"kalau akak bijak.. bulan apa yang ada 28 hari?"

by - June 10, 2017
Sebelum ni kan saya ada cerita tentang sorang budak student tutor saya kenakan saya dengan soalan dia yang tricky. Siapa yang tak baca lagi boleh baca kat entri sini -> "cepat la jawab kak.. akak bijak tak?". Okay so kisahnya.. pagi tadi saya terkena lagi dengan budak tu hahaha. Kali ni, kakak dia join sekali kenakan saya =.=


"kalau akak bijak.. bulan apa yang ada 28 hari?"


"kalau akak bijak.. bulan apa yang ada 28 hari?"
gambar sekadar hiasan
Al kisahhh..

Memandangkan pagi tadi si pelajar laki tahun 4, Afiq & kakaknya tahun 5, Alia sedang buat latihan topik Matematik 'masa'. So, saya suruh la mereka hafal basic (asas) yang sangat penting yang perlu tahu dalam topik tu contohnya :
1minggu = 7 hari, 
1 hari=24 jam, 
1 jam=60 minit, 
1 minit = 60 saat, 
1 jam = 3600 saat, 
1 tahun = 12 bulan.

Dan timbul lah idea mereka untuk kenakan saya..

"akak.. saya nak tanya ni" - Afiq mula kan muqaddimahnya. 

Saya pun tak tahu laa dia nak kenakan saya, so dengan innocentnya saya jawab - "apa dia?"

"saya nak bagi teka teki ni.. bulan apa yang ada 28 hari?" - dia sengih-sengih.

Dengan cepat dan yakinnya saya jawab - "Februari".

Dia geleng geleng. - "bukan Februari"

Aikkk. - "betul lah bulan Februari ada 28 hari".

Kakak dia si Alia menyampuk keriangan - "bukan la kak. bukan bulan Februari" sambil tergelak gelak.

Aku fikir lagi. adoiii apa dia ek bulan yang ada 28 hari selain bulan Feb. Saya cuba nasib lagi - "Feb!"

Afiq dan Alia serentak - "salahhhhh"

Saya tak nak kalah, saya jawab la - "betul laaa bulan Februari. Mana ada bulan lain dah yang 28 hari"

Afiq dah tersenyum kemenangan - "bukann. Haa kalau akak bijak.. bulan apa yang ada 28 hari? Kalau akak tak boleh jawab, akak tak bijak."

Amboi budak niii. kecik besar kecik besar besar je aku tengok kau tau hahaha. Si Alia tu pun saya tengok dah tersenyum kemenangan. 
Dia ngan Afiq kata - "kalau tak tahu, give up jelah kak"

Afiq tambah perisa lagi - "cakap jela give up kak. takyah buat pandai. takpee. Hahaha"

Kau kan afiq =.= "okay la akak give up. Apa jawapannya?"

Afiq - "semua bulan lah ada 28 hari kak. Bukan Februari je. Januari Mac semua ada 28 hari jugak. HAHAHAHAHHAAHA"

Wehh, jahat gilosss! Hahahaha saya pun join budak dua orang tu gelak sama. Sebab tak terfikir langsung jawapan tu haha.

tutor matematik
Ini lah si Alia dan Afiq :)
Saya ingat dah stop dah. Tapi.. Afiq tanya lagi - "okay ni pulak kak. 1 tahun ada berapa bulan?"

Alia pun tergelak kesukaan - "ohh yang ni! Ha'ah kak.. 1 tahun ada berapa bulan?"

Saya pun jawab jelah - "1 tahun ada 12 bulan lah"

Dua-dua jawab - "SALAH!"

Errrmmmmm ermmm saya fikir lagi. Apa dia ekk. Masa ni lah I wish I can think out of the box untuk jawab teka teki dorang ni haha. Saya jawab la jawapan yang sama cuba nasib - "betul laaa 1 tahun ada 12 bulan."

Dorang geleng kepala sambil sengih macam kerang busuk - "bukannn."

=.= Apa dia ek? Jenuh pikio tapi tak tahu so - "akak give up. tak tahu"

Afiq jawab - "1 tahun ada 1 bulan lah"

Den pelik. Haa? - "kenapa?"

- "yelaaa kita kan ada 1 bulan(moon) je. Mana ada 1 tahun ada 12 bulan(moon). HAHAHAHAHAHAH"

=.= okay foineee afiq ngan alia. Korang menang hahahaha. Tapi lepas saya dengar jawapan tu saya pun terkekekekeke ketawa, hampir nak keluar air mata gelak haha.

Macam-macam la dorang ni. Lepastu dah. Saya suruh Afiq fokus balik buat soalan latihan kat buku dan Alia fokus balik go through kertas 1 ujian dia.

-THE END-


Sabau jelah haha. Korang terkena juga tak? :P

matematik tutor seremban
boleh contact saya jika mencari tutor Matematik/Matematik Tambahan (Seremban)

You May Also Like

4 comments

  1. Wow, impressed. Bijak anak murid awak.

    ReplyDelete
  2. Bijaknya adik-adik ni hehehe. salam perkenalan dari saya :) Jemput datang ke blog saya :)http://missaziemah.blogspot.my/2017/06/apa-terjadi-kalau-update-done-terawih.html

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p