patung kecuali mainan anak.

16. Gunakan jam tawaf di rumah. Untuk dptkan aura tawaf. ((1 kes, gantung jam tawaf dalam rumah, 3x jatuh, bila dikaji isterinya ada saka))

jam tawaf
Jam Tawaf Dinding di rumah/office/kedai

jam tawaf macam mana
jam tawaf - arah jaru jam ikut pusingan tawaf

jam tangan tawaf
jam tangan tawaf
17. Amalkan ayat Manzil.

18. Pasangkan CD ayat Ruqyah & bacaan 30 juzuk.

19. Basuh pad wanita sebelum buang dalam tong sampah. Kalau tidak, jin suka makan darah.

20. Jangan makan/minum dengan tangan kiri.

21. Basuh pinggan makan selepas makan malam.

22. Sediakan semburan air yang telah di ruqyahkan untuk persiapan. Kalau jadi apa-apa spray je.

23. Solat jemaah dalam keluarga at least 3x seminggu.

24. Masuk rumah bagi salam, auzubillah, bismillah, masuk kaki kanan.

25. Jangan tidur antara Asar dan Maghrib. Zon oren atau zon kecerdikan. Kalau tidur akan jadi lembap.

26. Peluk isteri suami setiap bangun pagi.

27. Peluk dan cium anak bila pergi sekolah.

28. Tiupkan al fatihah di ubun-ubun anak-anak masa tido dan niatkan.

29. Genggam beras. Selawat 3x, alfatihah 1x, kacau ikut tawaf masa (pusing dari kiri ke kanan) nak masak nasi. Niat . Untuk kebahagiaan.

30. Jangan makan organ dalaman binatang. Contoh hati.

31. Letak ais pada pipi sekali sekala . Zon himunisasi.

32. Mandi ais sekali skala. Mandi sebelah malam. Untuk keluarkan haba panas dalam badan dan kebaikan organ dalaman.

33. Mandi garam pagi dan petang.

34. Pakai minyak kasturi kijang gold sebelum tidur 1 keluarga, jin tak suka wangi-wangian.

35. Digalakkan berhubungan dengan suami/isteri 3x seminggu.

36. Dilarang berhubungan dengan isteri/suami dalam tandas.

37. Amalan zikir asma ul husna.

38. Sedekah selepas subuh. Untuk income byk, banyakkan bersedekah. Zakat dulu di awal bulan.

39. Makan kurma 1 hari 1 biji.

40. Makan garam bukit setiap pagi. Garam untuk neutralkan asid dalam badan.

41. Baca doa untuk lembutkan hati suami isteri..tiup kat ubun dan telinga dia.

42. Baca surah al falaq 11x sebelum tidur, 3 kali ayat qursi.

43. Baca Bismillah 5,  3x sblm makan. Bismillahillazi...terlindung dari santau.

44. Selawat nabi 3x pada Nabi Sulaiman ketika nak ambik daun waktu malam.

45. Pasang lampu ketika tinggal rumah, Jangan biar gelap.

46. Pagar rumah 3x sebulan. Pakai garam.

47. Segalanya serah pada Allah Taala.. Tawakal pada dia...berdoa setiap pagi waktu subuh.

Sumber: Whatsapp


Kebanyakan dari tips tips untuk elak gangguan jin dan syaitan di atas ni saya dah pernah dengar dan juga ada yang diamalkan. Dan ada juga yang tak pernah dengar dan tak pernah amalkan. So, lepas tahu ni.. bertambah la ilmu kita kan. Tak rugi pun kalau kita amalkan. Malah dapat kebaikan dan manfaat pada diri dan keluarga inshaaAllah.

Selamat beramal! :)

Baca juga:

+ surah-surah yang menyakiti jin
+ syaitan yang mengejutkannya solat
+ jenis syaitooonnnirrajiimmm

Post a Comment

1 Comments

  1. Ada yang sy baru tau dan ada yang telah diamalkan 😄 Terima kasih atas perkongsian 😉

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p