Total Pageviews

Cerita Seram Dialog dengan Iblis Laknatullah | TRUE STORY

by - June 09, 2018
Cerita Seram Dialog dengan Iblis Laknatullah | Biasanya saya publish entri seram malam malam kann? tapi memandangkan cerita seram based on true story yang saya baru jumpa di twitter ni memang seram meremang tegak bulu roma.. so, saya kongsi time cuaca luar masih cerah lah ye (tapi ni dah makin mendung ni) hahaha.

Kisah benar seram ini bukan hak milik saya tentunya tetapi diceritakan oleh kawan kepada si A. Si A ni lah yang kena. Si A ni lah yang berdialog dengan iblis. Kenapa A ni boleh kena semua okay, jom dengar cerita beliau!

P/S: cerita ini saya kongsikan bertujuan untuk memberi pengajaran & iktibar kepada kita semua ye. Bukannya untuk menakutkan dan mengecutkan hati anda (dan saya). Diharap kita dapat mesej yang hendak disampaikan. Apakah mesej itu? Baca sampai habis. Ataupun scroll laju laju sampai ke hujung untuk tahu mesej si A ni hehe. 


Cerita Seram Dialog dengan Iblis Laknatullah | TRUE STORY

A pernah bagitahu aku, dia dulu pernah berdialog dengan iblis. Her life was a mess. Kisah dia lebih kurang dengan Exorcism of Emily Rose. But she survived. #threadseram #thread #bebenang

this gonna be a damn long thread. enjoy.
Cerita Seram Dialog dengan Iblis Laknatullah | TRUE STORY
Cerita Seram Dialog dengan Iblis Laknatullah | TRUE STORY [gambar sekadar hiasan]
Aku kenal A since kecik-kecik. So, I know everything about her. Dia asalnya taknak share story dia ni sebab trauma. But, dia ada mesej penting from her story. So, sekarang ni baru dia rasa terbukak hati nak share.

A ni someone yang lain daripada orang lain. Sensitif kat benda-benda sekeliling. Sejak kecik dia boleh nampak makhluk halus. Dia tak syak apa-apa. Sebab dah terbiasa. Dia cakap dengan aku, kadang-kadang dia tak boleh beza hantu dengan manusia. Sebab, rupa dorang lebih kurang sama je. Wallahualam. Haha.

Long story short, bila dia dah habis SPM and masuk Universiti (Uni), dia ni tak ramai kawan. Orang kenal dia, tapi dia jarang lepak dengan orang. Dia suka menyendiri. Dia boleh jalan sorang-sorang keliling Uni dia pukul 1 - 2 pagi, and nothing happened to her.

Dia kata, bila jalan malam-malam sorang-sorang kat Uni dia tu, dia tak sorang-sorang. Ada je 'kawan' lain teman. Kalau ada makhluk lain nak ganggu dia, 'kawan' dia tu akan protect dia. So, dia selamat daripada gangguan benda & manusia.

Little that she knows, that 'kawan' has another agenda. Ye, benda tu saka. And that saka wants her. Saka tu sentiasa buat orang tak nak dekat dengan A. Saka tu memang sengaja buat A ni suka sorang-sorang. She thinks its normal. But dia punya tahap loner tu lain macam.

A tak nak balik rumah sepanjang dia dah masuk Uni. Lepas SPM tu, berapa kali je dia balik tu pun terpaksa. Sebab dia dah suka sangat berjauhan daripada family and selesa sorang-sorang. Dia cakap, rimas balik rumah annoyed dengan family dia. Asyik nak gaduh je nanti.

Benda ni berlanjutan sampai dia 1st year degree. Lepas habis 1 sem degree, sebab cuti panjang, dia kena balik la. Then.. bila balik dia asyik nak mengamuk sebab tanpa pengetahuan dia, mak dia dah berbulan pasang ruqyah setiap hari. So bila dia balik, dia panas and rasa baran memanjang.

Since rumah dia tu dah dipagar dengan Ruqyah, benda dalam badan dia rimas. Dia susah tido, setiap kali nak tido mak dia pasangkan Ruqyah and dia rasa panas satu badan. Esoknya marah marah. Then mak dia pun decide nak bawak dia pergi berubat kat pusat prubatan islam apa tah aku lupa.

