Lirik Lagu Demi Kita - Ismail Izzani

by - October 05, 2017
Ingat tak lagu first single Ismail Izzani "jangan menangis sayangku.. ini hanyalah sementara. berdoalah pada Yang Esa, terus menahan sabar. agar bahagia di sana.." (nyanyi sendiri lah ye hahahaha)? Hits juga lagu Sabar tu. Views kat Youtube dah cecah 17 juta. Then, sekarang Ismail Izzani muncul lagi dengan single baru bertajuk --cDemi Kita. 

As usual, muzik dan melodi lagu Ismail Izzani memang kena dengan taste saya hahahaha. Dan setiap lagu yang beliau nyanyi, mesti beliau sumbangkan lirik sekali a.k.a menjadi penulis lirik bersama. Thats one thing I like about him.

Lagi satu yang saya suka dengan Ismail Izzani ni adalah beliau mesti selitkan satu ayat Al-Quran yang berkaitan dengan lagu ke dalam video (official lyric or music video) beliau. Sebelum ni, beliau masukkan surah Al-Baqarah ayat 153 di penghujung MV lagu Sabar. Yang lagu Demi Kita ni, beliau masukkan surah Al-Baqarah ayat 216 di awal video.


".. Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah, Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya."


Demi Kita - Ismail Izzani

Lirik Lagu Demi Kita - Ismail Izzani
Demi Kita - Ismail Izzani
Official Lyrics Video Ismail Izzani - Demi Kita


Lirik Lagu DEMI KITA - ISMAIL IZZANI


Verse
Biar waktu tentu
Takdir kau dan aku
Biar hati jadi
Saksi bersamamu

Pre
Namun aku
Tak sanggup merelakan
Hancur semua
Namun ku
Tahu yang kau harus ku lepaskan

Chorus
Biar kan semua
Kenangan yang indah
Akan selalu ada
Kau dan aku bersama...

Biarkan lah sayang
Cinta kita hilang
Walau kita tak rela
Tinggalkannya demi kita,
Demi kita

Verse 2
Ku doakan
Kau terus
Dengan jalan yang baru
Andai itu
Adalah yang terbaik untukmu

Repeat Pre & Chorus

Bridge
Lepaskanlah, biarkanlah
Cinta kita berakhir
T’lah tertulis mungkin kita
Kan bersama semula

Composer: Omar K, Ezra Kong, Adib Hamdi
Lyrics: Omar K, Adib Hamdi, Ismail Izzani

Lirik Lagu Demi Kita - Ismail Izzani
Demi Kita - Ismail Izzani
Best kan lagu ni? Sekali dengar, nak dengar lagi dan lagi lepas tu hehehe. Jadi OST drama pun sesuai gak ni. Haahaha.

Okay lah. Daaa~ wassalam :)

BACA JUGA: tak jemu dengar lagu Sabar - Ismail Izzani

UPDATE:

Official Music Video Ismail Izzani - Demi Kita dah keluar di YouTube!


Paling best MV Demi Kita ni adalah part last bila Ismail Izzani kata kat seorang wanita (disyaki perempuan tersebut adalah awek beliau - Sharifah Rose)..

Seems impossible
You never lose by loving
You only lose by holding back
While waiting
For the impossible to happen
Demi kita..

Plus, as usual, as I said before, video Ismail Izzani, mesti ada selit a reminder...

Prophet Muhammad S.A.W:
If Allah wants to do good to somebody, He afflicts him with trials.
(Sahih Bukhari)

You May Also Like

2 comments

  1. bait-bait lirik yang bermakna juga. nti akk dengar dlu lagu ni. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sayidah...menarik kn...best dengar...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p