Hukum Pakai Minyak Wangi Beralkohol Ketika Solat - sayidahnapisahdotcom Hukum Pakai Minyak Wangi Beralkohol Ketika Solat
LightBlog

Hukum Pakai Minyak Wangi Beralkohol Ketika Solat

Mungkin ada yang dah jelas berkaitan dengan hukum pemakaian minyak wangi beralkohol ketika solat dan mungkin ada yang kurang jelas & tidak pasti boleh atau tidak membawa/ memakai minyak wangi beralkohol ketika solat.

Soalan-soalan yang sering ditanya ataupun kekeliruan yang sering kita dengar dalam masyarakat Melayu Islam kita :

Apa hukum memakai minyak wangi mengandungi alkohol ketika solat?
Apakah hukum memakai minyak wangi beralkohol ketika solat?
Bolehkah pakai minyak wangi alkohol ketika solat?
Apa hukum guna minyak wangi semasa solat?
Sahkah solat jika memakai perfume mengandungi alkohol semasa solat?
Bolehkah pakai minyak wangi untuk solat?
Apa hukum memakai minyak wangi mengandungi alkohol, pakai minyak rambut mengandungi alkohol ketika solat?


Hukum Pakai Minyak Wangi Beralkohol Ketika Solat

Hukum Pakai Minyak Wangi Beralkohol Ketika Solat
Hukum Pakai Minyak Wangi Beralkohol Ketika Solat
Saya ada dengar ceramah di Radio Ikim.fm yang mengatakan boleh memakai perfume beralkohol ketika solat. Tapi memandangkan saya lupa reason ustaz tu apa hahahaha, so saya pun search dan kaji beberapa jawapan daripada ustaz-ustaz dan penceramah yang alim.

This is their answers..


Dr. Rozaimi Ramle (Pensyarah Hadis UPSI)

"Bagi mereka yang memegang pendapat 'alkohol itu najis', maka ramai orang tanya "apa hukum pakai perfume ada alkohol?". Perfume yang ada alkohol tu kan, kalau dia pegang pendapat 'arak itu najis', boleh tak pakai?

Boleh.

Kerana alkohol dalam perfume tu bukan alkohol dalam arak. Alkohol dalam perfume tu adalah alkohol yang dibuat dalam makmal. Bukan alkohol yang berasaskan kepada tindakbalas jus dengan yeast apa benda ntah kan. Jadi, dia ada dua tu.. satu methanol, satu ethanol. Alkohol yang dalam perfume tu tak boleh minum. Kalau tuan-tuan minum satu tenguk membahayakan. Kalau minum 1 liter memang kojol lah. Secara adatnya, memang tak boleh minum lah. Bahaya. Dia racun. 

Jadi, perfume yang ada alkohol ni tak termasuk dalam perbahasan najis ke tak najis kerana alkohol walaupun nama dia sama  alkohol tetapi dia yang lain."



Ustaz Harun Din (dalam rancangan agama - Tanyalah Ustaz)

Soalan: Adakah minyak wangi beralkohol boleh digunakan dalam solat?

Jawapan:

 "............... Bahkan ada hadis mengatakan digalakkan pakai minyak wangi (ketika solat). Minyak wangi mana? Minyak wangi altar; yang tiada alkohol. Cuma soalannya.. bila pakai minyak wangi yang ada alkohol sekarang ni; yang spray tu.. Ada DUA PENDAPAT:

1. Tidak boleh sama sekali sebab alkohol najis.

2. Boleh. Guru saya dulu kata boleh sebab ..

(i) alkohol yang ada dalam minyak wangi bukan alkohol yang najis, yang arak tu. Dia (spray perfume) minyak.
(ii) bila kita spray, sebelum dia kena baju kita, alkohol tu dah habis dah. Yang kena hanya wangi-wangian sahaja. Jadi, maknanya yang kena bukan alkohol.
Tu sebab dia kata harus (guna minyak wangi dalam solat).

Jadi.. ada DUA PENDAPAT. Kesimpulannya, ada pendapat kata HARUS, boleh pakai. Ada pendapat kata tak boleh pakai. 

Kalau macam tu, kita nak pakai yang mana?
-- kalau kita rasa "oh saya pegang pendapat yang kata boleh ".. pakai lah.
-- kalau rasa syak "eh ustaz alkohol tu ada najis ustaz".. haa toksah pakai. Senang."


Hukum Pakai Minyak Wangi Beralkohol Ketika Solat
Hukum Pakai Minyak Wangi Beralkohol Ketika Solat
DR. ASRI

"Kita pakai perfume yang ada alkohol. Ada perbezaan pendapat dalam kalangan fuqahak. 

Sebahagian fuqahak kata tak najis. Saya sokong pendapat yang ni kerana bukan semua yang haram itu najis. Emas haram lelaki pakai tapi tak najis. Sutera haram lelaki pakai tapi tidak najis. Kita pergi pokok mana-mana dalam hutan ke, makan-makan mabuk. Kalau kita ambil buah pokok tu dalam poket, sembahyang sah tak? Sah. Kita ambil daun ketum masuk dalam poket, sembahyang sah tak? Sah. Bubuh daun ganja dalam poket sembahyang sah tak? Sah, walaupun makan tak boleh. Beri kesan yang lain."

Penjelasan penuh dan lebih details Dr Asri: https://www.youtube.com/watch?v=qkUx90HFyQE



Ustaz Fauzi Mustafa

Hukum Pakai Minyak Wangi Beralkohol Ketika Solat
Sah solat guna pewangi beralkohol - Ustaz Fauzi Mustafa
So... Semoga kita semua jelas lah lepas ni ye berkaitan dengan perkara ini dan tak ragu-ragu lagi hehehhee. Lepas ni kalau ada orang nak argue dengan kita berkaitan minyak wangi alkohol, tunjuk je entri ni hahaha.

Post a Comment

4 Comments

  1. Senang je kan, kalau rasa nak pakai guna lah hukum harus

    ReplyDelete
  2. Islam itu mudah tapi jangan amik mudah

    ReplyDelete
  3. Kan.. padahal alkohol Tu haram jika minum Dan mabuk. Kalau pakai mana mabuk

    ReplyDelete
  4. Kalau macam tu, kita boleh pakai mana2 perfume lah kan. Terima kasih atas kompilasi pendapat tu :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p