Dia cakap hari nak pergi pusat rawatan tu, dia punya baran lain macam. Tak jumpa serkup tudung dia boleh hentak-hentak campak semua barang dalam bilik dia. Mak dia time tu dah suspect la anak dia ni ada benda kacau. Tapi, A tak sedar. Yela, benda tu dah lama kot dalam badan dia. Sejak kecik.

Then, tiba kat pusat rawatan, ada 2 bahagian. First, dia disuruh buat ujian psikologi. Ujian tu menunjukkn dia normal. Pastu ada satu lagi form kena isi. Form tu ada list tanda-tanda ada gangguan. Tapi orang tu tak bagitau. Just suruh A tanda je. Lepas tu, orang tu kata A ni dah teruk gangguannya.

Sebab A punya result, dia tanda banyak gila. about 90% dalam banyak banyak tanda-tanda gangguan tu. Then, orang tu suruh pergi bilik sebelah. Bilik sebelah tu ada lah ustaz yang dah bersedia nak merawat A. A cakap masa dia masuk bilik tu dia rasa bengang memanjang. Tapi sebab mak suruh dia turutkan.

Then, ustaz pun mula lah membaca ayat-ayat Quran. Biasa orang kalau kena gangguan ni menangis. Tapi, A ni tidak menangis. Kau tau dia buat apa? Dia mengaum macam singa. Kira macam menjerit marah yang datang dari lubuk hati lah cite dia.
Cerita Seram Dialog dengan Iblis Laknatullah | TRUE STORY
Cerita Seram Dialog dengan Iblis Laknatullah | TRUE STORY [gambar sekadar hiasan]
Scene dia lebih kurang macam ni tapi dia takde la mencakar dinding sebab awal awal mak dia dah peluk. But, after few fights, dia mengerekot sebijik macam Emily Rose dalam scene aku share kan ni. Tak tipu sebab aku ada gak time tu.

 
Lepas first fight tu, A pun sedar. Ustaz bagi balik. Tapi, ustaz rasa benda tu masih ada. So ustaz pun buatlah appointment. Beberapa hari kemudian, ustaz datang rumah A lepas solat isyak.

Time ni biasa-biasa je dia punya rawatan tu. Ala, kau google tengok la cara mana-mana ustaz rawat, A ni macam tu gak lah melawan, menangis, meraung. Benda dalam badan A tu kata dia sayang A. Dia jaga A sejak kecik. Dia dah berkeluarga dalam badan A. Ada 8 ekor dalam badan A. Anak beranak jin jantan tu.

So, ustaz mengislamkan jin tu, isteri n anak-anaknya. Lepas family jin tu dah islam, ustaz hantar ke Mekah. Acamne dia hantar? Aku tak tau. Tu ilmu ustaz tu lah. Jangan tanya aku. Haha. Then, dorang semua ingat benda dah settle. Takda masalah dah. But, rupanya itu hanyalah permulaan...

Rupanya, benda ni tak settle kalau buang yang kat A je. Sebab apa? Saka ni dia punya perjanjian dengan moyang A zaman dulu-dulu kala timeline zaman-zaman Parameswara or before that kot dulu. Tak sure. Moyang tu dia buat perjanjian darah dengan iblis itself untuk bagi dia kuasa di darat dan laut.

Adalah satu ustaz ni cerita kat mak A. Dalam berpuluh puluh ustaz yang family A jumpa untuk buang saka ni, satu ustaz je yang berjaya and identity dirahsiakan. Cuma ustaz tu cakap kalau nak buang saka ni, perjanjian darah yang moyang tu dah buat dengan iblis kena batal. How?

Itu ilmu ustaz tu. Dia pun taknak ditemui. Yang jumpa dia pun pakngah si A ni. Tapi cerita aku ni pasal apa yang A dialog dengan si iblis. Okey so continue dengan second BIG attack.

Lepas keluarga jin awal-awal tu dah masuk islam, barulah terdedah yang family A ni ada saka. Sebelum tu dorg tak syak. And, saka ni rupanya bukan efek family A je. Semua adik beradik mak A affected jugak. So, lepas je A buang jin yang jaga dia, si Iblis marah lah apahal kau langgar janji gitu.

Iblis hantar la bala tentera dia, ganggu keluarga besar A. Yang affected semua anak/cucu perempuan sulung, anak/cucu lelaki bongsu. Setiap minggu ada je kes dorang-dorang ni kena rasuk. Tapi A ni special kes. Dia bukan anak/cucu prmpuan sulung tapi iblis nak dia.

