Total Pageviews

Doktor kongsi tips - Senarai Ubat-Ubatan OTC Yang Perlu Bawa Balik Kampung!

by - June 22, 2017
Biasa lah hari raya kan. Makan tak beringat, jalan sana sini, travel jejauh balik kampung, duduk lama dalam kereta, panas terik ketika beraya dari rumah ke rumah, marhaban semua.. so, kemungkinan untuk dapat sakit tu tinggi. Sakit kepala, sakit perut, senak perut, sakit tekak, sakit dada, angin badan. Thats why kena standby ubat-ubat yang boleh tolong time kita sakit nanti. Yela kan, takut kat kampung nanti klinik/farmasi tutup pula. Haa kan dah susah.


Doktor kongsi tips - Senarai Ubat-Ubatan OTC* Yang Perlu Bawa Balik Kampung!

*OTC = Over The Counter
Doktor kongsi tips - Senarai Ubat-Ubatan OTC Yang Perlu Bawa Balik Kampung!
Doktor kongsi tips - Senarai Ubat-Ubatan OTC Yang Perlu Bawa Balik Kampung! [credit image: siakapkeli.my]


Sebelum balik kampung berhari raya, pasti kan sedia kan stok ubat ubatan ringkas ni yang mana sangat berguna ketika saat saat amat diperlukan (klinik / farmasi tutup sebab raya). Ubat ubatan ni mostly over the counter medication yang korang boleh beli tanpa doctor prescription (di farmasi). Boleh juga jumpa doktor korang awal awal dan mintak ubat ubat ni siap siap sebelum balik kampung.

Berikut adalah senarai ubat ubat "over the counter, OTC" yang anda perlu bawa balik kampung. Ubatan OTC tak perlu priskripsi doctor, boleh beli sahaja di farmasi, atau jumpa aja lah doktor GP kegemaran anda, dan minta stok untuk raya ni..

1- Paracetamol (PCM)

Iaitu Panadol (brand name paling famous). Ubat demam.

Sebenarnya, ia juga berfungsi sebagai ubat tahan sakit (pain killer). Jangan simply makan painkiller time raya (kecuali dah sakit sangat / tak jalan makan Paracetamol), sebabnya perut kita time raya akan jadi manja.. disumbat ketupat rendang lemang air gas bagai... Ponstan yang selama ni kita makan OK aja, boleh menyebabkan sebu perut/ pedih perut bila dimakan di hari raya.


Dan Paracetamol sangat berguna untuk dibawa balik kampung kalau ada anak kecil yang boleh mudah dapat demam sebab kampung time raya crowded dengan sanak saudara. Pastikan korang tahu dos Paracetamol (berapa mL) untuk diberi kepada anak kecil. Tanya doktor yang biasa korang jumpa (perlu timbang berat).

Gunanya: demam / pening / tahan sakit

2- Anti histamine.

Seperti: Loratadine/Cetrizine. Brand name paling biasa antaranya Clarinase/ Zyrtec/ Aerius/ Claritin.

List yang disenaraikan di atas ni ialah jenis yang non drowsy (tak menyebabkan ngantuk).

Ubat antihistamine ini banyak gunanya. Iaitu ubat untuk:
(1) Kurangkan gatal
(2) Rawat selsema/ bersin

Ada 2 jenis. yang menyebabkan mengantuk & yang tak mengantuk.

Antara jenis yang mengantuk: Piriton.

Yang tak mengantuk: Clarinase, Telfast, Cetrizin.

Kita gunakan anti histamine untuk selsema & tahan gatal.

Gatal datang tak tentu masa. Rumah di kampung mungkin jarang jenguk (banyak habuk), so potensi untuk bersin gatal hidung tinggi. Kalau balik kampung kemas rumah berhabuk anda resdung, makan lah loratadine (plus guna face mask).

Kalau makan rendang kerang anda allergic gatal badan, makan lah loratadineYang ada alahan makanan lagi lah perlu standby ubat anti histamine.

Kalau nak yang mengantuk (contohnya supaya boleh lena tidur sebab gatal sangat), boleh beli Piriton. 

3- Hyoscine butylbromide.

Brand name paling femes ialah Buscopan Iaitu ubat sakit perut/ senak perut.

Gunanya?

Obviously sangat berguna di saat kita over eat juadah raya. Sangat berguna untuk sakit perut/ senak perut/ pedih perut.

4- Charcoal.

Iaitu pil arang. Warnanya hitam.

Sangat mujarab untuk absorb gas berlebihan dalam perut (bukan untuk angin dalam badan/ sakit sakit badan ya.. sakit otot sendi badan bukan disebabkan angin)

Sangat berguna seakan akan fungsi Eno.


Dan kalau cirit birit, memang elok di ambil bersama pil Charcoal ni.

Sangat berguna untuk anda combine dengan Buscopan jika perut sebu / bloated/ senak sebab banyak makan rendang.

5- ORS (Oral Rehydration Salt)

Iaitu air garam. Dalam bentuk sachet. Sangat perlu kalau anda cirit birit sebab salah makan. Berguna juga kalau demam panas, body dehydrated.

Sangat penting dalam kes cirit birit untuk elak dehydration.

6- Loperamide .

Brand name paling biasa Imodium / Lomotil/ Dhamotil.

Ini ialah pil untuk cirit birit. Kalau teruk sangat cirit, selain ORS, gunakan juga pil Imodium.

