Total Pageviews

antara 'azab' jadi seorang cikgu...

by - May 16, 2018
So far saya dah jadi cikgu tutor lebih kurang 2 tahun, baru tahu 'azab'nya jadi seorang tenaga pengajar (cikgu/pensyarah) ni bila student..
antara 'azab' jadi seorang cikgu...

antara 'azab' jadi seorang cikgu..

1. tak siapkan homework yang diberi
- tak mencuba langsung dah kata susah.
- tak sentuh langsung pun kat rumah/asrama. bukan sebab busy tapi sebab malas.

2. pasif time class
- tanya sepatah, separuh patah dia jawab.
- bila tanya faham ke tak faham, dia angguk faham. bila suruh buat soalan geleng geleng tak faham. eh eh.
- bila tanya ada apa apa soalan tak, geleng tak ada. bila uji sikit dengan latihan, tak tahu nak buat.
- tak bertanya langsung.

3. lambat datang kelas
- cikgu boleh on time, tapi kenapa tidak student?

4. taknak usaha
- semua nak suap. tak ada effort pun nak belek belek buku teks/ buku nota kalau jumpa soalan susah.
- kita dah bagi hint, tapi still tak berusaha untuk buat.

5. taknak study
- dah tahu jenis yang cepat lupa, taknak revise walaupun dah disuruh banyak kali.
- jenis yang 'lemah', bila disuruh study sikit, tak buat pun

6. tunjuk pandai
- bila kita nak tunjuk cara yang betul, susah nak terima
- bila kita tegur dia salah, dia tunjuk ekspresi "aku tahu lah"
- bila kita nasihat suruh improve kelemahan dia, dia buat muka

7. mak/ayah student mengharap kita untuk ajar anaknya tapi anaknya..? effort takde.
Bertambah azab bila saya ni jenis yang tak pandai nak garang, tak pandai buat muka garang, nak acah acah garang pun macam apa je hahaha.

Bila dah jadi cikgu ni, baru faham rasanya. Faham apa rasanya bila student buat hal hal di atas. Bukan semua pelajar macam tu tapi beberapa. Bukan nak kutuk, tapi itulah antara cabaran-cabaran yang dihadapi para pengajar, cikgu, pensyarah. Kena tahu so that kita lebih menghargai para cikgu & pensyarah kita gituww.

SELAMAT HARI GURU pada semua cikgu cikgi di dunia ini (secara rasmi dan tidak rasmi) terutamanya kepada cikgu-cikgu &pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar saya.
SEK KEB SG KERTAS,
SEK MENENGAH SG KERTAS,
MATRIK SELANGOR,
UPM.

Terima kasih semua. May God bless you all!
antara 'azab' jadi seorang cikgu...

BACA JUGA:

You May Also Like

2 comments

  1. mcm stress je jadi cikgu. tp ada juga part best nya kannn.

    ReplyDelete
  2. This really interesting post. Thanks for sharing!

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p