So, satu hari ni lepas dah berminggu-minggu setiap 2 hari je A ni kena rasuk la apa jadah... dia sampai tahap tak keluar rumah, 24 hours berwudhuk dan bertelekung sebab nak lindung diri daripada kena attack dengan jin-jin yang dihantar iblis.

Then, ada ustaz lain datang rumah nak check condition A & katanya nak tolong buang terus saka tu. Sebab ustaz sebelum tu dah give up sebab nak protect anak bini, dia give up daripada tolong A. And ustaz baru ni macam kuat jugak ilmunya, dia tenang je orangnya. Bila dia datang, dia baca-baca ayat kat A..

JAP, time ni, family A tak tau lagi musuh dorang ni iblis. And tak tau lagi pasal perjanjian darah si moyang tu. Haa. Time ustaz baru ni lah dorang tau. Aku panggil ustaz ni ustaz Z. So, bila ustaz Z ni baca-baca ayat.. si A ni tak menangis, tak meraung. Dia ketawa... terkekek-kekek dia ketawa. Ustaz tanya dia siapa, dia gelak aja. Sinis senyuman dia. Dia macam pandang rendah ustaz Z ni. Ustaz attack-attack dia dengan macam-macam ayat & cucuk sendi sana sini, A ni ada gak cakap sakit...

Tapi, dia ketawa. Ustaz bagi ayat Quran paling power punya kat dia, sampai dia meraung tapi still gelak. Ustaz tanya lagi dia siapa. Last-last dia gelak lagi, dia pandang ustaz, dia senyum, dia cakap "Aku Iblis Laknatullah".

Mula-mula ustaz Z macam skeptical. Dia kata benda dalam badan A tu menipu la apa la. Then, A ni tiba-tiba macam malas nak layan ustaz tu, dia tidur. Time tu memang dah lewat malam. Ustaz tu pun macam letih. Tapi tak berjaya buang benda dalam badan A.

Time A tidur nilah, dia sebenarnya tak tidur. Cuma dia macam idle in between iblis & roh dia saling berdepan n berbincang apa kes iblis ni sebenarnya? Ni lah benda yang A cerita kat aku. Dialog dia dengan iblis.

Dia tak nampak rupa iblis tu, tapi dia dapat rasa kehadiran sejenis makhluk yang beza sekali dengan jin-jin yang pernah rasuk dia. Dia rasa, benda kali ni besar, tegap. Bersayap. And, dia bukan jahat biasa-biasa je. Kau tengok api warna merah kan? Api makhluk ni rasa sejuk ke tulang. Api hitam...

Aura dia, bukan jahat biasa-biasa. Susah aku nak terangkan. Tapi, dia macam something yang jahat gila nak mampus sampai boleh buat setan semua takut. Ye, itulah aura si iblis. Super dark aura. Cold evil. Bukan hot evil. Faham faham je la maksud aku.

So, A ni bercakap dengan iblis melalui suara hati dia.
"Kau nak apa daripada aku?".
Iblis jawab "Terima aku".
A cakap "Taknak".
Iblis cakap "Baik. Kita tengok berapa lama kau boleh tolak aku"
Then iblis gelak-gelak.. dia cakap lagi
"Aku dah bosan. Aku nak balik"

Sebaik je iblis cakap macam tu, A punya badan meronta-meronta. Then ustaz datang to the rescue. Iblis cakap dengan ustaz "Aku tinggalkan 5 anak-anak aku dalam badan budak ni". Then iblis tu chow. Dia chow sndiri. Takyah ustaz tolong tarik ke apa macam jin jin biasa.

A cakap dengan aku, iblis masuk dalam badan dia through ubun-ubun. Sebab dia boleh rasa iblis keluar separuh daripada badan dia from her ubun-ubun, buka sayap, and terbang. Dia rasa berangin and no one knows what. But A tahu.

Aku memula jem jugak apehal iblis ada 5 anak. Lepas tu, aku google-google cari artikel pasal 5 anak iblis ni. Haa kalau dalam Emily Rose, ada scene yang dia habaq nama anak-anak iblis & iblis tu sendiri.


Long story short, lepas few days berkurung kat rumah, satu hari ni lepas solat subuh entah kenapa A tergerak hati nak baca tafsir Quran semua tentang iblis. Kisah dia jatuh, apa yang dia cakap, macam-macam lagi la. Sepanjang hari tu A baca tafsir Quran.

