Resepi Talapia Masak Masam Manis

by - October 21, 2017
Assalamualaikum dan selamat sejahtera~! Haaa makan tengahari apa tu nanti? Ada yang makan tengahari nanti lauk ikan talapia merah ka? Bagi korang kan..  ikan talapia merah masak apa sedap? Stim? Kicap cili api? Masak lemak? Talapia 3 rasa? Sambal sos? Macam-macam boleh kan hahaha. Semua sodap, semua mengena dengan tekak dan perut. Tapi kalini saya nak share resepi talapia masak masam manis. Sebenarnya dah lama nak masuk kat dalam blog cara-cara memasaknya. Sebab kakyong saya ada masak ikan talapia masam masam manis ni time Raya Haji haritu. Sekarang baru lah berkelapangan nak update sini. So... Lets check it out!


Resepi Talapia Masak Masam Manis

Resepi Talapia Masak Masam Manis
Resepi Talapia Masak Masam Manis

RESEPI TALAPIA MASAK MASAM MANIS

Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus


Bahan-bahan:
2 ekor talapia merah
2 keping potongan nenas dalam tin - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
1 pokok daun ketumbar - dihiris
2 helai daun limau purut - dihiris
6 biji cili api merah - hiris
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1/2 cawan air
2 biji bawang besar - dicincang
4 ulas bawang putih - dicincang
1 inch halia - dihiris
Garam dan gula secukupnya


Cara-cara:
1. Ikan dibersihkan kemudian dilumur bersama kunyit dan garam. Goreng hingga kekuningan.
2. Tumis semua bahan yang dicincang hingga wangi kemudan masukkan cili kisar. Kacau rata.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, tomato biji dan nenas. Tuangkan air.
4. Perasakan garam dan gula secukupnya.
5. Taburkan daun limau dan daun ketumbar.
6. Tuang keatas ikan yang telah digoreng.
7. Sedia dihidang.

p/s: Selamat mencuba resepi ikan talapia masak masam manis ni! Kakyong saya follow resepi ni haritu, hasilnya sedap gilos tau! Okay mungkin juga sebab saya yang tolong kakyong masak, tu yang sedap tu kekekekkeke. Kbai! :P

Resepi Talapia Masak Masam Manis
Resepi Talapia Masak Masam Manis menjadi!
Resepi Talapia Masak Masam Manis
siap dihidang Talapia Masak Masam Manis!
Resepi Talapia Masak Masam Manis
Ikan Talapia Masak Masam Manis
BACA JUGA:



You May Also Like

5 comments

  1. yuhuuu... sedapnya... ni menu xleh nak diet... hehe

    ReplyDelete
  2. Last week baru masak masam manis, abah akak mancibg dpt besar2...goreng berlada pun sedap KC

    ReplyDelete
  3. emmmmm sedapnya. nasib baik dah makan dah. hehehee

    ReplyDelete
  4. Oh ikan talapia pun sedap buat masak masam manis ye, belum pernah cuba lagi. Selalu masak sambal jer

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p