7- Ubat antacid

Biasa di negara kita orang panggil "air kapur" sebab warna nya putih. Bagus untuk pedih ulu hati / gastrik / angin. Brand biasa di sini antaranya Zellox / Gaviscon.

8- Topical Pain Killer

Iaitu ubat tahan sakit otot/ sakit lenguh-lenguh badan dalam bentuk gel/ krim. Macam macam jenis....

Antaranya Flanil, Panaflex, Voren gel.


So kalau sakit badan driving jauh atau lepas masuk hutan cari buluh lemang, sapulah krim ni.

9- Analgesic

Iaitu ubat tahan sakit/ painkiller. Terdapat terlalu banyak jenis ubat tahan sakit/ pain killer.

Kalau boleh, cuba gunakan dulu Panadol. Kalau sakit sangat, then beli lah pain killer yang boleh didapati di farmasi macam Mefenemic acid, brand biasa Ponstan

Perlu di ingatkan! JANGAN SEBARANGAN GUNA PAIN KILLER. Hati hati kepada yang ada gastrik/ masalah kidney/ etc.. kena rujuk doktor anda.

Pengambilan pain killer terlalu kerap pun bahaya boleh menyebabkan antara lain kerosakan kidney & ulcer dalam perut

Kalau Ponstan pun tak jalan dengan anda (anda ada sakit yang kronik macam slipped disc / lepas accident), maka anda perlu ambil painkiller newer generation yang lebih power (dan perlukan preskripsi doktor).

Untuk pain killer, tolong jumpa doctor dan minta nasihat yang mana sesuai untuk anda. Cautions buat yang ada masalah gastrik/ perut sensitif, tak boleh simply telan pain killer yang sedara korang bagi masa kat kampung. Jugak buat mereka yang ada masalah kidney.

Antara analgesic yang biasa ialah Ponstan, Voltaren, Ibuprofen, Synflex.


Yang lebih menjaga perut atau untuk orang gastrik: Arcoxia, Celebrex. Dan painkiller jenis ini lebih kuat. Dos hanya sehari sekali.

10- Calamine lotion

Iaitu lotion penahan gatal.

Sangat berguna especially kalau ada anak kecil yang kulitnya mudah sensitif/ gatal gatal.

Mungkin kena asap bunga api kulit jadi gatal. Mungkin sebab berguling atas rumput main dengan cousin kulit jadi gatal, simple rash sebab panas.. Maka sapu lah Calamine lotion. tepek aja calamine lotion. Mengurangkan gatal dan menyejukkan kulit.

Dan mungkin juga perlu beri ubat Antihistamine untuk kurangkan gatal (tanya doktor awal-awal berapa dos syrup antihistamine untuk anak anda).

11. Normal Saline Eye Drop


Iaitu air larutan garam (normal saline) yang boleh diguna untuk dititis dalam mata... contoh mata alah kena habuk masa kacau dodol. So, first aid nya, cuci mata dengan normal saline eye drop dulu. Kalau pedih sangat mata/ merah teruk, sila lah jumpa doktor.

** List ubat ubatan ini (kecuali no.10&11) ialah dalam bentuk oral/pil. Jadi persediaan ini ialah untuk orang dewasa. Untuk kanak kanak/ baby, sila bawa jumpa doktor untuk exact dose.

*** List ini ialah sekadar ubat standby untuk balik kampung. Jangan self treated kalau tiada ilmu. Jumpa doktor kalau tak pasti/sakit melarat. Jangan main agak-agak/belajar kat Google/tanya orang yang bukan bidangnya.

UBAT APA YANG TAK PERLU BAWAK/ TAK PAYAH STANDBY AWAL

Memang kerap juga aku diminta oleh patient untuk dibekalkan dengan ANTIBIOTIK. Alasan mereka, nanti kalau demam batuk ke, senang kat kampung dah ada antibiotic...cepat sembuh. Mereka ini anggap antibiotik as magic drug.

Jawapannya, TAK BOLEH ya.
Kebanyakkan kes demam batuk selsema disebabkan jangkitan virus, so tak perlu antibiotic. Dan kalau perlu pun antibiotik, anda perlu diperiksa dulu oleh doktor untuk kenalpasti apa sakitnya, dan baru doktor boleh decide which antibiotic to use.

JANGAN LUPA BAWA UBAT UBAT UNTUK PENYAKIT KRONIK YANG SEDIA ADA


Yang ada diabetes, Hypertension, Asthma, Eczema....ni antara penyakit yang kena standby bawak balik ubat ke kampung. Kira betul-betul ubat dan bilangan hari anda balik kampung. Dan simpan betul-betul, ingat kat beg mana disimpan ubatnya. Banyak kali juga jumpa kes pesakit tak terkawal Blood Pressure (darah tinggi) atau gula nya sebab tak makan ubat, sebab lupa ubat simpan kat mana.

TAMBAHAN TIPS

+ standby CAFFOX untuk migrain
+ if baby selsema sikit dan for baby less than 2 years old, tak perlu ubat. just sterimar spray.. or sedut je Doc kata hehe.
+ jangan lupa bawa inhaler untuk case yang ada asthma.

Semoga bermanfaat! Selamat pulang ke kampung! :)


p/s: tips ni juga boleh di-apply oleh para pelancong/ kaki travel atau mereka yang mahu mengerjakan umrah/ haji.

You May Also Like

1 comments

  1. Kene cari Anti histamine ni.
    Kaklong ni alergic gak dengan makanan laut dan sos ikan, sos udang camtu..

    TQ berkongsi info ^_^

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p