Masuk asar, A kata dia ngantuk tapi dia kata dia rasa tak sedap hati kalau tido. So, dia lawan mata. Lepas maghrib dia rasa mengantuk macam kena drugs. Dia jarang mengntuk lepas mghrib tapi kali ni tak terkawal ngantuk dia. Macam kena kawal dengan benda lain yang nak dia tidur. Tapi, dia tetap lawan mata.

Lepas isyak, dia cakap dia nak mengaji dulu baru tido. Time tu, dia dengan kakak dia. Sekali tu, bila dia kata dia cmtu, kakak dia terus tersedak batuk batuk... pastu transform (kena rasuk). Padahal sebelum tu dia elok je sihat takda tanda tanda nak dirasuk.

Sebaik je dia transform, dia jeling kat A... dia panggil nama penuh A. Dia tanya "kenapa kau mengaji?". A memula buat tak tau tapi benda dalam badan tu kata lagi "Hey A (nama penuh A). Kenapa kau mengaji walau kau tak faham sepatah haram ayat ayat tu?"

Bapa A datang ke bilik. Dia terus pegang kakak A. Kakak A meronta-meronta. Dia ambil Quran yang A pegang, dia pijak-pijak dia koyak-koyak.. A pula cecepat pergi ambil wudhuk & pakai telekung. Pastu benda tu tanya lagi "Buat apa kau mengaji?"

Masa ni A cakap dia dah tau dah siapa yang rasuk kakak A tu. Sebab cara bercakap & aura dia pun A boleh kenal. Lepas tu A ambil tafsir Quran yang dia dok baca sepanjang hari, and dia beranikan diri pandang mata kakak A yang dah tak macam mata kakak dia...
Cerita Seram Dialog dengan Iblis Laknatullah | TRUE STORY
Cerita Seram Dialog dengan Iblis Laknatullah | TRUE STORY
Okey some of the dialogues aku tak berapa ingat. A pun taknak cerita details. Tapi, dia cakap la masa dia pandang mata kakak dia yang dimasuki iblis tu, dia punya lutut longgar, kaki dah gemalai, dia rasa nak pengsan tapi dalam hati dia doa sangat Allah bantu dia hadap benda ni.

Dia akhirnya bukak mulut lepas iblis tu tanya kenapa dia mengaji walau dia tak faham sepatah haram ayat Quran tu. Dia cakap kat iblis "Aku mengaji untuk bersihkan diri aku. Walau aku tak faham, ni semua ayat-ayat Allah yang boleh membersihkn aku. Aku boleh baca tafsir untuk memahami"

Iblis gelak aja. Lepas tu dia pandang bapa A. Dia cakap "Eh, aku boleh bagi kau harta, kuasa, perempuan. Aku Tuhan".

Bapak A annoyed, dia tengok A macam boleh handle, dia keluar tunggu depan pintu bilik sementara tunggu ustaz datang. A pun duduk sambil buka helaian-helaian tafsir yang dia dah baca.

"Kau bukan Tuhan, Tuhan hanya Allah."

"Aku Tuhan. Aku yang paling berkuasa kat dunia ni. Kau sembah aku, aku bagi semua benda yang kau minta"

"Aku tak mahu. Aku cuma akan sembah Allah"

"Kau tau tak apa yang aku dah bina di dunia ni? Pyramid, Stonehenge, semua bangunan tu aku idea aku"

"Sudahlah iblis. Aku takkan terima kau, aku takkan sembah kau. Aku percaya Allah, Nabi Muhammad. Syurga, neraka."

"Mana kau tahu syurga tu wujud?"
Iblis tanya balik.

"Kau tak pernah tengok syurga kan? Aku boleh bagi kau syurga"
A pun berterusan mereject ajakan si Iblis.

Ada lagi dialog iblis dengan A ni. Panjang sebenarnya tapi, ada some part yang A kata jangan kongsi sebab boleh mengelirukan akidah. So aku taknak share lah. Anyway, iblis ni sedaya upaya nak paksa A terima dia sampai dia ugut nak bunuh kakak A ni. But, in the end, A kata dia redha.

A kata, "kalau betul kau berkuasa macam Allah, ambil lah nyawa kakak aku. Aku redha dan syurga menanti dia". Then nafas kakak A ni macam sesak sesak lepastu dia memang macam dah nak mati dah. But, dia tak dapat mati sebab belum ajal dia. Iblis time tu macam dah bengang jugak dengan A ni. Sebab degil.

Then iblis kata "Aku nak balik. Kau tunggu aku akan datang lagi. Anak-anak aku akan jaga kau". Then iblis tu chow. So kakak A tu pun sedar. Then dorang sekeluarga pun brainstorm la camne nak buat ni kan.

Aku lupa masa ustaz Z rawat A and iblis first time muncul tu, iblis ada cakap dia nak "darah dan dara". So, dengan maklumat yang ada tu, bermacam-macam ustaz la mak A ni pergi jumpa nak settle camne ni kan. Akhirnya, ada ustaz ni kata kena kumpul semua family adik bradik mak A & bersihkan ke akar.

Sebab, dia nak
1. darah yang bermaksud nyawa.
2. dara yang bermaksud gegadis dalam keturunan moyang A yang awal-awal buat perjanjian tu.

So, bila dah berkumpul semua ahli kluarga, sesi exorcism besar-besaran dijalankan di rumah pusaka family mak A. Cousin-cousin yang cucu/anak perempuan sulung semua affected. Then ustaz settle lah semua. Then, tinggal si A ni. A ni special kes sebab dia bukan cucu sulung. Tapi dia pon tak faham kenapa iblis nak dia ni. Sampai sekarang dia masih tertanya-tanya. So, ini kira final battle lah ni okey.

At this final battle, A sorang perempuan, while 6-8 lelaki cuba menjatuhkn A daripada bangun. Itulah kekuatan A yang telah dirasuk iblis. A pandang ustaz, and dia lawan lah macam biasa. menggelupur sana sini sampai lah fizikal dia betul-betul dah kehabisan tenaga. dia tidur macam awal-awal iblis masuk.

Ini selingan nak bagi korang gambaran macam mana si A ni ngadap ustaz sambil dijaga beberapa lelaki sebab taknak si A ni melompat. Sebab time dia meraung-raung tu memang dia mencangkung macam nak melompat tah nak pergi mana tak tau. Nasib baik rumah pusaka tu dah moden sikit. So dinding batu tingkap glass.
Cerita Seram Dialog dengan Iblis Laknatullah | TRUE STORY
Cerita Seram Dialog dengan Iblis Laknatullah | TRUE STORY [gambar sekadar hiasan]
Then, A waktu A tidur dia berdialog dengan iblis buat kesekian kalinya.
"Aku takkan terima kau iblis. Walau aku mati sekalipun, aku tak akan terima kau"
"Kenapa kau taknak terima aku? Aku boleh bagi kau macam-macam"
"Sebab aku hamba Allah. Daripada Dia aku datang, kepada Dia aku kembali"
"Kau pasti?"
"Ya, aku pasti"
"Kau yakin kau boleh selamanya percayakan Allah?"
"InsyaAllah aku pasti"

"Baik. Kita tengok macamana nanti. Aku takkan rasuk kau dah. Ini kali terakhir. Tapi, aku akan sentiasa perhatikn kau. Aku takkan berhenti sesatkan kau. Sesatkn keturunan Nabi Adam"

"Sebelum aku pergi, aku nak pesan.. kau cuba bagitau seluruh dunia, aku iblis takkan berhenti sesatkan keturunan Nabi Adam. Aku akan tarik seramai yang mungkin sama-sama aku. kau tengok lah hasilnya nanti bila kau beritahu mereka."

Lepas tu iblis gelak-gelak.
"Aku akan perhatikan kau A. Aku akan cuba sesatkan kau. Cara ni tak jalan, cara lain kau tak tahu"

Then iblis tu cakap "Aku nak pergi... selamat tinggal"

Lepas je iblis bagitau tu kat A, A cakap badan dia menggelupur macam sebelum ni lah then dia buka mata, dia nampak ustaz kat sebelah dia.

A cakap dengan ustaz tu... "Dia nak keluar... dari sini" A tunjuk ubun-ubun dia. Pastu ustaz pun baca-baca apa sambil pegang ubun-ubun A. Pastu, A rasa macam sebelum ni.. badan iblis keluar separuh. Besar, tegap, dia kembangkan sayap dia, and dia terbang pergi.

Then, dia muntah buih putih 5x, dia keluarkan anak-anak iblis tu daripada badan dia. Sebab iblis suruh anak-anak dia keluar.

For your information, kenapa A yakin benda ni memang iblis sebab sebelum tu dia pernah kena rasuk banyak jin-jin askar-askar iblis. Tapi dia dapat bezakan aura iblis tu.. nak percaya taknak prcaya, ikut korang.

So itulah dia kisah A. Dia punya kes sama macam Emily Rose tapi dia tak mati. Why? Don't know why. Belum ajal, or masih banyak ujian untuk dia tempuh. Tapi, A ni dia memang lain daripada orang lain. Sampai sekarang dia tak pasti kenapa iblis nak sangat dengan dia.

Lepas exorcism besar-besaran tu, family A pulih daripada gangguan. Tapi sebenarnya perjanjian tu masih ada sebab benda tu dibuat oleh moyang yang dah beratus-ratus tahun pergi. So how?

Setahun kemudian, akhirnya family A bebas daripada perjanjian tu sebab ada sorang hamba Allah yang tinggi ilmunya berjaya settlekn prjanjian tu. Ini kisah alam ghaib and aku tak berani nak story the details. Yang pasti, hamba Allah tu batalkan prjanjian moyang tu and family A bebas sepenuhnya.

So, A sekarang ni dah normal. Dia masih boleh nampak mkhluk halus sebab hijab dia memang dah terbuka. Tapi, dia dah tau bezakan and tak sewenang-wenang anggap benda ni kawan. Dia pun dah tak loner teruk macam dulu and dia slowly jadi diri dia yang sebenar.

So, mesej yang A nak sampaikan is... jangan takut dengan hantu. jin. setan. iblis. Segala makhluk halus yang ganggu korang tu semua suka bila korang takut. Bayangkan dapat mata macam A, boleh nampak benda-benda ni. Sampai dah tak reti nak takut si A ni.

A ada jugak cakap memula dia tak faham kenapa iblis suruh bagitau satu dunia dia takkan berhnti sesatkan keturunan nabi adam and suruh tengok hasilnya. A pernah buat, and hasilnya... orang ignore aja pesanan dia tu. And makin banyak yang makin sesat. Lama-lama A faham kenapa iblis pesan tu. Sebab, akhir zaman..

Akhir zaman ni, human made the lucifer as friend... they worship him, they listened to him, and they like what he can gives. While dia takut-takutkan korang dengan cerita hantu. Walhal, kau tak perlu takut dengan dia. Dia tak berkuasa sikit pun atas korang.

Aku rasa A beruntung diberi chance ni. pengalaman dia ni boleh bagi mesej besar kat mereka yang sedar iblis ni makhluk Allah jugak. Tugas dia menyesatkan, and dia akan buat pelbagai trick untuk sesatkan korang. Paling mudah, dengan buat korang takut kat hantu.

Sebab manusia ni simple. Dia takut kat benda yang dia tak kenal. So, if kau cuba baca surah-surah yang menceritakan tentang iblis, kau tahulah dia ni hanyalah makhluk Allah yang derhaka. Why kau nak takut dengan dia and tentera-tentera dia, sedangkan Allah paling berkuasa?

So that's it for the long thread. Thanks for reading. Aku harap korang dapat manfaat daripada kisah A dan iblis ni. And aku percaya ramai lagi kat dunia ni yang diuji ala-ala Emily Rose, & they survived. InsyaAllah. ok salam Ramadhan, :D

To clarify on some things, A taknak bagitau part yang boleh memesongkn akidah tu because she's worried that if people knows, they'll interpret it in their own way & dia takut dipertanggungjawabkan if people misinterpret it. I promised A never to tell and that's what i'll do. Sorry guys.

Secondly, lets not questioned why iblis wants her. A knows she is not nabi and special either. So she doesn't know what about her yang iblis nak. But she believes it won't be for a good reason. So dia harap korang tak overthinking about this and just take the message from her story.

She reminds again & again.. Don't be afraid of the lucifer-azazel-iblis (whatever his name is). Just remember Allah is The Only One, The Almighty, The Greatest and The Only One we should be afraid of. Thanks guys for reading and salam ramadhan!


BACA JUGA:




You May Also Like

3 comments

  1. Amboi panjang pun habis saya baca ni..btw seram cerita ni

    ReplyDelete
  2. ingatkan nak baca sikit je,sekali tgk hbs pulak saya baca hahaha nice sharing btw kak! :)

    ReplyDelete
  3. Tak sangka berjaya baca sampai habis.. Kena rajinkan diri untuk baca pasal iblis, jin & syaitan ini dekat Tafsir..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p